Tuesday, December 02, 2008

alexandriaالإسكندرية

selamatdatang ke alex !

1)boleh le kite bawe p ziarah..
montaza -istana king farouq,

kincir,
kubu qaitbay,
masjid abu l abbas l mursy,
amoud sawary,

masrah romany,
maqam el nabi danial,

maqam abu ldardaa,

stanley bridge.
.







2)..lalu di area2 seperti mandara melalui asafra, khamsa wa arbaen, miamy, sidi bisyr, sporting, gleem, victoria, ramlh, san stefano, louran,..

3).. try naik tramco.. dr mandara ke mansyia.., hargenye satu gneh rob'/suku, sebelum ni hanye segeni.. nak tahan die guna isyarat tangan jer, tunjuk telunjuk ke bawah makne dekat, kalau 5jari ke kanan makne jauh/ bahr.. nak turun jgn cari loceng, xder nye.. kena belajo cakap kuat sikit.. 'ala ganbi law samaht!' aiyi hetta ala ganbi, elnafa' elli gai, elsyarie elli gai, housni ma'ak, '.. dll.,

4)atau naik tram, dr victoria ke mahatta elraml, harge dr mana2 ke mana2 hanye 25sen shaje..

5)atau (atr/ keretapi pekan, dr abou (q)eir ke mahattat masr melalui sidi gaber.., 60 sen dan kalau beri 1geney pun dapat baki 40sen, sekarang dah naik sejak akhir 2008 jadi 1geney?

6)nak ke cairo naik bas superjet atau delta kat mau'af baru, jauh dahh.. naik keretapi laju di sidi gaber samada naik faransawi , turbini, isbani.. kalau keretapi melyaan (penuh)., jgn ttebeng nok naik juge.. keretapi rakyat ada juga, segala macam boleh naik.. org, ayam, kambing, sayur. buah2..
atau pilihan yg paling laju, naik la mikrobas.. van toyota 15 tempat duduk berhawa dingin dan bergerak laju.. harga antara 20-25 LE., bayar bile drebar dah kata 'alhamduliLLah ala ssalamah' je tau!..

                                     ********** tungguuu!!! klik utk siri sebelumnya: klik ke'-sini!
(ni 'plak' bagi kincir angin Mandara)   
dan, ini contoh video penjaja air khroub, & asamjawa yg sempat dirakam, amati irama nya yg tersendiri..
video

Saturday, November 29, 2008

ZulHijja1429:catatan.haji.2oo8

CONTOH lukisankhat tertulis: HAJJ (ha'-jim)

( zulhijja 1429 bermula, dan 1-10 hb tarikh yg penuh tawaran! apa lagi... meh la beramal.. )

------------------------------------------------------------------------

Catatantraveloghaji- Dengan izin dan kurnia Allah, dipermudahkanNya kami menunaikan ibadah haji pada tahun ini, dengan mengikuti kemudahan disediakan TabungHaji bersama majoriti jemaah Malaysia lain, di bawah kelolaan sistem Muassasah.


Selama 24 hari ditanah suci, selamat dan sempurna lah menunaikan ibadah ke lima ini buat kali pertama*.. menaiki pesawat SV300 Saudia, menuju lapangterbang Jeddah. Bagus naik flite die, selesa, luas, dan kalau nak solat dia siap dah bagi petunjuk arah qiblat, senang gitu. On time, juga. Tiba di destinasi, penumpang biasa turun dulu, pastu jemaah haji pulak turun, kemudian naik bas dihantar terus ke terminal haji. Proses nak masuk Saudi kurang lebih dua jam, selesailah sudah..

di terminalhaji jeddah..

Kat situ dah bersedia dua petugas TH menunggu, siapkan urusan kami ngan muassasah seperti pengangkutan, maktab dan lain2.. Tn Syeh Konsul Muda Jeddah pun hadir sama, kami (ber3) solat maghrib jemaah dulu baru dapat bas sekali ngan jemaah dari Lebanon.. jalan elok, sebelum sampai dapat cabaran pertama, geng muassasah Arab suh turun, sebab dia sangka kite ni (sebetulnya saya seorang) kena masuk maktab Arab, diletakkan di maktab 131, takde nye die nak dengo cakap kome.. siap dapat gelang getah ngan nametag dah, amik je lah.. (passport pun die simpan..)

dahsampai jua..

kami pergi hantar rakan lebanon dulu, ada dua maktab die kat Aziziyah, akhir sekali baru hantar kami di seberang jalan setentang hotel meridien Makkah, kena lintas jalan bawak beg besaq2, sib baik si Ayob org muassasah afrika utara tu tolong sama, kul satu setengah pagi dah tu! kol kat pen. pengurus maktab, dia jawab ok nak hantar petugas, tunggu2 x der pun, agak2 nyer die org sesat, kut? apa lagi, tahan GMC yg besor sikit mintak die hantar ke hotel mutlaq, di ajyad elsudd. bayo le 15riyal. settel.
(ni la pemandangan dari hotel kami di ejyad el-sudd, di kejauhan, lima menara masjidilharam boleh dilihat, kiri sikit, abraj al-haram sedang menambah ketinggiannya)


di hotel..
Naik ke lobi maktab, jumpa org yg ade kat kaunter, die hantor kite jumpa pengurus muassasah maktab 'wahed wa tamanen' tu, tn haji gasim albanjar, cakap melayu sikit2 tapi kalau cakap arab lagi lancar. cerita kat die pasal kesah kami dr alif-ila-yaa, dia janji tolong. apa2 hal amik bilik dulu, sementara, rehat2 katanya, dapat bilik 709 kami duk sebilik, masa: dah jam 2.30pagi, tido je lah.


4hb12. 
Pasje solat subuh, selesaikan yg utama dahulu, tawaf qudum n saei haji, kami wat haj ifrad la, sebab dah dekat wuquf tu.. then cari sarapan, khidmat diri.. uruskan hal bilik yg sahih dgn tn hj Shuib timb. pengurus. die pun dtg semula dan sahkan bilik kami, kome dapat masuk bilik 908, muatan 7 org ada kosong lagi 3, manakala zawj ngan bint, masuk bilik 902.
 
5hb12:
aktiviti biasa, cuba usaha sedaya upaya tunai solat di alharam, cabaran- jalan kaki. kuranglebih 700meter! elok kalau duduk di alharam sahaja, tetapi tuntutan makan kena dilayan juga, masa yg diberi, tengahari jam 11am-2pm, dapat paket makanan berlauk ayam/ daging/ ikan n sayur, air, buah limau atau epal. malam mulai 6pm-9malam..

6hb12: 
menikmati pemandangan para jemaah bertawaf.. zaman sudah berubah, bukan sekadar manusia bertawaf, turut serta h/p atau camera h/p hatta video cam., skrg x ada/ mungkin kurang kes org hilang/ sesat.. sebab alat perhubungan dah senang didapati? bahkan, sambil bertawaf boleh rakam aksi anda.. sebagai bukti, kenang2an buat keluarga, kenalan, jiran.. sambil bertawaf, bolehlah menerima sebarang panggilan maha penting, melapor kedudukan anda atau sebagainya.. yg tidak boleh dilepas kan begitu sahaja!.. Dahulu dikhabarkan alat2 ICT sebegini adalah dilarang, sekarang sudah semacam dibiarkan sahaja, oleh pihak kawalan, kecuali bg jemaah wanita, masih agak tegas petugasnya menyiasat brgn yg dibawa.. ada juga pernah berlaku, dua org anggota keselamatan lelaki, di dalam alharam memerhati seorang wanita asyik merakam video tawaf di sebalik tiang, tanpa disedarinya salah seorang anggota keselamatan cuba merampas videocam tersebut, tetapi sempat ditarik..

**bagaimana pula dgn alunan muzik di dalam masjid 

kini benar2 berlaku, bukan sekadar di dalam masjid di kampong kuala keloi sahaja yg boleh jadi terdengar alunan muzik, bahkan masjidilharam sekalipun tidak dapat terlepas drpd dialunkan muzik di dalamnya! ramai lah manusia yg sibuk menjawab talifon yg berdering kuat dgn alunan muzik rancak atau sebagainya!, ni di dlm masjid ni.. mungkin kes kecemasan? mana tahu..

--Isu tawaf 

juga menjadi perbahasan, mana yg lebih sesuai, utk seluruh jemaah, tawaf bersendiri atau berkelompok, jika sorang2 rasanya lebih baik, tapi mungkin ada yg bimbang, takut2 pening.. tumbang? atau berkelompok kecil 2-3 org.. bagaimana dgn kelompok besar yg bergerak dgn penuh kehebatan? siapa tersalah langkah (terberada depan grup besar ni) bimbang kah terancam berlaku rempuhan ? boleh join mereka jika bijak..

###
trend susunatur jamaah di dalam masjid juga menimbulkan persoalan yg mengusutkan fikiran, bagaimanakah penyelesaiannya bg mengelak solat di belakang wanita atau hatta disebelahnya? ada juga saf keluarga! suami-istri dan saudaramara.. atau di sana ada fatwa terbaru yg menentu, bhw ia harus jika darurat?


(koleksi gambar semasa hajj siri 1)

**petang ini dijadual seluruh jemaah akan dibawa ke Arafat.
maka pd jam 410 pm dapatlah kami menaiki bas sediaan muassasah utk ke.. 

Arafat, sampai jam 4.55ptg terus ke khemah tertulis 49-52L kami berkongsi menginap di sana. muatannya 55 anggota, beralaskan karpet merah.. beberapa minit kemudian ditunaikan solat Maghgrib dan Isyak berjemaah secara jamak di surau khemah maktab ini. diikuti sedikit tazkirah. cuma agak kecil ruangnya sampai berjemaah di luar shj..
--sebentar kemudian sampai lah bekalan makanan malam buat semua, nasi berlauk daging dan sayur campur.. tapi memang, kemudahan di sini agak banyak, air panas disedia, cawan kertas, paket kecil gula, krimer, teh uncang, sudu teh disiapkan.. minumlah sepuasnya. bahkan, diberi indomie siap disedia mangkuk plastik lagi, dan epal merah untuk semua jemaah. akhirnye, tidurlah kami semua dgn aman, utk sedia solat subuh esok.

8hb12: -

hari wuquf !, bangun perlu awal kerana di kelompok khemah maktab ini disedia 2 kawasan bilik air, berjumlah 15-20 unit tandas+dosh (shower), 10 pili wuduk setiap kawasan. jadi, perlu bersabar, kerana ianya mencabar..
--paket sarapan pagi tiba seawal jam 5.. nasi goreng, telor rebus dan epal merah.
---solat subuh didiri dalam khemah sahaja kerana ruang surau terhad utk semua ahli.

----kedudukan khemah: hampir ke sempadan akhir arafat, dilitupi pohon2 mambu sederhana besar di samping beberapa anak pokoknya yg baru setinggi pinggang. sesetengahnya berada dalam khemah! hati2, takut tersalah langkah, mematahkan dahannya atau ranting..



*1150am khutbah Arafat diberikan ustaz Kairol. 1215pm solat jamaah secara jamak. cobaan.. ! makan Tghri jam 2 kerana bekalan td cukup, petugas muassasah silap kira bilangan.. 245pm paket makan malam pula sampai, lauk daging, sayur+jus epal. turut diberi selepas tu-biskut teashop dan susu kotak..

--selepas solat jamak maghrib-isyak berjemaah kita dijadual berlepas ke.. 

muzdalifah.. selepas tunggu beberapa bas dptlah kami menaikinya pada jam 645pm dan sampai jam 7mlm. ok la perjalanan tu, x jem. Didapati lampu suluh alat bantuan mengutip batu yg amat berguna, tapi lampu sorot di kawasan itu pun dah agak menolong. Ditempatkan dalam kawasan berpagar utk setiap maktab, kawasan yg penuh dgn jemaah, kecuali sepertiga ruang utk mencari anak2 batu.. ada satu set bilik air yg sejenis di Arafat, di sekelilingnya bnyk batu2 kecil, sesuai juga kalau dipilih dan dikutip utk lontar jamrah Aqabah. tapi kena basuh la takut2 ianya hanya tanah keras atau ketul simen atau najis kambing? ye ker? Apapun semua jemaah nampak seronok, gembira, ceria mencari anak2 batu.. bersama2.

---seawal jam 1215pagi bas pertama ke.. 

Mina mula bergerak, masih menunggu sehingga agak reda rebutannya.. akhirnya antara 525-535 am dapatlah berangkat ke Mina.. terus dilaung azan Subuh. ( dan.. sempat, di Arafat dan Mina jumpa kenalan lama!.. ) 7pagi- sedia utk pergi lontar jamrah Aqabah. selesai jam 9pagi. dan menunaikan gunting sedikit rambut utk mencapai Tahallul Awwal.


-khemah di Mina adalah dlm kawasan Muaissem, separa kekal dgn susunan yg baik, khemah berkembar 2 atau 4 atau 6 setiap satu memuat 10 org. kemudahan disedia amat baik, berhawa dingin lagi, selain makanan tambahan yg berterusan, indomie, limau egypt, airkotak, biskut teashop masin atau biskutsusu, ..cuma bab bilik air agak mencabar n 'panas' juga, kena ber q 4-5 org atau ada ketikanya 9-10 org, sblm dpt memasukinya.. setnya 15 utk lelaki 25 utk wanita, tapi nampak cam wanita masih x cukup sampai ada yg beratur kat kaw. lelaki..? try tunggu 345am, ada 6 org penunggu.. jam 500am, lagi ramai, 10 menunggu! kesabaran memang menguji dan teruji.. kalau sambil beratur mcm2 ungkapan/cerita boleh didengar..


--bab kebersihan masih boleh diperbaiki oleh setiap jemaah, terutama kwsn sekitaran khemah atau meja minuman..

9hb12:
 

MIna.. 345 pagi dah perlu bangun, tu kira perlu krn bimbang terkena jem kat depan bilik air, sabar menunggu giliran dengan 3-4 org di hdpn, sarapan dtg awal juga, seperti semalam, nasi sambal bilis n telor. selepas solat kira2 jam 7 ke jamarat.. seusai, sarapan lagi donut 'house of donuts' then berjalan ramai2 ke khemah d moaisem.. 1030am, minta ketua rombongan, cukurkan rambut.. ringan rasanya.. makan tghri- nasi, ikan, sayur campor, keropok ikan, air kotak mango alwaha,


--satu idea yg baik, mungkin dah lama diguna hasil nasihat TH, kaedah ambil wuduk dlm darurat, kalau2 tiada air, atau tabour panjang, dsb- sediakanlah penyembur air macam sembur semasa strika baju, atau botol sembur minyak wangi yg lebih tampak cantik..

10hb12 
(12.Zh):
-

pergi melontar jamarat sesudah subuh.. diarahkan pihak keselamatan ikut eskalator, terus naik tingkat atas- tingkat 5 kompleks jamarat..


-kompleks baru yg masih belum sepenuhnya siap ini kini semakin canggih dan yg utama dibina dgn ciri2 yg lebih selamat dan 'mesra-jemaah' utk melakukan lontaran, terutama 'perigi jamrah' dibina dengan memanjang.. bukan sekadar bulat seperti sebelumnya.. dapat memberi ruang yg lebih kepada jemaah melakukan ibadahnya,


--tapi biasa la, manusia ni dia kadang2 mengelirukan kita, dekat situ la dia nak berkelompok, dah kita tengok dr jauh macam sesak, kitapun dah mula sesak hati, rupa2nya dia berkumpul ramai2 dulu, dan selalunya ini diamalkan jemaah dari beberapa negara tertentu..


---satu lagi, perigi tu kan panjang, tapi ramai suka melontar kat 'awal' /(yg.paling awal ditemui sebaik sampai) perigi, sedangkan kat tengah, dan hujung sana sikit, kosong jer.. jadi jgn panik, terus menghampiri dan cari ruang yg kosong.. xder masalah di sini.. mungkin tingkat bawah yg agak ramai org, selalunya.


--tengahari itu, rombongan kami bergerak ke Makkah, kerana berniat nafar awal lebih dahulu, menaiki bas jam 145th, bersama rombongan jemaah pakej, sampai 345pm terus ke hotel/ maktab.


thu-11/12/08: 
seawal 4pagi, selamat menunai tawaf ifadah, selepas sejam 10 minit kemudiannya diikuti solat subuh belakang arus makam..


-bekalan makanan jemaah bermula malam nya, makan malam tanpa buah tapi siang ada buah2an sprti epal atau limau.


jumaat-12.12.2008:
selepas subuh, sarapan jemaah selalunya ialah nasi lemak atau bihun atau mi dr spageti, dijual makcik2 patani atau indon di hadapan maktab just selepas solat, tapi cabaran mrk ialah org2 majlis bandaran sentiasa mengejar, kerana ini salah.. kalau nak makan capati atau roti nan ada dijual di kedai mamak dekat maktab juga, setiap satu berharga SR1. termasuk mencari air teh o panas atau teh susu.. buah2an boleh dibeli secara kilo, atau sebiji berharga SR1, tapi kalau 2 biji tak tentu, ada yg kena timbang kalau die tengok agak besar saiznya, ada
yg terus kira SR2 shj..



-salat di luar atau di dalam bgnn masjidilharam.. sememangnya ada rahsianya, iaitu sesiapa yg berhasrat solat dalam masjid, ada ruang utknya, kerana ada jamaah yg sedia utk hanya solat di luar bgnn, ucaplah terimakasih dlm. hati kpd mereka! -hari sabtu- biasa.. menggembirakan org lain juga..


sun-14.12:
130am bgn utk bersiap ke tanaeim, buat umrah haji yg perlu disempurna.. 215-315 ke dan dari masjid saiyidah aisyah, tiba utk mulakan umrah, selesaikan sebelum subuh berjamaah, di basement / bwh tanah..


tawaf -
garisan penanda bagi sudut hajaral aswad di lantai sudah dibuang, yg tinggal ialah lampu hijau di hujung sana, (di dinding luar bangunan masjid yg awal jika melihat ke kanan kita).. mungkin mengurangkan kesesakan dalam satu garisan yg sempit, bersesak di situ, kini bebas bermula seawal melepasi sudut 90 darjah hajaralaswad, dan boleh melewati akhir sudut nya sebelum sampai ke maqam Ibrahim


--Satu hal lagi, kawasan turun ke telaga asal zamzam sudah ditutup sepenuhnya!, begitu juga tanda bulatan (menunjukkan bhwa telaga di bawahnya) dibuang! semua utk keselesaan para hujjaj.


-tawaf menguji IQ dan EQ.. menilai dan menguji kekuatan EQ jemaah, keadaan yg sesak sesekali mengundang kemarahan sebahagian kecil jemaah, atau 2-3 org yg nak keluar dr kawasan, atau masuk, atau mengasak drpd belakang, atau rempuhan ringan dr sisi, apapun tawaf melihatkan semangat umat yg berlumba2 menunaikan ibadah! macam positif jer, atau pun berlumba nak cepat habiskan tawaf? lalu mencari ruang mencelah utk sampai awal ke penghujung rukun yamani tanda selesai pusingannya!


--sempat berkenalan seorg afghani yg tetap di pakistan, gelar dirinya naqibulla, bincang hal2 semasa, terutama hal tawaf, saya lontarkan bhw masjid kini luas, tapi katanya yg sepatutnya juga luas ialah dataran tawaf! kerana ianya ruangan yg masih tidak berubah walaupun beberapa kali pembesaran! iye tak ye jugak, memang, boleh tawaf di tingkat 2 dan 3 tapi nisbahnya amat kecil kerana org lebih prefer utk buat di dataran.. soal kuota juga dibincang, mungkin sampai masanya dikecilkan sedikit drpd peratusan sekarang memandangkan kesediaan ruang yg ada.. selain hal sikap (yg camana kita nak cakap xtau la), katanya, cth duduk/ solat di laluan, sebelum solat atau selepas solat fardu, saat org berpusu2 keluar atau masuk! ini spesis pun ada... hm3


--saei 
di aras bawah: kawasan saei kini sedang dalam pembinaan utk pembesaran ruang saei sekali ganda drpd asalnya, hampir 90% siap kecuali kubah dan menaranya.. asalnya kawasan ini ditandai dengan kawasan asal bukit Safa di kawasan setentang sudut hajarul aswad, mengekalkan bukit berbatu yg boleh dinaiki.. begitu juga di bukit Marwa, yg tinggal kini ialah, saat bermula dr Safa, tiada lagi kawasan bukit asal tetapi hanya kawasan yg dulu asalnya di luar bangunan mass'a, jika bergerak ke Marwa, juga kawasan tambahan. 


--Beralih ke langkah mula dr Marwa ke Safa, masih dikekalkan kawasan berbatu asal yg hanya mendatar shj, utk bergerak ke Safa.


---Tambahan baru ialah adanya unit2 pili kekal air zamzam di tengah2 laluan bersaei, satu pilihan utk jemaah yg berjalan, satu bahagian lagi khas buat jemaah berkerusi roda.

Tue16.12.08

-solah di masjidilharam .. juga mengundang idea bagaimana mewujud suasana pengisian saf yg lebih sesuai, maksudnya ada yg bertanya, camana saf kita yg sempurna, selama ini kita dibiasakan bersaf sesama lelaki tetapi keadaan di sini berbeza.. walau usaha sedaya upaya di tingkat manapun pasti jarang taklepas dari.. berada dibelakang saf yg ada wanita! hatta di saf ke dua di tingkat 2 atau 3 atau bwh tanah.., penguatkuasaan.. mungkin mampu mengubahnya, atau x upaya kerana terlalu ramai jemaah? ia tidak dpt diubah selagi tiada kesedaran berasaskan ilmu.. ada mencadangkan supaya dipisahkan antara wanita secara berbeza tingkat? contohnya tingkat 2 dan bawah tanah utk wanita sahaja manakala tingkat 3 utk jemaah lelaki, manakala tingkat dataran x dapat dielakkan kerana tawaf adalah utk semua..? atau menambahkan penguatkuasaan dengan menentukan 4 tiang hadapan di t2 dikhaskan buat lelaki , 4 tiang belakang utk jemaah wanita? ataupun warna garisan / (warna ubin pink khas untuk wanita ?) /saf di marmar, khas utk jantina? atau sudahkah ada satu fatwa terbaru? .. menyatakan harus dalam keadaan ini bersolat dalam saf sedemikian?


--arah kiblat..
dalam masjid terutama di tingkat 2 kurang jelas, kerana marmar yg dipasang bukan menghala arah kiblat, cuma kemudian dibuat garisan (seakan cat) menandakan saf dgn warna lain, tetapi kurang jelas kepada semua kecuali jika diteliti, tetapi jika kaabah dah nampak di depan mata, wajib berhadap kepadanya, namun ada juga yg masih xmengadap Kaabah ? kenapa atau bagaimana..

-Kalau di tanahair kita biasa dengan saf ala2 mewah, iaitu saf yg jarang2, tetapi di sini, terutama di dataran, atau saf2 hadapan di tingkat 2 dan 3, dah x dpt diamalkan, mana2 ruang kosong mesti ada yg minta utk mengisikan.. ada juga yg menolak dgn tegas atau kasar! x bagi ruang org lain nak penuhkan, pulakk! kadang2 buat saf yg mengganggu org belakang nak sujud camana? Macam2 cerita, kan..

---selesai solat, satu acara yg menarik juga! iaitu acara melihat2 peniaga2 yg bergerak menjual aneka produk sprti tudung, jubah, tasbih, seluar panjang, souvenir, .. harga termurah ditawarkan tapi xboleh tawarmenawar.

... sediakan wang kecil, kerana ianya umpama iklan biskut dulu2, boleh jadi.. 'sekejap ada sekejap tiada' kerana mrk akan lari secepatnya jika penguatkuasa bandaran dikesan menghampir.. / diberitahu informernya..


---masih ada, walaupun sudah kurang, 'kedai dua riyal'! barangan2 kecil semua harga sama kecuali yg berpaket besar kiraan ialah setiap satu.. kalau teragak nak beli mende2 kecil, siasat dulu harga kat kedai ni, cthnya nak beli pisau cukur di kedai biasa satu harga SR2 bila tanya di kedai duariyal, satu set tu (dalam dia ada 5 pencukur) dia jual 2 riyal jer!!!

(koleksi siri 2)


--jumaat 19hb12 
wadaa dan trus bergerak penuh cabaran ke Madinah.. 825am bergerak.. bas muassasah kali ni agak kurang sihat, demam2 gitu, mula2 gear rendah payah bebeno nak masuk, tapi bila drebar egypt tu cuba 5-6 kali boleh lar, jalan gak, pas2 dah jalan jauh siket die cam xtahu jalan ke Madinah ropenyer, tanya lar kat lori kayu kat kampong maner tah? jumpa la jalan betulnyer, jalan lama sikit sampai pertengahan jalan.. pomp! kuat nye bunyi, kawan yg tgh tdo kat atas tayar belakang terperanjat .. amende eh yg meletop tu? rope2 nyer tayor die tayor celop dah lapisan luo nye terbarai.. tapi nasib baik selalu dekat depan siket dah ade woksyop, sambil tu die punya woksyop bergerak pun cepat sampai, baiki tukar tayar, solat jumaat dulu situ.. kemudian sambung jalan lagi, dekat 10km nak masuk Madinah, bas semakin slow then stop, dah xmao jalan dahh, segan die nak masuk Madinah gamaknye? hari dah nak gelap, lastly ahli rombongan kol org TH, datangla koster die amik kami, syukur laa.. 


di Madinah, 
..dpt. sampai otel alharam sebelum Isyaa.. sempat maghrib dulu, xlama masuk Isyaa, solat le kami, then makan kat dewan makan kat tingkat bawah di hotel, kena ambil kupon khas tiap sorang, tunjuk sblm minta nasi, ruang agak beso tapi tgk la nanti slps 3 hari sesak juge.. bile 4-5 maktab bergabung kat bgnn ni, tuu dia, penuh sgt, dewan makan penuh, depan lif penuh, laluan ke masjid penuh! sabor sabor laa.. makcikpakcik oii.. kul 9 malam ada taklimat TH, bersama KT47 rombongan kami.. berkisar penginapan dan keadaan kami semasa di sana, panduan dan cadangan meneruskan berada di sana.. ceramah oleh pegawai kaunseling, diikuti guru agama maktab tentang panduan ibadah dan acara 'ziarah dalam dan luar' nanti.. sebelum terlelap pergi meninjau hala ke mana nak g masjid esok pagi2.. rupanya dekat jer, depan kami tu, hotel oberoii, terus la masjid nabi, pintu jemaah wanita..

--20hb12 
-selepas subuh dan sarapan ikuti program ziarah dalam TH, berkumpul jam 7pagi bergerak ke bab assalam, taklimat dahulu oleh muzawir arab, mula masuk pintu masjid, solat sunat tahiyatulmasjid dan dhuha, cuba masuki raudhah jika ada ruang, dan berakhir dgn ziarah makam Rasul dan 2 sahabat, diikuti masuk ke permakaman Baqie, sebelum ditutup jam 830am.. ada acara bebas di antaranya ziarah kedai..

---21hb12
-ziarah luar, naik bas jam 8 pagi, dibimbing ustaz Ali Sabri dan us Syukri Ali, guru agama ziarah TH, menuju destinasi bermula lalui hadapan masjid al ijabah, berbumbung hijau, *tempat pertama diziarah masjid qubaa, asal nama perigi, masjid pertama didiri, selalu diziarahi Nabi SAW, terutama sabtu atau ahad/ isnin, fadilatnya, seseorng berwuduk dr rumahnya dan ke sana menunaikan solat 2 rakaat ganjaran seumpama 1 umrah. terus pula menuju uhud, jika anda berada di dataran jam besar di pintu utama belakang masjid nabawi, lihat di ufuk sana, itulah bukit uhud!, medan penuh peringatan buat pendokong agama Allah, dalam mentaati arahan pimpinannya, sehingga Nabi SAW terpaksa berkubu di bukit uhud yg sehingga baginda turut terluka, menitis darah dan kemudian jemaah yg sempat mendaki ke bukit berkenaan mendapati bau wangi yg bersangatan.. pada saat2 tertentu! tetapi yg jarang disoroti ialah kisah selepas itu, kegigihan baginda dan sahabat walaupun selepas diancam serangan kembali (comeback) musuh, akibat kelalaian pemanah, bergerak ke Hamraa al asad mengumpul kekuatan utk menghalau musuh yg cuba membuat lagi comeback kali kedua, lalu mereka rasa takut dan terus pulang ke Makkah, melihatkan ketabahan Nabi dan sahabat walaupun ditimpa kecederaan tetapi masih bertahan, bangkit kali ke dua menggerunkan musuh.. *melalui sahaja masjid qiblatain dan masjidtujuh sempena peristiwa khandaq dan al ahzab/( tentera bersekutu menentang Islam), *diakhiri ziarah kompleks pasar tamar.. mencari kurma ajwa, anbar dsb selesai jam 1030am..

--mon22hb12 

- selain solat di masjid, setiap selepasnya didapati banyak kelas2 agama di beberapa ruangan dlm masjid, pilih samada kelas fiqh, hadits, tafsir atau aqidah.. sentiasa diadakan dan mendapat sambutan bagi yg faham bahasanya.. takpun duduk la 5 minit ambil berkat, atau buat2 faham jer..


--sebelum maghrib dihampar alas plastik.. di beberapa kawasan dlm saf masjid, diletak pinggan kecil berisi 5-6 ulas kurma, cawan2 air zamzam, kenapa? rupa2nya hari ini hari Isnin, nak meraikan para jemaah yg berpuasa sunat! ada jemaah yg tertanya2 'yg xpuasa (cam saya) boleh join ker?' tiada jawapan, mmm.. anggap boleh lar.. sebab depa ajak makan sama!


--di luar masjid bnyk kiosk2 utk bertanya hal agama atau menyebarkan pamplet / cd percuma isu agama, pelbagai bahasa didapati.. jgn segan2, minta jer die beri lar.

---Tue23hb12 
-aturcara harian biasa selain beli2an kecil, jika nak merasa lagi masuk raudhah cuba la, masuk bersolat fardu di hadapannya, lepas solat sama2 dgn org lain mencuba masuk ke sana, mana tahu boleh dapat ruang utk solat+doa ! Ziarah akhir ke maqam.. selepas Isyaa.

--Wed24hb12

-bergerak ke Jeddah seawal jam 835am, naik kenderaan bas kecil sejauh hampir 400km sampai jam 230pm, menziarahi 'rumah malaysia', kemudian pejabat konsul di sana, terus ke rumah ziarah Konsul Muda, Syeikh Radhi, malamnya pusing keliling kota, tengok airpancutan dari laut merah bersebelahan istana raja, dikhabarkan kalau arus angin ke arah timur dapatlah kita melihatnya tapi kalau sebaliknya ia akan di'off'kan kerana air akan memasuki dalam istana! nasib baik angin menghala ke timur, dpt ler menengok nyer, 


-sempat menziarah masji di sana, uniknya dalam tu, beberapa saf terutama hadapan, disediakan tempat sandar! menurut syekh, ianya kemudahan keselesaan utk jemaah yg dtg awal, sementara menunggu iqamat yg ambil masa 20-25 minit selepas azan, peluang baca alQuran dgn selesa!, takperlu mencari tiang/ dinding utk sandar! dan di kiri kanan ruang solat dlm masjid dikhaskan laluan utk org yg dah siap solat utk keluar tanpa melalui hadapan org yg solat, ...kan ke lalu dpn org solat tu salah, kalau boleh tahan dgn tangan, buat.. bahkan ruang antara saf diluaskan supaya boleh lalu walaupun ada org solat, kecuali di masjidilharam jer yg boleh lalu dpn org solat, di masjid lain xleh lar.. tapi teruji juga sekali, dah elok kita bersaf di dataran Kaabah, org sebelah kanan tgh solat, tiba2.. ada sepasang haajj lalu nak ke depan lagi, pak aji sebelah kanan ni siap angkat tangan! xjadik pasangan tu nak lalu, dah dia stop 2org sepasang dekat kita buat saf tgh2, kebetulan dah iqamah, kena juga diuji solat dkt wanita! apa rahsianya? xtahu, tgh fikir.. fikir.. fikir..


-- juga, ada satu objek macam mehrab kecil di tengah2 masjid? rupanya jika ada solat jemaah berikut, diletak depan imamnya, jadi macam sutrah / mehrab larr. ooo faham.


---jika dirujuk posting 'suasana.ibadah' sebelum ni, memang ia wujud di mana2 pusat beli belah di Saudi Arabia ni yer.. masuk waktu azan berkumandang dlm mana2 shoping mall, kedai2 pun tutup kejap sehingga selesai solat (waktu isyaa, semasa penulis di situ) jemaah, surau lelaki dan satu lagi wanita di komplek beli belah dah macam masjid daerah kat tmpt kita ni, tu dia...luaaas..


--esoknya sambung ronda2 kota, mall2 besar, termasuk masjid 'terapung' yg selalu org pi haji/ umrah lawat tu.. ramai juga org kat sana, ada yg buka tikar kat luar, tepi pantai, makan2 sembang2, beli sate indon atau biskut maamor korma..


--esok, kembalilah kami ke tempat sendiri meninggalkan bumi berkat ini, dgn azam kembali dtg secepatnya..

***rumusan- ikut 'pakej.muassasah' TH pun dah amat selesa, tiada masalah bahkan amat memuaskan, cuma terdengar sedikit saranan dan cadangan yg boleh diperhalusi lagi dgn hati penuh terbuka, agar semua pihak berpuashati ke tahap 99%.. ok..

****sebarang tambahan drpd pembaca amaaaat dialu2kan!

...................................

Thursday, November 27, 2008

another designame..








klik lagiii... siri-designama n lagiii designama lagii

dengardulu..


sebagaimana satu ayat Al-Quran udah menyatakan begitu, 'dengarkata, ikutyangterbaik' jadi, awak teliti la dulu apa isi kata-kata seseorang (cth. guru, ibubapa, orangtua dsb.) yang dituju kepada awak, kemudian baru menilai mana ynag terbaik untuk diikuti, atau diberi hujah, jgn. buat tak endah, & peduli, / serang membuta je.. spesis ni pun ada juga..

Wednesday, November 26, 2008

الحق مر-benar:pahit!


yang benar itu pahit, nak didengar, diakui, atau dinyatakan.. kena org yg betul2 ada keberanian tahap tinggi saje yg sanggup.. tapi kalau tak dibuat, susah juge nak meluahkan bende2 yg perlu diberitau, ... cmana tu? terutama bagi kite org Melayu ni, lagi berat terase kan.. tu yg selalu jadi.. depan lain belakang lain. berat nak buat tu.. dua2 pihak kena berani! baru leh jadii. tu la di ungkapkan, (lihat atas): 'kebenaran:pahit'

Monday, November 24, 2008

rouba-bekiaa


...tu ialah satu program usahawan IKS tempatan di mana pengusaha akan menyewa / sewabeli satu unit kenderaan berkuasa kuda atau berkuasa keldai/ himar bawa keliling kampong dan kota, pusing cari sesiapa nak jual barang2 lama dah, boleh jual kat die, harga boleh nego, kata org. iramanya ada beberapa versi. bolehla menampung keperluan hidup sementara dunia ni, boleh beli foul atau falafel pun kira ok, lebih baik drp org takde kerja, lepas tu pegi kedai urup wang, rompak juta2..

fatwa, terapi & sains solat


Pada Sabtu, dikeluarkan satu kenyataan drpd Majlis Fatwa kebangsaan tentang yoga.

Baca ini drpd BHonline:
( "Majlis Fatwa haram yoga

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.


"Bagaimanapun, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu. "Oleh itu, masyarakat Islam wajib berhati-hati dan berwaspada daripada melakukan perkara yang boleh menghakis dan memesongkan akidah menerusi kepercayaan atau keyakinan hati, menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah dan perbuatan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Jakim yang juga Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Abdul Shukor berkata, senaman yoga yang diperkenalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi tidak sesuai bagi umat Islam kerana ada dua perkara didalamnya yang boleh menghakis akidah umat Islam iaitu kepercayaan untuk bersatu dengan tuhan dan mantera pemujaan. "Kita harap umat Islam lebih berhati-hati dan kalau boleh segera menghentikan kerana dikhuatiri kalau tidak tahu matlamatnya (bersatu dengan tuhan) boleh menyebabkan kita menjadi sesat. "Ini kerana ada umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak tahu matlamatnya. Sebenarnya ilmu yoga mengandungi tiga peringkat iaitu ajaran untuk mendatangkan kesihatan, keduanya membersihkan jiwa dan kekuatan fizikal dan peringkat ketiga bersatu dengan tuhan," katanya. Baru-baru ini seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Amalan yoga didakwa dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera. Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Singapura dan Mesir turut mengeluarkan fatwa melarang umat Islam di negara itu mengamalkan senaman yoga kerana memutuskan perkara itu mengandungi bidaah dan sesat kerana mengandungi unsur agama Hindu. Katanya, keputusan melarang umat Islam melakukan senaman yoga dibuat dalam persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bahru, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober dan ia akan dipanjangkan kepada semua majlis agama Islam negeri untuk diwartakan. " )


mmm... heboh juga di kalangan forumer & blogger termasuk di kedai2 kopi dan teh membahaskan isu ini, 7hari 7malam lah mereka berbahas.. lalu bagi yang dah set taksetuju trus la bawa hujah manakala di satu pihak, menerima keputusan ini dengan penuh terbuka, sesuai sebagai seorang yg faham 'apa ertinya sebagai seorg Islam'... gitulah ragamnya. Sebelum ni pun, ada juga fatwa hal pengkid.. org yg xsetuju apa lagi.. kecoh juga..

Yg. pasti, setiap perkara sudahpun disertakan alternatifnya buat kita.

Baru-baru ni disiar tentang terapi solat yg. dikatakan ramai ianya 'sebagai pilihan /alternatif buat peminat yoga'.

Artikel BH online (terima kasih!) ada ceritanya..

"Terapi solat

Oleh Ziauddin Sharuddin




KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat
.

SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu."

Artikel 2

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Oleh Ziauddin Sharuddin


Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari."

Sumber: BHonline, makasih ya! .. sila juga melayari laman sesawang khas, sila search: sainssolat, .. dan buku nya juga saya dah beli !

Thursday, November 20, 2008

taknakmerokok!لا للتدخين


1.ni la tajuk kempen yg kira masih baru, tak berapa lama dulu..

2.ada satu poster yg ditemui hasil nukilan seseorang yang ikhlas jugak, gini:


3.dan di negeri entah berentah, sampai tahap gini di lakukan utk taknak bagi rakyat jelata merokok, di letakkan gamba sahabat ni (berjasa jugak die ni-tapi pernah keluar warta berita rasanya, Alarabiya dikatakan dia tak redho gambar dia diletak situ- dia nak saman gomen? .. sitrak ya Robb)


4**** seperkara, kita sebagai perokok pasif, kita merayu perokok aktif jgn. beraktvt. mulutberasap itu di sekitar 1 meter drpd kite2 ni? boleh x? jawab...

Wednesday, November 19, 2008

suasana-ibadah & Siwa-Matrouh

utk cerita sebelum ini.. just CLICK !!
**************siwa lagi..**************
dalam cleopatra bathroom..
baca sendiri..
'gadis' shali siwa
kilang air 'Hayaat',
atas puncak shali
puncak 'Bukit Orang2 Mati' ...

*********************************part*one****************************

elok diwujudkan "suasana ibadah" di rumah kome, sekurang2nya pada waktu2 ibadah solat tertentu seumpama antara maghrib dan isya, memang cantik kalau bila azan waktu solat dikumandang, wujudkan suasana itu seperti TV di OFF sebentar, semua bersedia solat berjamaah, baca Quran mengaji dsb.. nak try la nii.. tapi mencabor ropenye..

cari-yang-halal


..adalah 1kewajipan,

antara caranya, cari yg berlogo Halal seperti ni (terbaru) ia agak termudah, sekurang2nya sudah ada PILIHAN, /alternatif

cuma dikatakan ada yg palsu/ tamat tempoh.. kena siasat di Jakim la..


sambil2 tu elok juga baca buku nie.., renung2kan

Sunday, November 09, 2008

hati-hati bertulisanjawi & tulisanmu..

(designame: on my yacht..)
............................................................................................
*Isu 1*:memo / notis, iklan dsb (termasuk sesetengah barangan keperluan.. yg menuliskan nama individu yg mengandungi nama Allah seperti Abdullah, Abdullatif atau lain2 contohnya sos dan lain-lain, ditulis pada label yang dilekat di botol, selepas habis isinya seseorang akan buang dalam tongsampah, ada tak yang bagus sangat, siap rendam dulu botol tu, biar labelnya tanggal, baru buang botol, manakala label itu dibakar dan abunya dalirkan ke sungai atau lautan lepas?..) .. & pesanan yang baik di mulakan dengan kalimah Basmalah* atau Assalamualaikum* dlm tulisan Jawi/ Arab tetapi si penerima yang kurang prihatin akan kesucian kalimah itu terus merenyuk dan membaling dalam tongsampah selepas menyelesaikan tuntutan memo! Apa nak di kata.. Elok kalau tulis Rumi je, kepada perkara sebegini untuk mengelak ia berulang !
.............................
السلام عليكم*
بسم الله الرحمن الرحيـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــم*

***2*** tulis di mana-mana mesti berlandas adab dan akhlak hatta di alamaya seperti blog, web, dinding facebook dsb. kerana semuanya diperhati dipantau samada oleh akta 114a atau sememang dinilai Allah, jadi tulis yang elok, bersopan, beralas, penuh etika, budi bahasa, elak bahasa kasar, keji, lucah, dan sebagainya yang takdapat diterima nilai ketimuran.. 

Wednesday, November 05, 2008

New Face of The United States of America ?

******************lukisanku @paris***************


Hari ini diumumkan keputusan pertandingan jawatan President of The United States of America di mana Encik Obama adalah pemenangnya, dengan motto 'Change' nya dia berjaya menjadi presiden yang diungkapkan 'pertama berkulit hitam untuk memasuki Rumah Putih'.. ! dan dilantik rasmi pada 20hb Januari 2009.

...Adakah ini wajah baru kuasa dunia ini atau sekadar kesinambungan yang lama.

Apa-apapun kita hanyalah perlukan jatidiri sendiri bukan berasaskan dan berharap semata2 kepada dasar luar orang lain.

Namun, sebesar zarah harapan ramai ialah dasar luarnya yang 'tidak ada perang terhadap mana-mana negara Islam' selepas ini.. sudah lah memadai !?

Monday, September 01, 2008

BulanAlQuranشهرالقرءان


tertulis: "ramadhan kareem",
"Ramadhan", bulan diturunkan padanya 
"AlQuran"../ the month of Quran..

*di negara2 MidlleEast, meriah la musim bulan ni dgn Fanous nya, drp alumunium atau kertas atau hatta pek sabun pun dibentuk sebegitu.. kreatif !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails