Thursday, March 12, 2009

sinaiسيناء

our sinai trip pix collections..
lukisan 'JabalMusa' atau Gunung Nabi Musa a.k.a. MountSinai
Pharaonic Sulphur Bath..
@Barliv Panorama
Salahuddin Village
Ottoman Writing on the Wall
Ottoman Writing, again
White n Colored Canyon..
Persinggahan Nabi Ilyas A.S.
Menawan Puncak! Gunung Sinai after 4 hrs climbing..
1st step to Mt Sinai!
(flowered stones ! )
nun di atas sana..maqam Nabi Harun A.S.@StCatherine
(inilah dia..
Golden Calf
(pertemuan Nabi Musa A.S. dengan dua anak Nabi Syuaib A.S.)
(pulau Firaun, where Salahuddin's Fort)
(nama sekeluarga-dalam satu perahu/ yacht..)
(mydesigname)
.........................................................................................................
insyaAllah, jam 11.59 akan sambung eksplorasijawi ke sinai pulak yer..doakan kome n ahli2 selamat pergi dan balik semula ke tanahbesar.. Africa
.....................................
AlhamduliLLah, dah pun selamat tiba semula ke kampong halaman di Alex., walaupun masih terasa kepenatannya (3hari, 3malam, tau!) selepas mendaki gunung di waktu awal pagi, seawal jam 1pagi..
.....................................................................
Jadualnya mula2 naik bas dulu jam 1pagi dari sini melalui Desert Rd., Cairo then sampai ke terowong AlShahid Ahmad yg dibina dibawah terusan Suez. Singgah solat dulu.

Tempat Pertama diziarah: Oyon Musa, dikhabarkan berdasarkan kisah mataair yg kembali ke zaman Nabi Musa AS sebanyak 12 matair berdasar pendapat pertama. Yang dapat dilihat dua perigi yg ada, satu masih ada air manakala satu lagi kering.

Kedua: Panorama Barliv. kisah penemuan kubu bwh padangpasir kepunyaan tentera bani Israel yg xdpt dikesan kecuali lepas beberapa masa bile kapalterbang perang egypt asik2 kena tembak tapi xtau dtg dr mane? Misteri! dan ajaib? Akhirnye seorang alim mimpi ada kubu bwh pasir tu, tu yg mereka usaha sembur dgn air bio nampak mane die, tu dia!!! dah nampak.. patut le ..

Jalan lagi.. singgah makan TH n solat Jumaat kmdn. tayar bergolek lagi sebelum sampai pekan Thaba..

Lalu kawasan berbukit bergunung berpadangpasir.. singgah 1: di tepi jalanraya, kesan sejarah zaman Usmaniah berupa tulisan khat/ kaligrafi diukir di dinding batu oleh para jemaah haji nak ke Makkah yg. lalu di situ,

singgah 2: minum tea badawi then lalu di Banjaran al-Tih berdasarkan kisah sesatnya kaum bani Israel selama 40tahun.. kerana xnak gi sama ngan Nabi Musa AS pindah ke Palestin.. jalanraya dibuat di tengah2 banjaran bergunung tinggi dihiasi Colored Canyon dan White Canyon.

Sampailah ke pekan Thaba.. sempadan Egypt dgn bandar Eilat (b.Israel) nampak di sebelah sana bendera negara haram bani Israel tu berkibar tanpa segan silu..

Undur semula niatnya nak ke sebuah kawasan kurang 3 km drpd pekan Thaba. Namanya Pulau (Jezira) Firaun terletak sebuah kubu Solahuddin Al-Ayubi.. atas sebuah pulau batuan..

[Tapi ralat sgt.. sebab masa terlewat setengah jam drp waktu akhir daftar utk naik bot ke pulau tu, (sebelum jam 4ptg, kome sampai jam 4.30pm!), begambor aje la di seberang sini, di jeti.. ] sob3..
terus je ke bandar Dahab hampir 100km pula dr situ..

Sampai jam 8 malam, solat, n terlelap xdan mkn malam!

Pagi hari Sabtu, jam 9.30 jalan2 lagi.. hala St Catherine. ziarah Makam Nabi Saleh AS., melawat replika patung anaklembu ciptaan si Samiri di dinding sebuah bukit . Ada satu pokok dan telaga dikatakan saksi peristiwa Nabi Musa AS bertemu dan membantu 2 anak Nabi Allah Syuaib AS. (ingak ko?)
seberang jalan kat situ ada pula makam Nabi Allah Harun AS. dan perkuburan masyarakat setempat.

Akhirnye checkin kat sebuah kem penginapan 'FoxCamp'. ramai2 duduk bawah khemah..

Lepas asar jalan2 lagi- g ke Wadi Al Arbaein (40) kisahnye ada di hujung sane satu batu dikhabarkan kisah Nabi pukul dgn. tongkat mukjizat Baginda lalu terpancar 12 mata air utk 12 kaumnya..

Maghrib: siap makan tidur dulu, esok pagi2 nak g panjat gunung! Pukul 1pagi !... mula acara panjat GunungSinai.. dan... sampai selepas 4jam, jalan kaki.. awal2 jalan berpasir dan batu kecil, last sekali dah kena naik tangga batu yg disusun agak baik.. amat mencabar tu.. nak sampai kena stop hampir sepuloh kali wei.. akhirnye jam 5pagi saat azan Subuh sampei juge kat atas sekali.. suhu rasanya macam bawah 0 darjah celsius.... tangan xdpt pakai sarungtangan.. kebas mcm xade jari.. kena pulak nak amik wuduk.. solat dan sementara itu ialah acara utama, ditunggukan semua pendaki: menanti & memerhati terbitnya mentari !

jam 6 terus bergerak turun.. xlarat sejuk wei.. turun bwh sikit bio kurang sejuk nyer.. sambil tu tunggu kengkawan lain, kul 8 turun lagi.. singgah kat perkampungan Nabi Ilyas AS, ada sepohon pokok dikatakan pernah menjadi persandaran baginda.

Turun ni ikut jalan lain .. org kate: shortcut.. boleh sampai kurang 2 jam ke bawah! tapi jalan bertangga je sampai hujung jalan.. tu yg kena turun mengiring.. kurangkan kesan hentakan kaki..

Jam 11 kena checkout.. makan dulu baru naik kenderaan..
jalan balik, lalu kat kampong..'wadi feeran' kisohnye 7rahib wanita bersedia tolong tentera Islam lawan tentera salib..

depan sikit tengok tempat dinamakan Hammam Firaun / sebuah gua di bawah bukit yg berguna utk mandi sauna (sauna/ mandi wap panas berbelirang, bagus utk sakit2 Rheumatism.. di sedia kan jalan tar ke sana sampai dpn kaki bukit.. tengok kat tepi pantai nampak jelas matair panas mengalir ke laut, air panas bau belirang..

.................Masa utk balik......................... !!!

melalui jalan pantai terusan Suez , menaiki jambatan Mubarak Al-Salam hasil 'persahabatan Egypt-Jepun' melalui atas terusan.. macam jembatan /gheto' pulaupinang tu.. lalu pekan Demyat yg terkenal dgn produk perabot ekspotnye.. makan malam dan solat.. baru jalan balik ke rumah kome jam 10mlm sampai jam 1255pagi...

mekasih buat MSD buat trip ni.. makasih ustaz Rahim atas penerangan dan nasihat.. mysponsor jgn dilupo eh..

( Klik juge di sini utk perjalanan sebelum ini..) atau di sini..

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails