(contoh nama famili)
******
*ISU UTAMA*******
kembali ke tanahair dengan tugas semakin mencabar.. di
BBS school. ..cuma semakin bersedia untuk mengembangkan misi memasyarakatkan tulisanjawi dan khat kepada raayat 1Malaysia dengan visi "
1rumah-1tulisanjawi.khat-
1malaysia" untuk mengembangkan minat semua mengagumi tulisan warisan zaman berzaman ini. moga satu hari unesco terus mengiktiraf tulisanjawi sebagai satu warisan dunia dari 1malaysia.. selamat berpuasa 1430hijriya. sebarang tempahan kini juga boleh dikemukakan secara SMS ke talian
kosong-satu-sembilan-tiga-lima-lapan-kosong-lima-enam-dua!. wassalaamu, jumpa lagi, (buat masa ini belum sempat berinternet secara lancar, hanya tumpang2 kat mana2 yg free, pinjam ke dsb..)
*************************ISU 2***
27hb8 lalu genap usia blog
2 tahun.
******************************
***********ISU 3*
SELAMAT berHARIRAYA-
EIDILFITRI
18/9/2009: maafkan zahirbatin, hari Ahad diisytihar 1 Syawwal 1430 hijriya. bersamaan 20 September.
**OPS SIKAP XX**: sehingga Ahad berakhirlah Ops berkenaan yg bertajuk sikap. Banyak pandangan dan pendapat tentang perkara ini, daripada KPN sehingga rakyat marhaen, & bagi kawan.. berdasar angkanya (20) pasti ada banyak sikap yg perlu diperbaiki untuk mencapai apa yg diharapkan, daripada sekadar menyalahkan sikap pengguna jalanraya / pemandu kenderaan dan penunggang motorsikal.. apa pula pendapat kome tentang sikap sebahagian jalanraya persekutuan umpamanya, yg masih belum berubah, masih sempit utk penggunanya, apa salahnya jika dilebarkan jalan d kawasan yg berpotensi kemalangan atau diwujudkan lebih banyak lagi lorong memotong utk pemandu2 yg memandu mengikut halaju ditetapkan !!!
***pasal RUMAHTERBUKA : selepas raye banyok bebeno dijemput kome ke rumahterbuka raya, mekasih ler.. tapi pade dasornye buat rumohterbuke tu harus je.. xwajib, yg jadi serbasalah bile deme nanye kome bile nok buat rumohterbuke ? tu yg terkedu..
******************************************
*isu 4*
DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN (UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM, SRA, SMA, SPA..)
28/9/2009: (saya diminta pelbagai pihak menitip?kan doa2 khas sempena peperiksaan terutama PMR yg bakal menjelma minggu depan: 7Oktober09, so minta bantuan drpd rakan blogger lain, diizinkan Allah menemui satu posting/segmen yg cantik ini dipersembahkan buat semua,
kredit/ ihsan dari (web.permai)***
Pesanan: Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Untuk teks asal dalam bahasa Arab sila ke webpermai!
a.Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
b.Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
c.Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huuAllahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
d.Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadhawa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
***dibawakan kepada anda ihsan daripada oleh PERMAI ONLINE thanx a lot! moga usaha kalian diberkahi Allah jua!***
b. turut disertakan sumbangan drpd "web surau Almizan", koleksi berikut:
***
Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran***
- Doa memulakan ulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
- Doa selepas mengulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًاMaksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
2. Ketika menerima kertas soalan:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
3. Ketika sukar menjawab:ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
4. Atau:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
5. Jika anda terlupa jawapan:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.” thanks:almizandotwordpress.
doa untuk majlis restu, sila klik '
catatan' !
*********doa.. tetap senjata utama bukan terakhir dalam menghadapi sebarang masalah melanda, amalkan doa sentiasa dan pilih saat sesuai yang diajarkan, mohon Allah bukakan jalan kebenaran buat kita, selepas usaha lain menemui jalan buntu, tiada kuasa memberi hidayat oleh kita walaupun hati berhasrat, hanya mampu sampaikan/ cakap cakap cakap, DOA lah ubat nya hadapi kesulitan di jalan daawah dan tarbiyah.. @10/9/2012 *****