Tuesday, October 06, 2009

akhirzaman! guru kini; 2012; idiladha


antara designame! guane pandangan deme?
**********************
***Part 3***

isu1.2012 !? deme dah nengok? kome idak lagih.. sorang ulama Indo nyatakan, ianya boleh rosakkan aqidah, pasal? kiamat 'kan xleh kita tau.. Nabi pun x dpt tahu.. ada soalan oleh seorg adik, boleh ke meramal nya?
..kita hanya disuruh beramal bukan meramal!

cerita2.hari ini 26hb11 hari Arafah (9Zulhijja), esok 'idil adha 1430H.. hariraya haji 4 hari.. wajib beraya dan diharam berpuasa!

hal3.terkenang smasa dulu, nostalgia.. duk de kampong.. umpama pohon pauh, perigi, sungai, pangkin.. akan di bawa ke bandar ini.. !

***part 2***

..dikatakan cikgu skrg mempunyai keistimewaannya kerana bertugas 2dalam1 seorang cikgu syif petang selalu dilihat datang awal ke sekolahnye lalu ditanya seorang guru syif pagi, "ai, awal datang?!.." dijawabnye: " saya kerja 2dalam1, pagi jadi clerk ptg jadi cikgu!" .. OOO..
apa2pun syabas la, teruskan kerja mulia tu..

***part 1***

kebelakangan, berbagai peristiwa besar dan kecil ingatkan kita realiti dunia kini, yg semakin hampir ke penghujung rancangan,

contoh pada petang 30hb9, kombinasi: tsunami, gempabumi, banjir, ribut .. datang memberi peringatan!

sebelum itu juga kisah2 yg hampir sama, tentang sejadah solat! terakhir, kosmo sabtu mengisahkannya! ada macam2 pandangan; ia betul2 terjadi sendiri ke atau ada 'mamat' yg sengaja buatkan ia berdiri? tah lah.. susah nak kata.. ada juga yg kata ini buatan si jin ?..
ikuti:





*******************************************************







Terkejut lihat sejadah berdiri












BUKIT MERTAJAM - Jika pada pertengahan bulan lalu, penduduk di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas digemparkan dengan kejadian sejadah 'berdiri' yang menyerupai orang sedang bersembahyang, kejadian yang sama berlaku di Permatang Pauh di sini malam kelmarin.


Dalam kejadian di Taman Haji Mohd. Amin itu, sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik tiba-tiba 'berdiri' menyerupai orang sedang bersembahyang dalam keadaan duduk antara dua sujud.


Menurut Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, sebelum kejadian itu, dia bersama isterinya, Zainab Ramli, 26, yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di taman itu telah berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan kepastian arah kiblat dengan menjadikan arah kiblat sebuah masjid berhampiran rumah sebagai panduan.


"Sebaik tiba di rumah kira-kira pukul 8.10 malam (kelmarin), isteri saya telah membentangkan sehelai sejadah yang sering kami gunakan untuk menunjukkan kepada saya arah kiblat.


"Tidak lama kemudian, kami pun membiarkan sejadah berkenaan terbentang dan saya terus ke ruang tamu untuk memandikan anak kami manakala isteri saya menggosok pakaian di dalam bilik dengan membelakangkan sejadah tersebut," katanya yang telah menyewa rumah berkenaan sejak lebih setahun lalu.


Menurutnya, kira-kira pukul 9.45 malam ketika isterinya ingin menggantung pakaian yang sudah digosok, tiba-tiba dia terlihat sejadah tersebut sudah 'berdiri' tegak melebihi 0.3 meter dan membentuk seperti seorang wanita yang sedang bersembahyang menghadap arah kiblat.


****************


so.. kalau benar2, just bersegeralah kembali kepada Nya.. moh le kite pulang sebagai hambaNya! tapi kalau ade sape2 yg buat2 mende ni, bio le die cepat2 ngaku dan bertaubat, yek..


MOHAMAD Shuhaimi (kiri) bersama beberapa jirannya melihat sejadah miliknya yang 'berdiri' di Permatang Pauh, Bukit Mertajam semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails