Thursday, January 17, 2013

nuqtah + menara KL..

(bajuT J1M-bakal dicetak..)
***UTAMA***saat2 akhir, diizin Allah jua ke Rumahtamu Halijah, menjenguk pameran khat NUQTAH, (diadakan hanya 2hari..) anjuran bersama Tn. Mohd Zahamri Nizar dan rakan-rakan para pakar kaligrafi dan khattat terbilang di tanah besar, di lokasi amat bersejarah dan berseni, sambil mendengar dan meneliti butir2 ilmu dari beliau yang layak digelar sifu, sempat merakamkan lebih 35 tulisan dan lukisan para karyawan.. takdapat menyembunyikan hasrathati kalau satu hari dapat menyertai mereka untuk siri pameran sebegini, walaupun pakcik taklayakpun nak menyamai mereka.. ! tapi kata orang berkat join depa2 ni, mana tahu kitapun dapat tuahnya ... gambar? di bawah..

**isu 2** 'Pameran Seni Solo' di Lobi Utama, balai berita, NSTP Jalan Riong.. edisi 2013 sedang diikuti secara serius, secara tilikan di akhbar HMetro/ BHarian/ NST, atau cuba ambilmasa sekali sebulan singgah di sana, sejak Januari, dapat la kome menjenguk, terkini pada 20/2/13 diizin Allah menjenguk dan sempat berguru dengan Saudara Ahmad Fauzi, pelukis tersohor dan amat hebat jika dilihat pada artwok beliau! jika boleh ingin istiqamah menyinggah tiap bulan sehingga akhir Disember.. belajar dari para pengkarya hebat yang berada di sana.. dan semua penjenguk juga jangan lupa, Oktober ini, jika berada di area Bangsar, sudilah jenguk ke sana, ada seorang pelukis yang akan mengadakan pameran insyaAllah, langsung takterkenal, tiada nama di mana-mana persada, doakan dia akan beroleh kejayaan, suatu hari nanti..





***tulisanjawi tertinggi***
pada hari Ahad, 17/2/13 baru usai 'cha-wau-ta-ya' = cuti dan eksplorasijawi, sekitar lembahklang sahaja, 2malam3hari di Fahrenheit88 (a.k.a. KLplaza) untuk menghayati malam di Starhill, dengan agenda mencari tulisanjawi tertinggi di Malaysia atau bolehjadi di dunia? tulisan "mim-nun-alif-ro-alif + kaf-wau-alif-lam-alif + lam-wau-mim-pa-wau-ro" di ketinggian 276 meter.. (gambar menyusul) pada hari kedua seawal jam 9pagi turun ke hadapan bangunan, bertanya beberapa teksi, ada yang enggan, seorang minta 15ringgit, ke hadapan sedikit situasi sama, alasan beda, udah ada penumpang/ sila tanya yangbelakang.. ambilkeputusan naiki monorel  berharga Rm1.20 dan turun di stesen Raja Chulan, lintas, tahan teksi, seorang pemandu China/ 1Malaysia sedia menggunakan meternya.. sesampai, harga menunjukkan 4.70sen dan beliau sudi pulangkan .30sen, makasih ! membeli tiket di kaunter untuk ke DekTinjau, berharga Rm29.0 utk.raayat tempatan dan 19.00 kanak-kanak. sebelum masuk lif, dibuat pemeriksaan ringkas, bagasi anda, atau jika anda sudi, ambilfoto dengan harga menarik.. disambut di hadapan lif petugas berbaju batik , mempersila tunggu untuk menaiki lif.. sesampai di atas sudah boleh mengambilgambar, meneropong (tersedia) mengetahui zon-zon bagi setiap sudut tingkap seumpama Bangsar dll, kedai cenderahati berbagai pilihan, berfoto, jam tangan bajet, atau tumpang buang airkecil di tandas tertinggi di KL/ Malaysia.. fuhh, lega rasanya.. boleh lah turun lif dan memilih untuk ke akuarium atau menaiki kuda padi & ke mini zoo, atau ke Laman Budaya 1Malaysia.. dan sila membeli cenderamata, untuk turun ke pintu utama boleh berjalankaki sejauh beberapa puluh meter, atau menaiki van shuttle disediakan pengendali menara, dengan gratis sahaja, barulah sampai di pintu pagar utama, ada beberapa buah teksi, bila ditanya harganya fix, Rm15, kata seorang pemandu, harga ditetapkan pihak Menara, jalan ke hadapan, simpang 3, tahan teksi yang melalui, maka bergeraklah ke kota dengan harga meter menunjukkan rm4.80 bila dihulur rm5 terus si pemandu berkata terimakasih ! Di Pasar Seni, tinjau2, lalu niat untuk pulang ke penginapan, kami pilih menaiki Bas GoKL yang disedia percuma untuk pelancong! boleh turun di hadapan hotel Marriot .. tqvm..

terdahulu, saat jam 345pm mendaftarmasuk di bilik inap BVC dan mendapat bilik di 10th floor/ lantai sepuluh, berehat sejenak, sebelum meninjau suasana maghrib di hadapan bangunan, ke hadapan lagi bersebelahan stesen monorelKL dan melintas ke kanan lalu menemukan Hadromot untuk alasperut malam itu.. mixed grill dan seteko teh merah panas berpudina.. istimewanya, cuma diketahui kemudian, jika anda datang bersama pasanganmu yang berniqab, boleh dapatkan border khas mudahalih untuk privasi..

**sebelum itu di hadapan lot10, ada berbagai aksi minta sumbangan santai seperti 2 insan mengecatdiri nya dengan warna hijau, dan meng'freeze'kan diri dengan di hadapannya satu tongplastik tertulis 'ambilgambar Rm2'.. dicadangkan kalau pakaiannya menggunakan sepasangbajumelayu bertanjak berkris, pasti lebih tempatan..
... berikut gambar2 utk. isu utama dan ke 3.

























dan, menara KL..






















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails