Monday, January 26, 2009

eclipse

(klik utk contoh designame tersedia)

gerhana matahari pada hari ini.. (dari BHOnline)


Baca Artikel sumbangan seorang blogger ini...


"SOLAT GERHANA / BULAN / MATAHARI
Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda : "إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم) Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.
”Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama :
Niat solat Gerhana, Takbir.
Baca Al-Fatihah dan surah.
rukuk.
I’tidal,
Baca Al-Fatihah dan surah.
rukuk.
I’tidal.
Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua :
Sama seperti rakaat pertama.
NIAT SOLAT GERHANA
الخُسُوْفِ : Gerhana Bulan
الكُسُوْف : Gerhana Matahari
أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.
Khutbah Khas Gerhana
MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata'ala di dunia dan di akhirat.
Allah Subhanahu Wata'ala Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui akan segala kejadian. Dialah juga yang menjadikan apa yang ada di bumi seperti manusia, jin, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta menjadikan apa yang ada di langit seperti bulan, matahari dan sebagainya. Iaitu sebagai bukti keterangan yang nyata tentang kudrat, iradat, ilmu, kebijaksanaan serta pengurniaan nikmat dari Allah Subhanahu Wata'ala yang banyak dan luas yang mendorong supaya makhluk-Nya memuji dan bersyukur serta mengabdikan diri sebagai hamba dengan khusyuk dan tawaduk kepada Allah Subhanahu Wata'ala.
Umat Islam mestilah percaya dengan penuh yakin bahawa Allah Subhanahu Wata'ala pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya adalah di bawah kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala yang menggerakkannya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata'ala jua dan ia-Nya mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri, Maha Suci Allah, Pentadbir seru sekalian alam.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ibrahim ayat 33, tafsirnya:
"Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu."
Sesungguhnya Allah menjadikan malam dan siang adalah sebagai tanda kekuasaan atau bukti kekuasaan-Nya, keduanya (malam dan siang) akan mengakibatkan perubahan dan perbezaan cuaca, masa dan waktu. Begitu juga dengan kejadian gerhana, adapun gerhana itu terbahagi kepada dua iaitu gerhana matahari dan bulan. Gerhana itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu keagungan dan kebesaran tuhan yang berlaku pada matahari dan bulan, di mana kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah Subhanahu Wata'la melakukan-Nya.
Oleh itu jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana itu berlaku atas sifat wajib bagi Allah Subhanahu Wata'ala iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya:
"Dari Abi Masuud Radiallahuanhu berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang, keduanya itu adalah bukti dari tanda-tanda kebesaran Allah Ta'ala. Maka apabila kamu melihat gerhana itu berdirilah, bersembahyang dan berdoalah kepada Allah. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya:
"Dari A'isyah Radiallahuanha ia berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Maka apabila kamu melihat gerhana itu lalu berdoalah kamu kepada Allah Ta'ala, serta berzikir, bersembahyang dan bersedekah. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).
Oleh yang demikian, wahai kaum Muslimin, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan semasa berlakunya gerhana bulan ini untuk bersegera bertaubat atas segala dosa yang telah dilakukan, serta memperbanyakkan doa dan istighfar memohon keampunan ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala. Di samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambahkan dan menguatkan lagi keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal’alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 190 - 191, tafsirnya:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka."

( SEHUBUNGAN DENGAN ITU MASJID NEGARA AKAN MENGADAKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI SEPERTI MANA BERIKUT :-
TARIKH : 26 JANUARI 2009 BER. 29 MUHARRAM 1430 HIJRAH
MASA : SELEPAS SOLAT ASAR
TEMPAT : DEWAN SOLAT UTAMA, MASJID NEGARA
ANDA BOLEH MEMBACA INFO LANJUT MENGENAI PERISTIWA GERHANA MATAHARI YANG AKAN BERLAKU INI DENGAN KLIK PADA PAUTAN DI BAWAH :-
INFO GERHANA MATAHARI )SUMBER INFO : PLANETARIUM NEGARA, MALAYSIA.
Marilah kita sama-sama menghayati dan menginsafi kebesaran Allah s.w.t dalam mengatur alam ini. Selain dari panduan maklumat dari pakar-pakar astronomi mengenai kejadian ini, sewajibnya kita membetulkan akidah dan iktikad di dalam hati kita bahawa Allah s.w.t itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana dalam mengatur dan menguruskan langit dan bumi dan segala isinya.
Mungkin ada sesuatu mesej di sebalik kejadian ini tanpa kita sedari. Maka sedarilah dan marilah kita sama-sama berfikir dan merenung sejenak dalam masa 24 jam yang kita ada setiap hari. Setiap saat yang berlalu menandakan usia kita semakin tua dan usia dunia juga lebih tua dari kita. Jika usia dunia amat sedikit maka usia kita teramat-amat sedikit dari usia dunia.
Marilah sama-sama kita menunaikan solat Asar secara berjemaah dan seterusnya mengerjakan solat sunat gerhana matahari (kusuf) di Masjid Negara. Datanglah beramai-ramai ke Masjid Negara pada 26 Januari 2009 (Isnin) !!!

Sunday, January 04, 2009

gaza 2.0

solat buat saudara di Gaza..

gaza map

****************Terkini
!*******************

'Gaza tenang ketika tentera Israel mula berundur'

GAZA CITY: Gaza menikmati ketenangan untuk malam kedua ketika tentera Israel mula berundur selepas serangan ganas 22 hari dihentikan oleh gencatan senjata rapuh yang diisytihar semalam.

Ketika rakyat Palestin mula menilai kesan daripada serangan paling hebat Israel terhadap wilayah itu, pemimpin Hamas, Ismail Haniya, berkata mereka mencapai "kemenangan besar" dalam peperangan tiga minggu yang menyebabkan banyak kemusnahan.

Israel pula menegaskan ia mahu meninggalkan Gaza secepat yang mungkin dengan Hamas dan kumpulan pejuang lain berkata mereka tidak akan menembak selama seminggu bagi membenarkan askar Yahudi berundur.



"Tuhan sudah memberi kita kemenangan besar bukan hanya kepada kumpulan tertentu tetapi kepada semua rakyat.

"Kita sudah menghentikan keganasan dan musuh gagal mencapai sebarang matlmat mereka," kata Haniya dalam perutusan yang disiarkan menerusi televisyen. - AFP/ (BHOnline, Jan 19,09)********************************************

************Terdahulu..
************

"Ya Allah, lindungilah saudara-mara2ku ini, bantulah penolong2 agamaMu di sana, kurniakan kesabaran yg indah buat mereka, kalahkanlah dgn mereka musuh2Mu (terutama yg bergelar bani Israel) dan musuh umat ini..
Aamien.. "

..'masih sedih, selepas seminggu, kini masuk hari ke 9, dan mula serangan darat pula, semoga berakhir dgn kebaikan utk semua.. masih ingat kejayaan puak Hezbolla Lubnan tahun lepas menghalau balik tentera puak2 ni, kalau di Gaza boleh buat cam tu, kira ada peningkatan, kita dengar setakat ni dah berpuluh2 roket grad singgah kat kawasan negara haram tu, satu perkembangan, kita yg duk jauh ni, selain berDOA, krn ikatan persaudaraan sesama agama atau sesama insan, mereka itu ialah adik beradik kita, adik abang kakak, atau bapa saudara atau .. dan relevan juga usaha PULAU* (terkini: Puasa4Falastin) (yg diposting sebelum ini), dgn usaha cari alternatif produk yg tidak berpihak ke mana2 atau lebih baik cari produk Muslimin seperti HPA!.. sekadar contoh!, dan sebagainya'

***********************************************************
*
ikuti juga pendapat bekas PM tentang boikot dalam akhbar (Utusan Malaysia 6 Januari.. )

*yg berikutnya.. (jika) jadi sukar dibaca, sila klik 'komen' utk details.. !(hairan,kenapa jadi halus sgt wording dia?tah2 ada sesiapa hack..

***********************************************************************

"Rakyat berkuasa boikot produk AS

PUTRAJAYA 5 Jan 2009. - Usaha untuk memboikot produk Amerika Syarikat (AS) dan Israel harus dimulakan oleh rakyat atau pengguna kerana adalah sukar untuk kerajaan mengambil langkah yang sama memandangkan AS adalah sebuah kuasa besar dunia.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan di seluruh dunia mungkin tidak akan memboikot AS kerana takut pada ancamannya tetapi rakyat mempunyai kebebasan mutlak untuk berbuat demikian.

''Orang ramai mesti bertindak seperti dengan tidak meminum Coca Cola, mereka boleh membuat pilihan secara bebas kerana tidak ada pihak yang akan memaksa mereka meminumnya.

''Lagi pun rakyat tidak akan mati kerana tidak meminum minuman tersebut," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun tindakan memboikot produk Amerika boleh menimbulkan kesan tertentu, ia perlu dilakukan demi kebaikan dunia.


''Kalau kita mahu lakukan sesuatu yang baik maka kita kena bayar suatu kos atas tindakan ini.


''Kita tidak boleh boikot segala-galanya kerana Amerika miliki teknologi tertentu tetapi usaha kita masih boleh membawa hasil jika boikot diadakan secara selektif," katanya.


Beliau dalam pada itu terus menyeru negara-negara di seluruh dunia memboikot mata wang AS.


''Jika kita tidak menggunakan mata wang Amerika, maka negara itu tidak boleh menjalankan perdagangan atau mengaut keuntungan dan terpaksa menghentikan pengeluaran senjata.


''Duit ini digunakan untuk menghasilkan senjata dan mereka yang simpan duit dalam mata wang Amerika adalah menyumbang kepada pengeluaran senjata untuk membunuh mereka yang tidak bersalah," katanya.


Beliau berkata, negara lain harus mencontohi Malaysia dengan menjadikan Rusia sebagai sumber pembekal senjata yang baru.


''Malaysia pernah tertipu ketika membeli peralatan perang dari AS apabila jet pejuang yang kita beli itu tidak dilengkapi dengan senjata," katanya."

2. Dan pandangan TPM (di akhbar2 utama seperti UM, BH, Metro dll..) Isnin 12 Januari 09..

2a. (BHonline) Keputusan boikot barangan Amerika hak rakyat: TPM




KUALA LUMPUR: Keputusan memboikot barangan Amerika Syarikat sebagai tindak balas terhadap sikap Washington membiarkan Israel terus menzalimi rakyat Palestin, adalah hak rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak membuat sebarang ketetapan, sebaliknya menyerahkan kepada rakyat untuk bertindak sebagai pengguna.


"Biarlah ia menjadi pilihan pengguna. Sesetengahnya mungkin merasa perlu manakala yang lain mungkin tidak, kerana ia turut membabitkan aspek perniagaan tempatan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kongres Ekonomi Islam Ketiga di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

2b. (UtusanOnline) Najib: Hak individu boikot barang
12/01/2009 1:52pm


KUALA LUMPUR 12 Jan. — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terpulang kepada individu sama ada mahu memboikot atau tidak tiga produk utama Amerika Syarikat di negara ini seperti minuman kopi berjenama Starbucks, Coca-Cola dan ubat gigi Colgate seperti yang disaran oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta badan bukan kerajaan yang lain.

Beliau berkata langkah itu adalah hak individu sebagai pengguna.


“Biarlah ia menjadi pilihan pengguna. Sesetengahnya mungkin merasa perlu manakala yang lain mungkin tidak, kerana ia turut melibatkan aspek perniagaan tempatan,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kongres Ekonomi Islam Ketiga di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Najib diminta mengulas sama ada kerajaan menyokong saranan untuk memboikot barangan keluaran Amerika Syarikat, ekoran ia menyokong sekutunya Israel menyerang rakyat Palestin di Gaza tanpa menghiraukan gesaan dunia untuk menghentikannya. - Bernama

Turut bertindak (boikot) ialah sebuah negara Amerika Latin!.. baca


Venezuela putuskan hubungan diplomatik dengan Israel


15/01/2009 11:16am


CARACAS 15 Jan. - Venezuela memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel semalam sebagai memprotes keganasan tentera Zionis di Genting Gaza.

Kerajaan Presiden Hugo Chavez mengambil keputusan tersebut seminggu selepas ia mengusir Duta Israel di sini, Shlomo Cohen serta tujuh kakitangan kedutaan bagi membantah tindakan rejim Yahudi itu di Gaza.

“Venezuela mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel disebabkan penindasan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin,” menurut kenyataan Kementerian Luar semalam. - AP (UtusanOnline/09)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails