Monday, February 25, 2008

hikmah

segala2nya berdasarkan hikmah:
segala ciptaan Allah, cari lah apa hikmah nya,
suruhan serta larangan-Nya, singkap hikmah nya, supaya bila menunaikannya lebih bermakna;
tiap kejadian yg berlaku, baik atau buruk ada hikmah di sebaliknya;
oleh itu, berdakwahlah dengan penuh hikmah "hai para daei.. "
ujian dan nikmat jua, perlu direnungkan hikmah nya..

Monday, February 18, 2008

kosova


diisytihar merdeka, semoga aman maamor, diberkati Allah, & dilindungi-Nya..

Thursday, February 14, 2008

'LonggarLabuh'kan & SexLesson










*****
@8 Jun 2015..
https://www.facebook.com/TheRakyatPost/posts/1008213892530731
https://www.facebook.com/TheRakyatPost/posts/1008213892530731
ikuti di pautan atas, hebohh, seorang makcik mengadu tentang kisahnya dikenakan 'dress code' di sebuah pejabat kerajaan.. rupanya ada arahan sebegini, dan memang pun ada di mana- mana premis kerajaan, contohnya di hospital, tetapi ramai adik-adik AhMoi yang tidak tahu atau buat taktahu hal ini..
tapi kalau pakai cam adik di atas ni, di tempat umum sebegini, ada kah ruang untuk kita menasihati.. harap nya.. akan ada.. di bumi tercinta ini
*****
(lukisan:unplugged)
Tahniah! kerna berpakaian sopan, dan tahniah ke-2, kerana memulakan langkah pertama dalam menutup aurat !
step/ langkah berikutnya, ialah...
'Longgar'(lukisan atas, kiri sekali)&'Labuh'(tengah)! iaitu longgar dan labuhkan tudung, baju dan kain pakaian mu hai wanita2 yg.kusayangi:

.. tudung kepalamu elok nye melepasi bahu, terutama melitupi juga belahan baju,
dan.. apa yang ketara & menonjol di situ..

 baju pun pilih la yang labuh melepasi bahagian2 yang menarik pandangan.. di bahagian bawahpinggangmu... kerna seluruh tubuh badan mu tu.. , dikatakan & diakui lelaki2 sihat..sebagai semuanya menarik

kenapa asyik tuding kat wanita jerk?? sebab dalam bab wanita ni amat berat ujiannya, buat mereka dan buat kaum lelaki.. yang dikatakan paling banyak terdedah dengan gangguan seksual / sexual harrasment / التحرش الجنسي secara tidak langsung daripada kaum wanita yang berpakaian menjolok mata dan menyebabkan debaran jantung mengencang.. 

lalu semoga semua selamat sejahtera aman, tenteram dari dosa, gangguan, kekesalan di akhir nya dan berperanan untuk 'tutuptarikannafsu(lukisan di atas, kanan).. yang melihat dan memandang;  ke atas dan tengah2..
menariknya: satu yg leluasa di egypt / misr, secara majoriti ialah berpakaian tutup aurat bagi wanita2 tanpa kira usia, ada banyak juge yg ketat2 tapi amat kurang yg terbuka di dada dan menayang atas lututnya! agak aman juge la mate kite di sini, semue2 ini ada dalam subjek / mata pelajaran..
.. dalam pelajaran seks/sex/ jantina/ الجنس yg bakal diajar di sekolah seperti dicadangkan, antara tajuknye yelah, aurat itu mewakili bahagian yg menarik dan menonjol, dan menimbulkan tarikan nafsu kepada pihak satu lagi yg melihat, atau menjeling.. (contd.)

se lagi, semoga pakaian mu hari ini lebih baik daripada semalam atau dulu2..,

seperkara: jangan berasa jemu mentaati Allah (dalam menutup aurat, dll) .. buat la yg termampu secara sederhana/ wasathia/ moderate? ..
*************************************
(edited)
*****
ni.. jumpa kat intenet, bagus ni, izinkan sy. guna yek..



istanbul 2008

ke istanbul pulak kite?.. moh..

penulis kaligrafi..
cenderamata
salji @ bursa
capali carsi
saliran air
kambing golek
hagia sofia
sultanahmet cami
sultanahmet
sultanahmet
hagia sofia
hagia sofia
topkapi palace
bursa
bursa


29 januari- kembara mencari tulisan jawi dan kaligrafi di turkey /turkiye dikurnia Ilahi, antaranya sultanahmet camii diziarahi, turut kunjungi topkapi, aya sofia, princess' islands, bursa, marmara sea, .... dst

Hari 1: selepas terima tiket pada duapuluhtujuh haribulan, maka pergi la ke airport pada tarikh ditetapkan pagi2 hari untuk daftar masuk di sana bersama anggota rombongan, menaiki pesawat aircairo, berlepas jam 7pagi dan sampai jam 9pagi di Sabiha Gokcen airport, lapangan LCCT di Istanbul. dihidang sandwic sebelum tiba.

Cuaca di istanbul amat sejuk, disambut turunnya salji sebaik keluar pintu pesawat! sempat menukar dolar di AKBANK ke Lira Turki yang baru.. perjalanan menaiki coaster pula ke hotel Aspen selama lebih dua jam! sebelum tiba dihidang secawan teh panas. Terus ke bilik dengan tiga katil single, sementara salji masih setia turun dgn renyai2, di luar bilik. Buka baki bekalan drpd flight. sudah waktu petang, seusai solat jamak,

acara bebas didahului ke sultanahmet la.. naik LRT, sama cam masa pergi tahun sembilanpuluh dulu, beli koin harga 3lira Yeni Turk Lirasi! takde ribu2 lagi.. sampai di situ tengok tiang tiga, (obelisk) sebelum masuk ke halaman mesjid biru.. bermenara enam dan berkarpet jingga / merah, di sebelah luar kiri mesjid ada kerusi2 panjang, utk menonton persembahan light n sound pada malamnye, terus ke depan lagi selepas taman, ialah Aya Sofia, tapi belum sempat masuk sebab, keroncong dalam perut, kami ke kedai makan..lepas makan boleh tengok kedai..

Hari 2: ... Lawatan percuma/ dalam pakej menelusuri selat Bhosporus menaiki kapal pelancongan melintasi beberapa monumen utama utk. pemandangan dr. laut, antaranya melalui bawah jembatan gantung, kubu al-fatih dan istana2 tepi laut..

Hari 3: ... ke pulau2 di gelar 'princess islands kelompok 5 pulau yg cantik2, dan singgah ke satu drp. pulau tersebut yg. paling besar, menaiki kereta kuda keliling pulau, satu2nye pengangkutan di pulau tu.. diikuti makan tengahari dalam pakej, makanan laut di restoran .

Hari 4: ... menuju Bursa, kawasan peranginan di banjaran gurung, menaiki van cadangnye naik telfrik tapi x tertunai katanye angin kuat ? takut x selamat.. so kena naik van terus ke puncak yg bersalji tebal, di separuh jalan, berhenti untuk dipasangkan rantai besi pada sekeliling tayar kereta semua, untuk mampu melalui salji tebal sampai ke atas gunung..Ulu Dag dekat2 nama Ulu Dong ! Sampai2 di atas amik2 gambo, makan tengahari di restoran, menu ialah semua jenis makanan panggang sendiri, DIY tuu

Hari 5: ... Balik le kite, pagi2 cari mende2 yg boleh beli sikit lagi buat cenderemate..
dan yang utama, semoga tamaddun berasas masjid ini kembali bersinar bak asalnya,
sejarah bakal berulang di bumi ini.
.. di sini ke serata dunia..
insyaAllah ! 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails