Monday, October 26, 2015

mengail4jawi

rasanya dah hampir 2 tahun tak pergi mengail atau memancing, (fishing) di daratan, berumpankan 'tulis namamu jawi', pakcik ni kan part-timer.. busy sesangat sejak dua menjak ni..

*iklan,mula*
-oda ? whatsapp je ke 019 35 805 62-
*iklan,tamat*

berkenalan dengan tn hj bukhari, syabab bookstore, dah hampir dua tahun atau lebih, namun hanya baru-baru ini sempat menghubungi beliau bila terbaca ada karnival di kompleks pkns bangi mulai 21/10-8/11, jadi kas hubungi dia kata nok minta menyelit barang sekaki dua nok letak meja lipat dengan kerusi kas te, tetiba dia kata, OK ! terima kasih banyak la kas kata..

sabtu, 24/10, jam 2:30 pm pun kas men 'setup' la tempat yang ditetapkan.. di hadapan pintu utama, sebelah sound box Tuan DJ, pergh, mantap ..

adik kakak, pakcik makcik anak-anak dan cucu-cucu yang lalu, bacakan tajuk yang pakcik letak atas meja, dengar diorang baca pun dah rasa seronok, apatah lagi yang tanya, renung-renung, atau yang jeling jauh-jauh pun tak apa, melirik kata orang.. asalkan dapat tengok amende nye yang kas tulis te..

macam biasa, anak-anak dan cucu-cucu saudara pakcik merupakan peminat utama jawi, mereka ni lah yang Like! pakcik 200% kalau dah ayahnya rapat kat meja kas, tanya anak-anak 'nak tak' semuanya jawab 'nak5' ha.. kalau takpun anak-anak akan panggil ayah nak minta oda.. ada satu dua situasi je, yang parents buat-buat sibuk berbual ngan kawan tak nak sahut panggilan jawi.. oleh anak nya.. atau anak nak oda, cepat-cepat ayah tarik anak hala ke lain.. lhaaa.. gitu pun ada.. cabaran.. ada juga ayah yang kata ke anak dia 'kena bayar, nak!'

ahad, 25/10 seawal 10:30 am sambung ngail hari kedua..

petangnya penganjur adakan pertandingan menulis jawi 'basmalah' untuk anak-anak, ramai juga yang turut serta, kas pula dipanggil si DJ untuk hakimkan dan naik pentas utama bagi hadiah ke pemenang.. super spontan betul.. apa pun memang menarik juga kali ni..

in sya Allah minggu depan, 31/10-1/11 akan kas usahakan mengail lagi untuk hari ke 3 dan ke 4.. moga banyak lah 'anak-anak ikan guppy' yang akan menjamah umpan jawi kas ni..

minggu lagi satu pula ialah minggu penutupnya, kalau Allah izin, kas nak berada di sini lagi, iaitu 7&8/11.. apa lagi warga bangi, jom serbu..meja kas sampai nok terbalikkk..

***refleksi:  ini lah cara ku menghayati satu pelajaran di sekolah kehidupan.. mennghayati para pengail / pemancing rezeki melalui perniagaan.. syukur lah..

Tuesday, July 21, 2015

puasa4ibubapa


*****
{...قولا كريما# kata-kata yang mulia}

:( saya menjadi yatim piatu pada usia 12 dan 15 tahun lagi, tiada ibu, kemudian ayah.. tempat bermanja... allahyarhamhuma!

*Allah meletakkan ihsanul-walidain (buatbaik kepada ibubapa) pada kedudukan kedua selepas iman & ibadah kepada-Nya, tinggi darjatnya tu..

tapi, pastinya ujian yang mengelilinginya mestilah maha dahsyat.. beruntunglah abang, adik dan kakak yang berjaya dalam ujian ini, ganjarannya: redha Allah yang destinasinya, pasti bukan ke neraka!

banyak situasi, anak-anak diuji dengan ibubapa yang pelbagai sifatnya, bererti bukan yang manis pengalamannya, ya, ujian lah tu nama nya..

**poin nya..
ibubapa bukan musuh atau lawan kita.. bak kata Awie, dalam 'Tragedi Oktober'.. nya:

"tidaksengaja aku, mengasari (derhakai) diri mu, bagiku kau (ibu ayah) bukanlah... lawanku..
tidak mahu ku ingat lagi, apa yang telah terjadi, tragedi..."

kalau nak rasa lebih selesa, andaikan ibubapa bak anak-anak kecil kita, semua sayang kannn, walau buat salah, silap.. gitu lah

ibubapa sepatutnya, adalah aset kita ke syurga, yang dikatakan orang terletak di bawah telapak kakinya..
mungkin sikap, kata-kata nya memedihkan, tetapi mari belajarlah berpuasa sebagaimana puasa saidatina Maryam, melalui ayat, surah..

{اني نذرت للرحمن صوما فلن أكلم اليوم إنسياْ}

***
kita memang boleh menang semua perlawanan ayat kata-kata dengan ibubapa (tempat kas disebut: bertaki !) tetapi,
itu, jika kita tak ingat misi besar kita di sana, d akhirat, nak dapat redha Allah, lalu selamat daripada dimasukkan ke dalam neraka..

namun ingat satu ni, kita dah tak mahu lagi sikap lama, dah mahu hijrah..
masa semakin berkurang saat demi saat, kita semakin hampiri alam sana, sedang mereka lebih-lebih lagi, hanya beberapa hari saja lantas bakal kembali kepada ILahi..

*jadi..
marilah cuba,
usaha untuk puasa kalam..
kalau berkata-kata juga, ketap gigi dan cuba tahan kalam mu dengan sedaya upaya, biar ayatnya umpama,
menahan marah kan orang yang bukan ahli keluarga mu..
(kan, dalam satu keluarga, biasa terjadi saling meninggi suara, bila ada yang buat silap..
tetapi walau marah sekalipun, jika kepada bukan keluarga kita, kita akan usaha guna nada yang tidak menyakiti orang lain, ajaib.. kan ?)

kenapa tidak kita cuba dengan ibubapa? cuba bayangkan sekarang ibubapa ialah makcik pakcik jiran sebelah, yang tiba-tiba menyakiti hati kita, takkan kita nak cakap yang kurang enak, kan.. tahan je marah kita tapi yang keluarnya ayat yang manis-manis gitu, cer cakap cenggitu ke mok ayoh te..

**kunci segalanya, dirasakan pada kalam / kata-kata, sebab itu ayat di atas meminta kita berkata yang elok sahaja.. biasa dikatakan kalam itu lebih tajam daripada mata pedang, menghiris.. dalam nya menusuk, parutnya pasti nyata.. mak pak berkata yang tak sedap tu, cer tahan perasaan, cari ayat dengan nada paling lunak dan rendah.. kalau nak cakap juga, tapi... bak kata rodong kas, diam ke aje.. tapi mesti juga mencari ruang kata-kata dengan asas ayat di atas.. "kata-kata yang mulia"

akhirnya nanti, ibubapa adalah pemenangnya di sisi Allah, kerana allah memang suruh kita ihsan.. kan ibubapa.. manakala, kita, tetap satu tangga di bawah mereka..

Allahul musta'an..

Tuesday, June 23, 2015

bengkelkhatkaligrafi

betul, bak kata Ustaz Wahab dan Ustaz Khaidir, dalam masa dua jam tu hanya peruntuk 1/2 jam untuk intro, selebihnya terus ke workshop. buat kerja amali, baru nye dan.. itu la pengalaman first time kas mengendali kan sebuah bengkel kecil ala workshop di pusat ko-ku kotaraya petang ni.. syukur lah, semua nya berjalan 99.7% baik..

cuma adat nyer, kas rasa kena banyak diperbaiki.. contohnya dari segi kanun / disiplin, kedudukan huruf untuk awal, tengah dan hujung, kalau tak tak nye jadi lah adik ni nak tulis mi-ra tadi, tapi guna ya de hujung te, kas tak teringat nok kabo ke deme.. yang dan nya kalau ha pedas duduk nombor dua, yang sebelumnya mesti naik satu tangga, bagus, ingat te..

satu lagi, kalau 3 huruf contoh nun ya ta, hak tengah te kena tinggi sikit kepala dia..tapi kira puashati la, ada yang siap dalam masa ditetapkan, siap bagi keychain lagi sebab siap dan ikut ilmu nya, lebih kurang..

terimakasih bebanyak kawan kas, en.rill rekomen kan kas beri sedikit share kat situ.. dan kesudian en. pegawai pengurus menjemput kas.. kalau ade bajet, lain masa elok surau dia order rehal buat baca Quran te, bila nok berbengkel menulis te tak payoh la kena gerak ke dewan makan, kesian ke rodong aokme seme..

***kalau ada mana-mana sekolah sekitar bandaraya yang sudi menjemput kas untuk sesi bengkel 2jam tulisan jawi dan khat ala kufi, kas sedia je.. bio seme orang muda kite pandai ber jawi ala kufi.. PM je yek..
ikan ni kemain weh, seronok dok main air siteh..

 kira nya kas nok manjat tinggi lagih macam bangunan te.. atas lagi pada pokok nyor te..
laa, siap beri cenderahati lagi, terimakasih lah..

Sunday, June 14, 2015

kampongteridi=3D

tahukah deme, ada sebuah kampong di daerah lipis dirasakan kampong yang menjadi pelopor kepada apa yang menjadi satu fenomena di mana-mana di seluruh malaya sekarang, iaitu lukisan 3D / seni / 3D art ?kampong itu bernama kampong teridi (baca: 3D, kannn ?) perjalanan daripada dong ke benta, pasti anda menemukannya..

beberapa hari lepas, di lukut, negeri sembilan kas telah pun menjejak ke rumah kedai 3D art yang banyak diperkatakan orang.. mana tahu boleh buat satu di laman jawi yang kas nak siapkan nanti..

nak mendalami apa itu konsepnya.. terpanggillah kas ke sana.. nak masuk kena bayar Rm20 kalau raayat Malaysia, dalam kedai ada lebih kurang 40 lukisan, kira-kira RM0.50 sen la cas bagi tiap gambar..

wajib buka kasut bila nak masuk.. kasut tu pulak bukan boleh letak saja-saja atas rak, tapi kena bayar Rm2.00 sewa loker yang boleh letak maksimum 5 pasang kasut, rasanya.. kalau nak jimat boleh aje, buka kasut siap-siap tinggal dalam kereta, gi site pakai stokin je, iye dak....

nak gambar ? layannnnnn

pandangan dari luar kedai..
kena berlakon macam dia orang ni..

ada diajarkan cara berlakon...


share la, sikit....



air te tumpah...

***
untuk 3D jawi.. tungguuu...

Saturday, May 23, 2015

laluan-warisan

***
pakcik ni orang kampong je, sesekali dapat jalan ke KL menjenguk tempat bersejarah, rasa teruja, terharu, dan bagus juga, boleh tunjuk gambor nye ke orang kampong kas..


pergi ke stesyen LRT masjid jamek, turun di jalan melaka, ada laluan warisan, menampilkan tulisan ala khat / jawi ni (perasaan kas bercampur baur, sekali rasa bangga, sekali lagi rasa keliru, bangga sebab ada satu penampilan jawi yang diwujudkan di kota raya, keliru kerana dirasakan (kawan-kawan FoKS juga kata..) kaedah dan adunan huruf kufi murabba / square kufi yang dibuat itu tidak menepati disiplin ilmu berkenaan...)

selain replika bola sepaktakraw, karekter Lat dan mini muzium 3D LRT..

***

tetapi sebelum itu, singgah dulu ke dataran merdeka yang selalu orang KL sebut-sebut tu, tak pernoh weh kas pergi ke siteh...
cer tengok gambor hok kas amik neh..





itu pun lepas masuk ke dalam KL city gallery, bayor RM5 tengok lukisan dan yang paling utama, diorang buat guna kayu halus gitu susun jadi bentuk macam-macam, bangunan dan lain-lain.. ditaja syarikat ARCHs..







di akhir galeri, ada kedai cenderamata, kedai kopi.. rupanya tiket tadi boleh redeem dengan air minuman, atau barangan tersebut, jadi kas ambil la satu keychain macam buah dadu tu..
chow...









KL waktu malam... menarik nye, berwarna warni, wei...
***
Cahaya Suria, ber tulisan jawi, yang rasanya antara yang terawal di KL, belum sempat diteliti sejarah mula nya.. kira gah juga di sini..




Monday, May 04, 2015

hatyai

(iklan dulu..
(atas) dari dalam tren, tuu dia, dah dekat nak sampai..menara alorsetar!
stesen keretapi hatyai ditinggalkan bersama tuk-tuk..
basikal, bertayar motorsikal
udang goreng.. besaar..
duit baht semakin besar, RM10 dinilai THB90 sahaja..
tuan gajah bawak depan hotel..
ramai nya orang Malay kat sana !!
suasana di kawasan sibuk kota hatyai..
makanan yang diambil siap ada 'kad harga' ! cum air je x ada, kena beritahu..
masjid besar songkhla, tempat mengikat cinta terlarang secara sah tetapi senyap-senyap, hanya di kejauhan, kerana semua ahli rombongan belum bawa calon, (kalau singgah, pasti nya tuan juru nikah akan tanya "mari nak menikah ka?"-pengalaman lampau)
replika duyung tak pernah lengang daripada si pengunjung yang ingin berfoto bersama nya! (kisah benar)salah seorang ahli rombongan, kawan ku terpaksa shoot belakang si duyung jer...
ni nombor van pelancong sewaan kami, takut tak jumpa..

pintu masuk..
kebolehan si Paisan..
nak naik kena bayaq THB500.00
posing jer..
papan tanda Restaoran Chekkar, tertulis jawi "HasbiyaLllah"
air minuman /drinking water.. tang jenama tu "musykil" sikit..
***alkisah-bermula***
Al-hamduliLlah diberi peluang oleh Allah kembali berada di bumi Malaysia yang bertuah dengan menu baru nya Gee-eS-Tee, setelah merasai menjadi musafir lagi, selama 2 bulan ! bermula perjalanan hujung bulan lepas (30 April, jam 10 malam) hingga 8.00 pagi tadi, 4 Mei .. ini kali lah, melalui pengalaman baru, (bersama rakan di bawah kelolaan KTMB Travel pimpinan En Zainal, menaiki keretapi!.. ) antaranya mengunjungi pasar terapung Klonshae / floating market / الأسواق العائمة di Hatyai,

selepas memasuki peti sejuk terbesar haytai, iaitu ice dome hatyai, tapi kena bayar dulu THB300/: .. (info) dengan tiket berkenaan, anda akan dibekalkan: taklimat, sehelai baju tebal dan sepasang sarung tangan.. Percuma / Gratis, tanpa perlu tambahan bayaran !) ...

setelah melawat si Paisan, gajah remaja yang pandai mengupas pisang.. adik-adik remaja pun teruja belajar daripada nya, di Chang Puak Camp.. (walaupun tak sempat menaiki sang Chang kerana kesuntukan masa, dan dengan bayaran senilai Rm50+.. seorang)

tetapi sebelum itu, kami merasai menaiki keretapi dari KLSentral sambil berbaring atas katil berlangsir penuh, for the first time, turun sebentar di Padang Besar untuk cop passport di imigresen negara Siam, jam 11 keretapi dari situ ke Hatyai sudah tiba, kami tukar gerabak saja, tapi masih berpeluang berbaring "Qailulah" sehingga jam 1:40 petang, barulah semboyan di stesen berbunyi nyaring tanda kami akan bergerak..

Sesampainya di stesen Hatyai, jam 2:53 petang, Pakcik pemandu Tuk-Tuk sedia mengiringi ke kenderaannya, setiap seorang hanya bayar THB20 sahaja ke mana-mana destinasi nya..

Chekin di Hotel Lee, khidmat diri dahulu, sebelum mencari Makanan Muslim, di Restoran Tamrab Muslim. beralamat di 4-6, Niyomrat Rd., Hatyai 90110.. perjalanan sejauh +-150 meter dari hotel..
*****
 (bawah) bebungaan musim hawa sederhana...
tulip dan lain-lain.
Agenda:

Hari 1: perjalanan..

Hari ke-2 bebas membeli belah di pasar kawasan komersil Hatyai.. 

Hari Ke-3: menaiki van pelancong di mulai Pantai Samila, diikuti Ice Dome, seterusnya Taman Gajah, sebelum ke Pasar Terapung, lalu pulang ke hotel, khidmat diri, sambung shoping di pekan.. 

Hari 4: selepas sarapan,meneroka bangunan bersebelahan Sentral Market / Pasar Pusat Haytai, mencari beg kulit (ori, kata mereka, bermaksud kulit asli atau pun kulit tiru yang 'asli' ? terserah anda..) sempat memilikkan dompet kulit sang buaya THB150.00 dan ikat pinggang kulit sang gajah, THB350.00.. sebelum balik pergi membeli barangan kering di toko muslim Chakkraphan, antaranya longan kering, buat direndam dan dikatakan menyejuk badan.. selain boleh memborong gajus, badam atau kismis, sila timbang dulu lalu dibayar..AlhamduliLlah !

balik kita ke hotel, tapi singgah dulu Pasar Pusat sebentar, ada kain baju siap, atau boleh mencari kain batik songket buatan tempatan, bermula THB500, ditawar menawar dapat diskaun THB50..  sengaja mencuba blazer kasual harganya THB900.00 separuh hasrat sahaja, makcik yang lalu berbisik, minta murah-murah, berbekalkan itu dipinta THB450 atau RM50 namun nampaknya tuan kedai hanya mampu tawarkan 600 baht.. maka tak jadi beli lah...

selepas khidmat diri, chek out, jam baru 12:30 tengahari, mencari makanan alas perut dan seterusnya bergerak ke stesen keretapi, 'nak balik dahhh'.. sampai sana, baru masuk Zohor, letak beg di satu sudut, sambung ke Robinson Supermarket yang terletak berdekatan.. sempat tengok acara promosi pakaian lelaki pelbagai jenama bertema "BestforMen" di atas pentas peragaan, karpet merah dah tersedia, wartawan juga bersedia.. kami pun join sama.. tak lama, keluar seorang peragawan memakai baju yang dipromokan, yang kedua keluar, tapi bila yang ke-3, keluar, terdengar jeritan maksimum histeria semua penonton wanita, rupa-rupanya seorang peragawan yang agak comel la ...kut? kami turun dulu, tapi boleh tengok lagi acara tu dalam skrin tv di semua tingkat.. rupa nya lepas tu ada acara pakai seluar jer, baju dah xde.. agak2 nye misti pengsan semua gadis-gadis yang histeria tadi ? ye dak..
(atas) dia tahu pakcik nak ambil gambar, terus dia pandang ke sini !
...waktu tempatan jam 4 atau pukul 5 Malay, keretapi dah pun bergerak.. tapi kisahnya, sebelum berlepas, tempat duduk kami dikira open, nasib lah kalau ada yang datang kemudian, tunjuk tiketnya bernombor dan kita perlu undur diri.. Selamat jalan.. sedia lah menerima seada nya..
***Koleksi gambar di floating market..***
 seRangga goreng... dan, di bawah.. ialah floating market versi hatyai, macam baru buat, (info) buka tiap Jumaat, Sabtu, Ahad sahaja, selain pasar perahu terapung yang menjual makanan, seperti jagung rebus dan bakar, segala tomyam, bihun sup dan sebagainya.. dan minuman, dalam bekas plastik atau tembikar (yang boleh dibawa pulang) atau hatta dalam ruas buluh.. boleh dibeli, di bahagian daratan, masih terdapat gerai makan selain souvenir dan di hujung sana, ada sebuah surau untuk solat..
air kelapa muda, dalam tembikar berbentuk dora-emon..
 *sampan terakhir masih kosong, pakcik tak bawak produk, kalau tak, boleh jual tulisan pakcik...
*********
 sate hatyai..THB105 jumlah 15 cucuk..
 barang kulit...
 toko muslim...
baby minum air kelapa muda, @pasar sentral..
replika di stesen..
tulisan jawi versi hatyai berjaya ditemukan! 
baca.. 'jalan masuk' untuk IN dan 'jalan tubid' untuk OUT !!

Hari ke-5: this.. "Morning in Putrajaya !"
*****

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails