Tuesday, July 21, 2015

puasa4ibubapa

^ *****
{...قولا كريما# kata-kata yang mulia}

:( saya menjadi yatim piatu pada usia 12 dan 15 tahun lagi, tiada ibu, kemudian ayah.. tempat bermanja... allahyarhamhuma!

*Allah meletakkan ihsanul-walidain / birr alwalidyn @ buatbaik kepada ibubapa) pada kedudukan kedua selepas iman & ibadah kepada-Nya, tinggi darjatnya tu..

tapi, pastinya ujian yang mengelilinginya mestilah maha dahsyat.. beruntunglah abang, adik dan kakak yang berjaya dalam ujian ini, ganjarannya: redha Allah yang destinasinya, pasti bukan ke neraka!

banyak situasi, anak-anak diuji dengan ibubapa yang pelbagai sifatnya, bererti bukan yang manis pengalamannya, ya, ujian lah tu nama nya..

**poin nya..
ibubapa bukan musuh atau lawan kita.. bak kata Awie, dalam 'Tragedi Oktober'.. nya:

"tidaksengaja aku, mengasari (derhakai) diri mu, bagiku kau (ibu ayah) bukanlah... lawanku..
tidak mahu ku ingat lagi, apa yang telah terjadi, tragedi..."

kalau nak rasa lebih selesa, andaikan ibubapa bak anak-anak kecil kita, semua sayang kannn, walau buat salah, silap.. gitu lah

ibubapa sepatutnya, adalah aset kita ke syurga, yang dikatakan orang terletak di bawah telapak kakinya..
mungkin sikap, kata-kata nya memedihkan, tetapi mari belajarlah berpuasa sebagaimana puasa saidatina Maryam, melalui ayat, surah..

{اني نذرت للرحمن صوما فلن أكلم اليوم إنسياْ}

***
kita memang boleh menang semua perlawanan ayat kata-kata dengan ibubapa (tempat kas disebut: bertaki !) tetapi,
itu, jika kita tak ingat misi besar kita di sana, d akhirat, nak dapat redha Allah, lalu selamat daripada dimasukkan ke dalam neraka..

namun ingat satu ni, kita dah tak mahu lagi sikap lama, dah mahu hijrah..
masa semakin berkurang saat demi saat, kita semakin hampiri alam sana, sedang mereka lebih-lebih lagi, hanya beberapa hari saja lantas bakal kembali kepada ILahi..

*jadi..
marilah cuba,
usaha untuk puasa kalam..
kalau berkata-kata juga, ketap gigi dan cuba tahan kalam mu dengan sedaya upaya, biar ayatnya umpama,
menahan marah kan orang yang bukan ahli keluarga mu..
(kan, dalam satu keluarga, biasa terjadi saling meninggi suara, bila ada yang buat silap..
tetapi walau marah sekalipun, jika kepada bukan keluarga kita, kita akan usaha guna nada yang tidak menyakiti orang lain, ajaib.. kan ?)

kenapa tidak kita cuba dengan ibubapa? cuba bayangkan sekarang ibubapa ialah makcik pakcik jiran sebelah, yang tiba-tiba menyakiti hati kita, takkan kita nak cakap yang kurang enak, kan.. tahan je marah kita tapi yang keluarnya ayat yang manis-manis gitu, cer cakap cenggitu ke mok ayoh te..

**kunci segalanya, dirasakan pada kalam / kata-kata, sebab itu ayat di atas meminta kita berkata yang elok sahaja.. biasa dikatakan kalam itu lebih tajam daripada mata pedang, menghiris.. dalam nya menusuk, parutnya pasti nyata.. mak pak berkata yang tak sedap tu, cer tahan perasaan, cari ayat dengan nada paling lunak dan rendah.. kalau nak cakap juga, tapi... bak kata rodong kas, diam ke aje.. tapi mesti juga mencari ruang kata-kata dengan asas ayat di atas.. "kata-kata yang mulia"

akhirnya nanti, ibubapa adalah pemenangnya di sisi Allah, kerana Allah memang suruh kita ihsan-kan ibubapa.. manakala, kita, tetap satu tangga di bawah mereka..

Allahul musta'an..

Tuesday, June 23, 2015

bengkelkhatkaligrafi

betul, bak kata Ustaz Wahab dan Ustaz Khaidir, dalam masa dua jam tu hanya peruntuk 1/2 jam untuk intro, selebihnya terus ke workshop. buat kerja amali, baru nye dan.. itu la pengalaman first time kas mengendali kan sebuah bengkel kecil ala workshop di pusat ko-ku kotaraya petang ni.. syukur lah, semua nya berjalan 99.7% baik..

cuma adat nyer, kas rasa kena banyak diperbaiki.. contohnya dari segi kanun / disiplin, kedudukan huruf untuk awal, tengah dan hujung, kalau tak tak nye jadi lah adik ni nak tulis mi-ra tadi, tapi guna ya de hujung te, kas tak teringat nok kabo ke deme.. yang dan nya kalau ha pedas duduk nombor dua, yang sebelumnya mesti naik satu tangga, bagus, ingat te..

satu lagi, kalau 3 huruf contoh nun ya ta, hak tengah te kena tinggi sikit kepala dia..tapi kira puashati la, ada yang siap dalam masa ditetapkan, siap bagi keychain lagi sebab siap dan ikut ilmu nya, lebih kurang..

terimakasih bebanyak kawan kas, en.rill rekomen kan kas beri sedikit share kat situ.. dan kesudian en. pegawai pengurus menjemput kas.. kalau ade bajet, lain masa elok surau dia order rehal buat baca Quran te, bila nok berbengkel menulis te tak payoh la kena gerak ke dewan makan, kesian ke rodong aokme seme..

***kalau ada mana-mana sekolah sekitar bandaraya yang sudi menjemput kas untuk sesi bengkel 2jam tulisan jawi dan khat ala kufi, kas sedia je.. bio seme orang muda kite pandai ber jawi ala kufi.. PM je yek..
ikan ni kemain weh, seronok dok main air siteh..

 kira nya kas nok manjat tinggi lagih macam bangunan te.. atas lagi pada pokok nyor te..
laa, siap beri cenderahati lagi, terimakasih lah..

Sunday, June 14, 2015

kampongteridi=3D

tahukah deme, ada sebuah kampong di daerah lipis dirasakan kampong yang menjadi pelopor kepada apa yang menjadi satu fenomena di mana-mana di seluruh malaya sekarang, iaitu lukisan 3D / seni / 3D art ?kampong itu bernama kampong teridi (baca: 3D, kannn ?) perjalanan daripada dong ke benta, pasti anda menemukannya..

beberapa hari lepas, di lukut, negeri sembilan kas telah pun menjejak ke rumah kedai 3D art yang banyak diperkatakan orang.. mana tahu boleh buat satu di laman jawi yang kas nak siapkan nanti..

nak mendalami apa itu konsepnya.. terpanggillah kas ke sana.. nak masuk kena bayar Rm20 kalau raayat Malaysia, dalam kedai ada lebih kurang 40 lukisan, kira-kira RM0.50 sen la cas bagi tiap gambar..

wajib buka kasut bila nak masuk.. kasut tu pulak bukan boleh letak saja-saja atas rak, tapi kena bayar Rm2.00 sewa loker yang boleh letak maksimum 5 pasang kasut, rasanya.. kalau nak jimat boleh aje, buka kasut siap-siap tinggal dalam kereta, gi site pakai stokin je, iye dak....

nak gambar ? layannnnnn

pandangan dari luar kedai..
kena berlakon macam dia orang ni..

ada diajarkan cara berlakon...


share la, sikit....



air te tumpah...

***
untuk 3D jawi.. tungguuu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails