Sunday, December 04, 2016

Turkiye3.0

(atas: semasa transit di Dubai)
(tengah: solat subuh di surau airport Dubai)(bawah: dalam sultanahmet)
(dalam sultanahmet)

Gunaydin
(baca: gunaiden) ialah sapaan 'selamat pagi' di negara dua benua ini.. selama 8 hari uncle Rasit (Rashid) pemandu midibus kami ber-12.. tak lupa menuturnya setiap bertemu di awal hari-hari itu..

pelajaran sejarah turki

selama lapan hari, sesi permukiman sejarah secara langsung di bumi usmaniah ini, menelusuri darat laut dan udara.. melupakan sebentar penat lelah.. untuk menghayati sejarah.. disampaikan Encik Berk Eren, pemandu pelancong kami.. sarat dengan ilmu dan pengetahuan,. diiringi ceria dan jenaka..

8 hari penuh sarat agenda..

jarak: perjalanan udara, kuala lumpur dubai 5554km (7 jam), dubai istanbul 3009km (5jam) ..
manakala di bumi turki, daripada airport ataturk to Bursa, darat dan laut marmara, 181km (2.5jam), bursa-pamukkale 425km, (5h04m), Pamukkale-Konya-Cappadocia 617km, 6h52m, Cappadocia-ankara-Bolu 510km, Bolu-Istanbul (hotel), 300km, 3h43m..
rumusan: *17,126km udara, 2033km darat (+feri).. =19,159km direntasi.. MasyaAllah..

suhu: antara 13 darjah Celsius hingga ke 3 darjah Celcius..

tiba

hari 1: sebaik jejak di bumi eurasia ini di airpot internasional ataturk, usaikan dulu solat jamak, terus menaiki kenderaan yang disediakan pengendali, menuju ke Bursa dan bermalam di sana.. Rehat dulu..

hari kedua: kami bergerak pula ke Pamukkale, tetapi sebelum itu di Bursa, selepas Subuh, menziarahi Ulu Cami (Grand Mosque), Green Mosque and Mausoleum, serta beli-belah di Silk Market..

Tiba di Pamukkale lebih kurang jam 345 petang (sempat singgah di Outlet Munira untuk produk Turkish Delights, sesi demi, rasa dan borong di sini..) dan terus ke Hierapolis (ancient city) selepas singgah juga di Textile Factory Outlet, tiba untuk merasai air suam-suam kuku yang mengalir ke dalam kolam-kolam pelbagai saiz, sebelum menikmati pemandangan semasa sunset.. kami bermalam di Pamukkale

hari ketiga: bergerak ke Cappadocia, sambil singgah di Konya, di situ Makam dan Muzium Mevlana Jelaleddin Rumi, pemimpin kesufian tersohor, dengan ritual zikir sambil Derwish yang berputar  atas kakinya selama beberapa minit atau jam.. akhirnya bermalam di Kappadokia

hari 4: sehari penuh di kawasan sejarah, iaitu underground settlement of Avanos, di lembah utamanya sambil bergambar sempat menikmati Sahlep panas, ke Valley of the Birds, Uchisar Castle, makan tengahari di restoran Dede Efendi, solat zohor dan asar di masjid, seterusnya singgah pula di Dervent (imagination) Valley, dan ke Pasabag Valley, melawat pusat kraftangan seramik terkenal dimiliki seorang usahawan, Chez Galib yang digelar mereka Einstein, akhirnya malam kedua di sini..

hari 5: ke Bolu, lah kita..
singgah kilang gemstone dulu, singgah juga di salt lake, dan ziarahi caravansaray,
sesampai Ankara, melawat mausoleum kemal ataturk di anitkabir dan ke masjid hac bayram veli..
barulah menuju bolu, yang berkedudukan tinggi, salju dah pun turun, singgah di kedai kopi untuk menikmati suasana bersalji, dan secawan sahlep, pastinya.. jom main baling ketul ais kat sini..

teruskan tiba ke Bolu untuk bermalam..

sempat ke agenda pilihan, persembahan kesenian tradisi turki.. hmm3

hari 6: berpagi ke istanbul, sebelum ke hotel, singgah melawat muzium topkapi, solat di sultanahmet sebelum ke hippodrome sehingga maghrib, untuk chek-in hotel bersebelahan hamidiye hotel dan masjid sehzade, dikira terletak di central istanbul..

hari 7: jumaat yang mulia, menziarahi makam eyub al-ansari, dan menaiki telefrek ke atas bukit Piyerlotti bersebelahan, menikmati panorama dan secawan sahlep panas berperisa cinnamon.. sebelumnya, di mulakan pagi ini ke masjid sulaimaniye berjalan kaki melalui kawasan beranda masjid sehzade, singgah dulu menikmati Boza, melintasi saliran air zaman Rom, setibanya di masjid sultan sulaimaniye, dan akhirnya menuju ke kapali carsi untuk.. bershopping lagi,

hari 8, pagi-pagi dah chek-out nak balik.. sempat beragenda ke grand bazar untuk kali kedua, beroleh peluang solat zohor jemaah di sultanahmet, azan zohor bersahutan antara masjid ini dan surau aya sofya, bergiliran.. seusai solat menaiki trem stesen sultanahmet ke stesen karakoy, untuk makan hidangan ikan bakar ala turki..

sebelum ke airport singgah di taksim, sempat lihat satu demonstrasi oleh OKU, menapak mencari monumen utama Taksim Square, namun gagal, balik ke poin permulaan dan menuju airport.. menaiki pesawat Emirates, jam 805 malam, singgah di Dubai jam 3 30 pagi, kembali terbang jam 415 pagi dan ..

hari 9: 315pm selamat mendarat di KLiA..

..next.. gambar2..

Saturday, November 19, 2016

Bersih5.0برسيه

Bersih @ نظافة memang ajaran agama kita, bukan satu, bahkan dua, lima atau lebih..

Tuesday, September 13, 2016

Phnom-Penh

InsyaAllah..
dan alhamduliLlah, kembali ke bumi Malaya, selesai sudah misi kemanusiaan yang diikuti, hanya hasrat melihat sendiri proses pelaksanaan ibadat kurban yang direncanakan pihak penganjur, selain menelusuri kehidupan muslimin, di sana, selama empat hari di mana dua hari penuh diisi agenda korban seawal pagi hingga malam.. meliputi lima buah perkampongan muslimin,
di samping menghayati budaya masyarakat di sana..
 
hari 1
klia @430 pm departure.. tiba 5:07 waktu tempatan, naiki van ke hotel perjalanan 4jam + singgah di rumah seorang wakil tempatan, menu makan malam dan durian tempatan..
 
 
hari 2
 
(14/9) 6:00 sarapan di halaman, 7:00 tiba di kinro, sembelihan sesi 1 dan sumbangan telekung dll, 8:30 ke dontuak utk sembelihan, 9:30 pagi sarapan dan ke pritenung, tiba jam 11:00 utk sembelihan, jam 12:00 ke matprang utk sembelihan berikut.. makan tengahari juga.. 1:00 hotel.. chekout jam 2:00 utk ke sria viel , tib ajam 7:00 malam di rumah us syarqawi dan rehat utk agenda esok di intac..

Saturday, June 04, 2016

ngailbaht@bangkok

...alhamdulillah, pakcik dan keluarga selamat tiba di lamanjawi, usai menyertai para ilmuan hebat tanahair ber 'nadwah' @ seminar antarabangsa, sebagai peserta, (..sempat buat demo di luar dewan seminar, demo yang diluluskan penganjur, bahkan mendapat liputan wartawan tempatan, ia nya demo tentang Jawi!)
Terimakasih penganjur bersama daripada Malaysia (yukeem), terutama Ustaz Mokhtar dan Us Shukri.. yang sudi menyenaraikan kas untuk menayang hasil contengan dan garisan, mana yang muat bagasi wisata kas te, bubuh je, kira nya macam percubaan keluar dari skop tempatan ke arena antara bangsa, gitu..
sambil berdemo, sempat juga kas ngail / mancing baht daripada beberapa peserta seminar, antara nya Pn Zaradha @ Saadah yang berminat lalu menempah dan berjaya mendapatkan contengan dan goresan kas, spontan, sebelum seminar usai dirasmikan Presiden Rangsit University..
(Tn Presiden dimeja pameran jawi yang disediakan khas utk. kas, di ruang legar dewan seminar !)
kalau nak digambarkan secara balaghah nya, kas ni kira nya try nak mancing laut dalam / di perairan antarabangsa la pulak.. mana tahu ada tuah..
*****
misi 2 dalam 1 (2 in 1)
1. niat di hati saat berangkat ke ibu negara gajah putih ini asalnya untuk menjejak idaman hati dan impian qalbu, sekurang-kurangnya boleh menemui si dia dan berselfie bersama, sudah cukup menerujakan.. sejak di tanah air lagi dah bercita-cita, dan mencari di google maps di manakah kan ku temui si dia.. se akan dekat saja dari tempat ku kan menginap buat beberapa hari.. namun sayang seribu satu kali sayang, jadual sangat padat, sejak hari pertama tiba hingga hari kelima dan terakhir, apa yang dapat dicapai hanya lah merenung dari jauh, daripada atas kenderaan ku sahaja, si dia yang ku ingin temui itu, sempat melihat seimbas lalu sebanyak 4 (empat) kali namun itu pun amat- amat buat ku teruja, untuk meneruskan misi ini.. 
oh, yamaha tricity ! 
2. adik ku ada mencadangkan untuk ambil ruang dan peluang di sana untuk buat demo jawi, dia dah risik secara umum dan ustaz balas dengan positif idea itu, jadi akhirnya ia berjaya.. alhamduliLlah !
 khulasah nya dua misi ini kedudukannya seri, satu berjaya dan satu masih tertangguh..

p mana ?
p sana tu asalnya ikut serta  ke seminar antarabangsa bahasa Arab, di RangSit University, pada hari kedua.. di mana..

hari 1 : seawal jam 6 bergerak ke putrajaya sentral untuk menaiki ERL transit ke KLIA2 selepas memarkir kenderaan di aras bawah kawasan parkir berbumbungnya, (kena caj RM26.00 untuk 4 malam di situ) tiket berharga RM9.40 selama 20 minit sampai di KLIA2, sebelum sempat minum secawan kopi seterusnya mendaftar masuk bagasi kami akhirnya menaiki pesawat merah menuju Don Mueang Bangkok, tiba selepas dua jam terbang, bersama hampir 186 penumpang lain, dengan waktu tempatan menunjukkan jam 12 tengahari, (ia lewat sejam daripada waktu Malaysia) selesai solat zohor dan azar jamak taqdim,  di surau airport yang selesa, ruang nya luas, tempat wuduk juga disediakan, syukur.. sementara menantikan beberapa rakan lain yang menaiki pesawat berikutnya, kami akhirnya bergerak menaiki bas yang disediakan wakil syarikat pelancongan di sana, bersama pemandu pelancong bernama Adnan, bergerak pula melalui lebuhraya membelah ibu kota Siam yang sesak itu (time orang balik kerja..) untuk mendapatkan sesuap nasi menerusi agenda pertama di sana.. makan tengahari merangkap makan malam kami di tanah sang gajah ini.. restoran halal (halan, kata us Shukri) konsep steamboat, celup dan bakar.. di lorong 85, off jalan Ramkhamhaeng, akhir nya setelah perut diisi, kami dibawa ke hotel chaleena / aunchaleena, di lorong 65, off ramkhamhaeng soi.. di mana agenda berikut..
zzzzzz..
hari 2  subuh tiba jam 4:32 am, sarapan di restoran jam 6 pagi, perjalanan ke universiti selama hampir sejam, maka bas bergerak jam 7 pagi dan tiba jam 08++, sesampai sahaja, dengan sapaan sawasdeekaarp, kami daftar sebagai peserta dapatkan beg dan tag nama, dihidangkan kopi / nescafe / milo panas untuk membasahkan tekak, serta sekeping sandwic, sementara menunggu VIP yang akan merasmikan, penganjur sedia membawakan meja untuk pakcik berdemo di ruang legar dewan seminar, hanya mempamer artwork ku sambil menerima kunjungan peserta lain, ada menerima tempahan pertama, atas A4 size, teruslah kas menlakarkan dan menyiapkannya supaya sempat diserahkan kepada penempah sebelum majlis perasmian berakhir selepas sahaja menjamu selera makan tengahari di kafe tingkat bawah dewan.. kenyang dengan menu nasi dan tomyam serta lauk pauk yang banyak termasuk buah-buahan dan manisan antaranya pulut mangga dan pulut durian.. pakcik dipanggil masa ini untuk memberikan cnderahati buat pengajur..
waktu rehat antara jam 1230-130 kami juga siap solat jawak qasar di surau yang nyaman dengan penghawa dingin dan amat luas sekali, seterusnya bergerak ke sebuah lagi bangunan fakulti yang akan dijalankan seminar yang dibahagikan kepada bilik-bilik tertentu seperti ditetapkan, hingga jam 430 pm, sekali lagi ke dewan utama, menaiki buggy yang siap mengangkut peserta, untuk majlis penutup dan minum petang yang agak berat juga, kiranya hi-tea, disediakan nasi putih dan nasi goreng, buah-buahan dan menu petang seperti mi, bihun, sate, samosa, murtabak, cendol, dan lain-lain.. meriha nya makanan yang disediakan, terharu.. habis sudah seminar, jom kita pi makan malam pulak, di mana ? di sebuah restoran yang terletak di ibu kota.. hidangannya, ikan masam manis, telur goreng, tomyam, dan pulut mangga, pasti nya.. tapi kena ke hotel dulu untuk jemput keluarga yang menunggu di sana.. perut sudah diisi, sampai ke hotel waktu ,asih ada untuk berjalan.. selesaikan dulu tuntutan Ilahi, jam 8 turun kembali ke jalan utama, kiri - kanan.. pasar sepanjang jalan ramkhamhaeng daripada lorong 65 undur hingga lorong 43 sajaja yang mampu kome jalani, dah ada kedai nak tutup manakala kaki pun dah nak kebas, tahan satu taxi-meter yang lalu di situ.. tunjukkan aja kad hotel yang sempat diambil tadi, okay katanya, naik dan biarkan dia tekan meter dulu, naik sahaja meter dan mulakan bacaannya dengan THB35 sampai di hotel meter menunjukkan THB45 diut kecil tak ada, beri THB100 dia boleh pulangkan THB60 tapi kena beri dia THB5 supaya genap bayarannya, namun dia pun tak ada duit kecil, kami cari-cari jumpa THB10 beri kat dia, kiranya cas ialah THB 50, kira okay lah tu.. terimakasih.. (teksi berwarna warni terang benderang di sini, ada warna kuning, kuninghijau, oren, biru muda, pink terang macam warna DS Vida dll, kebanyakannya menggunakan kereta Toyota Camry.. ) 

hari 3   ke minburi, lokasi pinggir kota, terletaknya kompleks masjid negara Thai, pejabat Syeikhul Islam Thailand, dan pejabat Jabatan Kemajuan Islam Thailand, juga pejabat Agama Islam bandaraya Bangkok, dan dewan serbaguna yang besar, semua nya di sana.. kenapa di kawasan ini, kerana dapat tanah yang luas dan selesa serta tenang.. sesuai untuk aktiviti keagamaan dan kebaikan..
tetamu amat dihargai, sebaik sampai minum teh atau kopi panas dan kueh mueh dahulu sebelum mendengar taklimat daripada Ustaz Mabrook, timbalan syeikhul Islam, yang fasih berbahasa Arab, gaya azhari, sedikit cenderamata penganjur bersama kepada pihak Seikhul, pakcik ambilpeluang beri juga satu souvenier, jawi ku, biar digantung d dinding ofis beliau, seterusnya melawat bangunan pejabat syiekhul, agensi pelesenan halal, dan lain-lain, juga pejabat agama bangkok akhirnya makan tengahari, kali ini nasi dan sup ayam ala arabic dan buah-buahan serta minuman panas, diakhiri solat jamakqasar di masjid negara dan berangkat ke destinasi kedua untuk hari ini, kolej vokasional islami.. uniknya dismaping pelajar islam menjadi majoriti, terdapat peratusan kecil pelajar budha yang turut belajar di sini, cuma mereka tidak perlu mengambil subjek pengajian Islam, cuma kaau dibuka satu subjek tasawur Islam ,amat chanteq dan molek juga, bak kata Dato Mahamud Abdul.. nahhh, kita ke mana pula ? acara nya makan malam dulu, di mana ? di sebuah restoran juga, al-hilal retaurant, menu nya? amat mengenyangkan, ikan tiga rasa sudah pasti, tomyam seafood memang wajib, buah-buahan sebagai penutup, dekorasi menarik, terlindung dari luar, namun ia marvellous.. sebelum pulaNG SINGGAH DULU DI GERAI BERSEBELAHAN, BELI KAN.. aiskrim durian, pastinya.. atau aiskrim kelapa.. malam ni nak nyoping ke pasar malam lagi ke.. cam tak larat dahhh, so zzz..

hari 4 esok nak ke mana ? floating market ? tapi.. kena bergerak seawal jam 5 untuk elakkan traffic jam, kata Adnan, kalau terkena, 3 jam, katanya.. okay aje semua peserta yg exited ni.. nasi goreng pun siap dibungkuskan utk. kami.. tiba-tiba sejam setengah je dah sampai, kedai pun banyak yang belum buka.. setiap bot yang dinaiki memuatkan 5 orang dan dibawa seorang pendayung.. akan berhenti di setiap kedai tepi sungai yang buka, jika kita belanja / beli belah, ada komisyen kahs terus kepada pendayung.. harga ? boleh tawar menawar, lebih-lebih lagi, kita datang awal pagi, kira bawa tuah utk. dia, boleh tawar banyak..

per
perahu kita akan berhenti sekali di salah sebuah pusat niaga yang menjual berbagai produk tempatan, sempat menyertai sesi merasa air mayang kelapa yang baru ditadah, fresh dan manis, selain air nira ais, percuna !


sambung berlayar naik perahu, untuk ke pit stop terakhir, shopping lagi sejam berikutnya sebelum bergerak ke bandaraya bangkok untuk.. makan malam yang terakhir, tetapi singgah dulu di .. Tokyu shopping mall di bangunan yang ternama itu.. selama 2 jam setengah di situ.. baru lah gerak pula ke lokasi restoran steamboat baru-baru ini, tetapi kali ini menu nya berbeza, tomyam, pastiny, daging goreng cendawan, ayam goreng sayur, daging mafroom, dan buah-buahan.. ops, ikan masak tiga rasa lagi, ada..
hari 5, selamat tinggal, terimakasih / kop khun kraap, atas layanan kelas pertama di sini, nak balik dahhh pagi-pagi jam 8:30 dah check out, tapi agak ambil masa pulak bila nak check out ni, semua details, bayar tambahan mana yang patut.. agak lambat la kami nak ke agenda berikut, pasar Chatuchak yang glamour itu, tapi sempat singgah ke galeri permata di pertengahan jalan, sebab ramai yang nak beli.. dan kahirnya sampai lah kami di Jatuchak tetapi masa yang diperuntuk sudah suntuk, sejam, haaa? sejam je.. apa nak buat, jom.. jangan buang masa, lariiiiii.. dapat juga shopping, lalu bertolak-tolak balik ke airport don meng, kena sampai jam 1:30 pm.. turun je kejar-kejar ke pintu 3, check kastam, terus pi check in bagasi.. fuhhh.. nasib baik tidak lepasi limit..
rumusan..
macam tak genap je..
********************
gambar-gambar..

Wednesday, February 10, 2016

ngail-udang.galah.teluk-intan

dua hari satu malam.. inap di hotel abu ubaidah, taman melur, milik ustaz wan azri/azli, usahawan tersohor di bandar ini..

hari pertama, agenda utama.. memanjat 110 anaktangga menara condong pisa.. ops, menara condong teluk mak intan..

hari kedua, Sarapan pagi di restoran amru, juga punya ustaz wan, diikuti ziarah sekolah hafazan kelolaan beliau di kampong bahagia, makan malam tadi ialah aneka resepi udang galah.. sebelumnya ke jeti pemancing di tepi sungai perak, akhir nya kami pulang dengan siap menempah dua kilogram udang galah..
Alhamdulillah..
ini, umpan yang disiapkan untuk mancing kertas berjumlah 3 keping, berwarna pic.. syukur !

Sunday, February 07, 2016

terbalik..

*****
ini zaman, majoriti orang suka kan benda yang terbalik.. dulu, dipelopori di sabah, kini hampir di
semua negeri ada galeri terbalik nya sendiri..

*di port dicksons, dengan bayaran sekeping wang berwarna peach @oren muda, pemilik galeri itu kini boleh menggaji para pembantu.. kenapa ? kerana trend yang melanda..

*para da'ie melihat ini (fenomena terbalik) suatu yang udah diterima majoriti, samada anda rela atau terpaksa..

*begini, satu februari, adalah sambutan hari wilayah saban tahun.. yang amat disanjung pada majoriti orang kay-el ialah sifat sabar pada tahap maksimum mereka (saat memandu), terutama semasa setiap kali pergi dan balik kerja..
pakcik, yang akan sambut ulangtahun pertama untuk belajar menjadi orang KL yang penyabar.. memandu kereta, pergi kerja, sabar dengan kesesakan, dan sabar juga dengan para pencari @ perompak ruang di setiap simpang..

kita boleh buat apa? "sabar, itulah yang terbaik", bak kata grup nasyid Brothers dalam album terbaru nya..

jem semasa perayaan.. apa punca nya.. sikap terbalik pemandu yang potong Q sebelah kiri, jem di plaza tol.. siapa yang buat.. si terbalik yg merampas ruang di kanan.. secara paksa, dan kita ? sabar, sabar, dan sabar,

terbalik, menjadi amalan segelintir manusia, akhir zaman ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails