(iklan dulu..
klik: http://galleriaimpiana.com/artist/yahya-khatib dan mula membeli !
(atas) dari dalam tren, tuu dia, dah dekat nak sampai..menara alorsetar!
duit baht semakin besar, RM10 dinilai THB90 sahaja..
tuan gajah bawak depan hotel..
ramai nya orang Malay kat sana !!
suasana di kawasan sibuk kota hatyai..makanan yang diambil siap ada 'kad harga' ! cum air je x ada, kena beritahu..
masjid besar songkhla, tempat mengikat cinta terlarang secara sah tetapi senyap-senyap, hanya di kejauhan, kerana semua ahli rombongan belum bawa calon, (kalau singgah, pasti nya tuan juru nikah akan tanya "mari nak menikah ka?"-pengalaman lampau)
replika duyung tak pernah lengang daripada si pengunjung yang ingin berfoto bersama nya! (kisah benar)salah seorang ahli rombongan, kawan ku terpaksa shoot belakang si duyung jer...
ni nombor van pelancong sewaan kami, takut tak jumpa..
pintu masuk..
kebolehan si Paisan..
nak naik kena bayaq THB500.00
posing jer..
papan tanda Restaoran Chekkar, tertulis jawi "HasbiyaLllah"
air minuman /drinking water.. tang jenama tu "musykil" sikit..
***alkisah-bermula***
Al-hamduliLlah diberi peluang oleh Allah kembali berada di bumi Malaysia yang bertuah dengan menu baru nya Gee-eS-Tee, setelah merasai menjadi musafir lagi, selama 2 bulan ! bermula perjalanan hujung bulan lepas (30 April, jam 10 malam) hingga 8.00 pagi tadi, 4 Mei .. ini kali lah, melalui pengalaman baru, (bersama rakan di bawah kelolaan KTMB Travel pimpinan En Zainal, menaiki keretapi!.. ) antaranya mengunjungi pasar terapung Klonshae / floating market / الأسواق العائمة di Hatyai,selepas memasuki peti sejuk terbesar haytai, iaitu ice dome hatyai, tapi kena bayar dulu THB300/: .. (info) dengan tiket berkenaan, anda akan dibekalkan: taklimat, sehelai baju tebal dan sepasang sarung tangan.. Percuma / Gratis, tanpa perlu tambahan bayaran !) ...
setelah melawat si Paisan, gajah remaja yang pandai mengupas pisang.. adik-adik remaja pun teruja belajar daripada nya, di Chang Puak Camp.. (walaupun tak sempat menaiki sang Chang kerana kesuntukan masa, dan dengan bayaran senilai Rm50+.. seorang)
tetapi sebelum itu, kami merasai menaiki keretapi dari KLSentral sambil berbaring atas katil berlangsir penuh, for the first time, turun sebentar di Padang Besar untuk cop passport di imigresen negara Siam, jam 11 keretapi dari situ ke Hatyai sudah tiba, kami tukar gerabak saja, tapi masih berpeluang berbaring "Qailulah" sehingga jam 1:40 petang, barulah semboyan di stesen berbunyi nyaring tanda kami akan bergerak..
Sesampainya di stesen Hatyai, jam 2:53 petang, Pakcik pemandu Tuk-Tuk sedia mengiringi ke kenderaannya, setiap seorang hanya bayar THB20 sahaja ke mana-mana destinasi nya..
Chekin di Hotel Lee, khidmat diri dahulu, sebelum mencari Makanan Muslim, di Restoran Tamrab Muslim. beralamat di 4-6, Niyomrat Rd., Hatyai 90110.. perjalanan sejauh +-150 meter dari hotel..
*****
(bawah) bebungaan musim hawa sederhana...
tulip dan lain-lain.
Agenda:
Hari 1: perjalanan..
Hari ke-2 bebas membeli belah di pasar kawasan komersil Hatyai..
Hari Ke-3: menaiki van pelancong di mulai Pantai Samila, diikuti Ice Dome, seterusnya Taman Gajah, sebelum ke Pasar Terapung, lalu pulang ke hotel, khidmat diri, sambung shoping di pekan..
Hari 4: selepas sarapan,meneroka bangunan bersebelahan Sentral Market / Pasar Pusat Haytai, mencari beg kulit (ori, kata mereka, bermaksud kulit asli atau pun kulit tiru yang 'asli' ? terserah anda..) sempat memilikkan dompet kulit sang buaya THB150.00 dan ikat pinggang kulit sang gajah, THB350.00.. sebelum balik pergi membeli barangan kering di toko muslim Chakkraphan, antaranya longan kering, buat direndam dan dikatakan menyejuk badan.. selain boleh memborong gajus, badam atau kismis, sila timbang dulu lalu dibayar..AlhamduliLlah !
balik kita ke hotel, tapi singgah dulu Pasar Pusat sebentar, ada kain baju siap, atau boleh mencari kain batik songket buatan tempatan, bermula THB500, ditawar menawar dapat diskaun THB50.. sengaja mencuba blazer kasual harganya THB900.00 separuh hasrat sahaja, makcik yang lalu berbisik, minta murah-murah, berbekalkan itu dipinta THB450 atau RM50 namun nampaknya tuan kedai hanya mampu tawarkan 600 baht.. maka tak jadi beli lah...
selepas khidmat diri, chek out, jam baru 12:30 tengahari, mencari makanan alas perut dan seterusnya bergerak ke stesen keretapi, 'nak balik dahhh'.. sampai sana, baru masuk Zohor, letak beg di satu sudut, sambung ke Robinson Supermarket yang terletak berdekatan.. sempat tengok acara promosi pakaian lelaki pelbagai jenama bertema "BestforMen" di atas pentas peragaan, karpet merah dah tersedia, wartawan juga bersedia.. kami pun join sama.. tak lama, keluar seorang peragawan memakai baju yang dipromokan, yang kedua keluar, tapi bila yang ke-3, keluar, terdengar jeritan maksimum histeria semua penonton wanita, rupa-rupanya seorang peragawan yang agak comel la ...kut? kami turun dulu, tapi boleh tengok lagi acara tu dalam skrin tv di semua tingkat.. rupa nya lepas tu ada acara pakai seluar jer, baju dah xde.. agak2 nye misti pengsan semua gadis-gadis yang histeria tadi ? ye dak..
(atas) dia tahu pakcik nak ambil gambar, terus dia pandang ke sini !
...waktu tempatan jam 4 atau pukul 5 Malay, keretapi dah pun bergerak.. tapi kisahnya, sebelum berlepas, tempat duduk kami dikira open, nasib lah kalau ada yang datang kemudian, tunjuk tiketnya bernombor dan kita perlu undur diri.. Selamat jalan.. sedia lah menerima seada nya..
***Koleksi gambar di floating market..***
seRangga goreng... dan, di bawah.. ialah floating market versi hatyai, macam baru buat, (info) buka tiap Jumaat, Sabtu, Ahad sahaja, selain pasar perahu terapung yang menjual makanan, seperti jagung rebus dan bakar, segala tomyam, bihun sup dan sebagainya.. dan minuman, dalam bekas plastik atau tembikar (yang boleh dibawa pulang) atau hatta dalam ruas buluh.. boleh dibeli, di bahagian daratan, masih terdapat gerai makan selain souvenir dan di hujung sana, ada sebuah surau untuk solat..air kelapa muda, dalam tembikar berbentuk dora-emon..
*sampan terakhir masih kosong, pakcik tak bawak produk, kalau tak, boleh jual tulisan pakcik...
*********
sate hatyai..THB105 jumlah 15 cucuk..
barang kulit...
toko muslim...
baby minum air kelapa muda, @pasar sentral..
replika di stesen..
baca.. 'jalan masuk' untuk IN dan 'jalan tubid' untuk OUT !!
Hari ke-5: this.. "Morning in Putrajaya !"
*****
No comments:
Post a Comment