(atas: semasa transit di Dubai)
(tengah: solat subuh di surau airport Dubai)(bawah: dalam sultanahmet)
Gunaydin
(baca: gunaiden) ialah sapaan 'selamat pagi' di negara dua benua ini.. selama 8 hari uncle Rasit (Rashid) pemandu midibus kami ber-12.. tak lupa menuturnya setiap bertemu di awal hari-hari itu..
pelajaran sejarah turki
selama lapan hari, sesi permukiman sejarah secara langsung di bumi usmaniah ini, menelusuri darat laut dan udara.. melupakan sebentar penat lelah.. untuk menghayati sejarah.. disampaikan Encik Berk Eren, pemandu pelancong kami.. sarat dengan ilmu dan pengetahuan,. diiringi ceria dan jenaka..
8 hari penuh sarat agenda..
jarak: perjalanan udara, kuala lumpur dubai 5554km (7 jam), dubai istanbul 3009km (5jam) ..
manakala di bumi turki, daripada airport ataturk to Bursa, darat dan laut marmara, 181km (2.5jam), bursa-pamukkale 425km, (5h04m), Pamukkale-Konya-Cappadocia 617km, 6h52m, Cappadocia-ankara-Bolu 510km, Bolu-Istanbul (hotel), 300km, 3h43m..
rumusan: *17,126km udara, 2033km darat (+feri).. =19,159km direntasi.. MasyaAllah..
suhu: antara 13 darjah Celsius hingga ke 3 darjah Celcius..
tiba
hari 1: sebaik jejak di bumi eurasia ini di airpot internasional ataturk, usaikan dulu solat jamak, terus menaiki kenderaan yang disediakan pengendali, menuju ke Bursa dan bermalam di sana.. Rehat dulu..
hari kedua: kami bergerak pula ke Pamukkale, tetapi sebelum itu di Bursa, selepas Subuh, menziarahi Ulu Cami (Grand Mosque), Green Mosque and Mausoleum, serta beli-belah di Silk Market..
Tiba di Pamukkale lebih kurang jam 345 petang (sempat singgah di Outlet Munira untuk produk Turkish Delights, sesi demi, rasa dan borong di sini..) dan terus ke Hierapolis (ancient city) selepas singgah juga di Textile Factory Outlet, tiba untuk merasai air suam-suam kuku yang mengalir ke dalam kolam-kolam pelbagai saiz, sebelum menikmati pemandangan semasa sunset.. kami bermalam di Pamukkale
hari ketiga: bergerak ke Cappadocia, sambil singgah di Konya, di situ Makam dan Muzium Mevlana Jelaleddin Rumi, pemimpin kesufian tersohor, dengan ritual zikir sambil Derwish yang berputar atas kakinya selama beberapa minit atau jam.. akhirnya bermalam di Kappadokia
hari 4: sehari penuh di kawasan sejarah, iaitu underground settlement of Avanos, di lembah utamanya sambil bergambar sempat menikmati Sahlep panas, ke Valley of the Birds, Uchisar Castle, makan tengahari di restoran Dede Efendi, solat zohor dan asar di masjid, seterusnya singgah pula di Dervent (imagination) Valley, dan ke Pasabag Valley, melawat pusat kraftangan seramik terkenal dimiliki seorang usahawan, Chez Galib yang digelar mereka Einstein, akhirnya malam kedua di sini..
hari 5: ke Bolu, lah kita..
singgah kilang gemstone dulu, singgah juga di salt lake, dan ziarahi caravansaray,
sesampai Ankara, melawat mausoleum kemal ataturk di anitkabir dan ke masjid hac bayram veli..
barulah menuju bolu, yang berkedudukan tinggi, salju dah pun turun, singgah di kedai kopi untuk menikmati suasana bersalji, dan secawan sahlep, pastinya.. jom main baling ketul ais kat sini..
teruskan tiba ke Bolu untuk bermalam..
sempat ke agenda pilihan, persembahan kesenian tradisi turki.. hmm3
hari 6: berpagi ke istanbul, sebelum ke hotel, singgah melawat muzium topkapi, solat di sultanahmet sebelum ke hippodrome sehingga maghrib, untuk chek-in hotel bersebelahan hamidiye hotel dan masjid sehzade, dikira terletak di central istanbul..
hari 7: jumaat yang mulia, menziarahi makam eyub al-ansari, dan menaiki telefrek ke atas bukit Piyerlotti bersebelahan, menikmati panorama dan secawan sahlep panas berperisa cinnamon.. sebelumnya, di mulakan pagi ini ke masjid sulaimaniye berjalan kaki melalui kawasan beranda masjid sehzade, singgah dulu menikmati Boza, melintasi saliran air zaman Rom, setibanya di masjid sultan sulaimaniye, dan akhirnya menuju ke kapali carsi untuk.. bershopping lagi,
hari 8, pagi-pagi dah chek-out nak balik.. sempat beragenda ke grand bazar untuk kali kedua, beroleh peluang solat zohor jemaah di sultanahmet, azan zohor bersahutan antara masjid ini dan surau aya sofya, bergiliran.. seusai solat menaiki trem stesen sultanahmet ke stesen karakoy, untuk makan hidangan ikan bakar ala turki..
sebelum ke airport singgah di taksim, sempat lihat satu demonstrasi oleh OKU, menapak mencari monumen utama Taksim Square, namun gagal, balik ke poin permulaan dan menuju airport.. menaiki pesawat Emirates, jam 805 malam, singgah di Dubai jam 3 30 pagi, kembali terbang jam 415 pagi dan ..
hari 9: 315pm selamat mendarat di KLiA..
..next.. gambar2..
LUKISAN/drawing, & writing/TULISAN.JAWI (Jawi 1Malaysia): EKSPRESI CINTA, gabungan..(1)aktvt. buat garis2, sambung2garis, lukis2an & tulisan jawi, guna pensel & pembaris.. untuk lihat koleksi! klik galeri di http://jawi1malaysia.blogspot.com (galeri J1M:Jawi 1Malaysia) (2)rangkuman catatan tentang khART/ seni-khat, arabic calligraphy/ kaligrafi, & seumpama; (3)peristiwa2 bersejarah, diari eksplorasijawi, dari koi, orang kampong chendera-chinchin, ke serate dunie, xsangke weh..
Sunday, December 04, 2016
Turkiye3.0
Label:
ankara,
bolu,
bursa,
cappadocia,
eyub sultan,
Istanbul,
konya,
pamukkale,
sulaimeniye,
sultanahmet,
topkapi,
turki,
turkiye
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment