Monday, October 26, 2015

mengail4jawi

rasanya dah hampir 2 tahun tak pergi mengail atau memancing, (fishing) di daratan, berumpankan 'tulis namamu jawi', pakcik ni kan part-timer.. busy sesangat sejak dua menjak ni..

*iklan,mula*
-oda ? whatsapp je ke 019 35 805 62-
*iklan,tamat*

berkenalan dengan tn hj bukhari, syabab bookstore, dah hampir dua tahun atau lebih, namun hanya baru-baru ini sempat menghubungi beliau bila terbaca ada karnival di kompleks pkns bangi mulai 21/10-8/11, jadi kas hubungi dia kata nok minta menyelit barang sekaki dua nok letak meja lipat dengan kerusi kas te, tetiba dia kata, OK ! terima kasih banyak la kas kata..

sabtu, 24/10, jam 2:30 pm pun kas men 'setup' la tempat yang ditetapkan.. di hadapan pintu utama, sebelah sound box Tuan DJ, pergh, mantap ..

adik kakak, pakcik makcik anak-anak dan cucu-cucu yang lalu, bacakan tajuk yang pakcik letak atas meja, dengar diorang baca pun dah rasa seronok, apatah lagi yang tanya, renung-renung, atau yang jeling jauh-jauh pun tak apa, melirik kata orang.. asalkan dapat tengok amende nye yang kas tulis te..

macam biasa, anak-anak dan cucu-cucu saudara pakcik merupakan peminat utama jawi, mereka ni lah yang Like! pakcik 200% kalau dah ayahnya rapat kat meja kas, tanya anak-anak 'nak tak' semuanya jawab 'nak5' ha.. kalau takpun anak-anak akan panggil ayah nak minta oda.. ada satu dua situasi je, yang parents buat-buat sibuk berbual ngan kawan tak nak sahut panggilan jawi.. oleh anak nya.. atau anak nak oda, cepat-cepat ayah tarik anak hala ke lain.. lhaaa.. gitu pun ada.. cabaran.. ada juga ayah yang kata ke anak dia 'kena bayar, nak!'

ahad, 25/10 seawal 10:30 am sambung ngail hari kedua..

petangnya penganjur adakan pertandingan menulis jawi 'basmalah' untuk anak-anak, ramai juga yang turut serta, kas pula dipanggil si DJ untuk hakimkan dan naik pentas utama bagi hadiah ke pemenang.. super spontan betul.. apa pun memang menarik juga kali ni..

in sya Allah minggu depan, 31/10-1/11 akan kas usahakan mengail lagi untuk hari ke 3 dan ke 4.. moga banyak lah 'anak-anak ikan guppy' yang akan menjamah umpan jawi kas ni..

minggu lagi satu pula ialah minggu penutupnya, kalau Allah izin, kas nak berada di sini lagi, iaitu 7&8/11.. apa lagi warga bangi, jom serbu..meja kas sampai nok terbalikkk..

***refleksi:  ini lah cara ku menghayati satu pelajaran di sekolah kehidupan.. mennghayati para pengail / pemancing rezeki melalui perniagaan.. syukur lah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails