Friday, June 06, 2014

saigon2.0

khat..gelagat para penjaja kadang-kadang menghiburkan terutama seorang dua daripada penjual cilik, seusia 10-13 tahun sudah mahir menjadi salesboy/girl.. di gate 3, cuo ben thanh, ada seorang adik perempuan (ATAS) ni petah betul berbicara, bahasa Melayu nya lancar, tetapi lurus dan straight ucapannya, dia kata lahir di kelantan, sebulan lepas tu terus di bawa ke saigon, oleh ibubapanya.. tetap membawa perwatakan kanak-kanak, macam-macam yang dibicara dengan Abangah, tu lah antara alkisah pada siri ke dua kembara lembah mekong kali ini..( KLiK jeh sini untuk entri siri 1 di sai-gon)

***hah, tu pun...nampak tak? pesawat MAS dah tiba di terminal, di gate 19 jam 10:45 pagi waktu tempatan, dijadual tertulis jam 11:00 bakal bergolek tayarnya kembali ke Kuala namun agak lewat dibuka gate, hanya pada 11:30 pagi barulah bergerak, untuk berlepas di udara..AlhamduliLlah sampai di KLiA jam 2:13 petang dengan rahmat-Mu 'landing' dengan cara yang dirancang, tidak sama tika anggota rombongan kami ber-12, yang beberapa saat sahaja lagi untuk tayar mencecah bumi lembah My Tho di kala itu hujan baru turun lebat sekali lengkap dengan ributnya, tiba-tiba pesawat kembali di pandu laju meninggi, rupanya tidak sesuai untuk terus mendarat saat itu, lalu berlegarlah sang burung besi itu selama 40 minit di pusingan yang sama, sehingga pengacara kapalterbang berkata, kita ada 10 minit sahaja bekalan minyak jika cubaan kali ini gagal maka terpaksalah pergi landing di Phnom penh, Cambodia, untuk isi minyak dan cuba lagi mendarat selamat.. semua sudah terdiam dalam kenderaan ini, doa dikumat kamit diikhlaskan secukupnya.. nampaknya AlhamdlliLlah izin-Nya untuk kami berada di sana kali ini, kali ke-2 kebetulan pula di rumah inap yang sama, cuma berlainan aras.. 

(ni dah sampai KLiA ni..)

*Sama tapi tak serupa, ungkapan sesuai untuk gambarkan rehlah kami kali ini, banyak beda nya, semuanya rezeki Allah jua,sehingga lebih 5 perbezaan, jika dikirakan.. pertama, sudah rezeki kami, terutama selepas meraikan hari keluarga arwah haji mat rejab di Kra Bi akhir tahun lepas, 2013, maka ini kiranya siri hari keluarga kali ke-2 lah, cuma t-shirt je x dan nak desain n tempah, mana tahu, tahun depan ada idea, boleh siapkan dulu tempah baju atau topi, ok juga, iye dak..

**ceritanya ada suka dan cemas, tapi bukan duka lah.. kalau siri 1 dulu kes keratan kad departure sempadan ter'buang', kali ini lain pula cerita nya, nama salah seorang ahli kami diumum melalui pembesar suara airport tan son nart, ulang-ulang dua tiga kali pulak tu.. nak berlepas lagi beberapa minit je ni.. ape ke hal nye.. ? saspen jeh.. bieras pun pergi jumpa pengurusan akhirnya beberapa minit muncullah dengan senyum lebar tanda gembira pepalih, tapi ada kesohnya rupenye.. souvenier yang dibeli tu tidak boleh dibawa keluar pulak dah.. kena bagi percuma  je ke dia..

*Tuhanku, Allah Maha Bijaksana merancangkan untuk kome, dulu kan, masa datang bulan Mac te, ralat sikit rasa de hati te, sebab tak dapat pergi ke Mekong, sebenarnya Dia dah siapkan siri berikut ini untuk jejak kaki ke sana, dapat pulak ke sungai mekong, selepas kurang 3 bulan ke sana ! AlhamdluLlah ! kami menggunakan tren ERL dari rumah, park di kawasan letak kereta berbumbung selama 4 hari dengan kos RM14 sahaja, bermakna 3.50 sehari.. naiki tren jam 1152 pagi, sampai di sana, naik lif ke tingkat 5, menanti Cik Shery yang menjadi wakil kopetro travel (yang menaja kami rezeki adik ipar yang dapat pakej tajaan ini, terimakasih Dik) yang akan menerangkan jadual perjalanan dan segala berkaitan.. 

*day 1/ hari 1*

**bergerak tayar flite daripada KLiA jam 245 pm, sampai di Airport Tan Son Nath jam 5 petang, sebaik keluar, En Tuan, pemandu pelancong dilantik syarikat kopetro sudah siap menunggu, terus kami ke sebuah bas hyundai yang muat untuk 33 orang.. tapi kami hanya ber-12, mewah nya !
***(naik bas menghala ke hotel..) tetapi sebelum itu.. kami ke..

**KOTA BHARU**eksplorasi jawi ke kota bharu pada 30/5-1/6 perjalanan dengan kereta mencapai 1024 kilometer, KB kini banyak beza nya, terutama dalam memertabat tulisan jawi yang diambil pihak kerajaan negeri atau kerajaan tempatan.. satu usaha yang amat bagus dan terpuji serta membanggakan para peminat jawi 1malaysia, jika usaha begini diperluaskan ke negeri lain, sudah pasti ianya akan menyemarakkan semula penggunaan tulisan jawi dalam kalangan generasi muda.. ya, cuma ada satu dua perkara yang boleh diperbaiki atau ditambahbaik, terutama dalam kaedah ejaan jawi (ejawi) di sesetengah premis mungkin tidak merujuk pakar atau pihak berkenaan, sudah tentu, DBP cawangan Kelantan. beberapa ejaan didapati kurang tepat atau menggunakan ejaan versi lain?

*mungkin akan ada satu permainan hari keluarga mana-mana jabatan/sekolah dengan salah satunya, mendapatkan 10 nama premis dengan tulisan jawi, atau menjawikan nama premis yang belum dijawikan? mana tahu, entah-entah dah dibuat pun..

SAMBUNG CERITA..

*setiba nya di sai-gon, kami terus dibawa ke jalan dong du, untuk menikmati hidangan makan malam hari pertama di restoran d'nyonya, bersebelahan sebuah masjid, menu disajikan.. antaranya ayam goreng sambal, telor goreng, sayur kangkung, sup sayur dan lain-lain.

**selesai makan barulah kami tiba di hotel tien tung, di tingkat 4 dan 5.. rehat seketika, solat maghrib dan isyak secara jamak qasar, minum secawan teh panas.. jam tujuh malam, memulakan edisi shoping pasar malam sekeliling pasar ben thanh, mencari telekung, baju krung atau jubah, dengan harga munasabah, kalau kedai sebelah harganya 2-3 ringgit lebih murah, pasrah je lah..

***nak pergi pasar ben Thanh atau pasar malam, elok bawa beg sandang siap-siap, kalau shoping kain bebanyak, lenguh tangan pakcik nak membawa nya, senang kan diri bawa backpack tu, isi je, mudah kan !

*kata orang kopi ais di sana mesti dicuba, kali ini minum di kedai makan sebelah depan kedai hajah basiroh, harga nya standard 20,000 VND bersamaan RM3 segelas.. (harga tukaran semasa ialah VND10,000=RM1.53) 

**dijadikan cerita, sambil bergerak balik ke rumah inap, toleh ke retoran ustazah basiroh tu, macam kenal je seorang brader yang sedang  duduk depan kedai, tu.. laaaa, ahmad nazri mansor alfarabi rupanya.. yang berkelana dari kemboja lantas ke saigon, sehingga jumaat.. dan lebih mencukupkan pakej kebetulan malam itu ialah bertemu sama saudara ku faizal haizad m norawi, orang bangau parit..subhanaLlah ! bertemu di rantauan sejak lebih 10 tahun takjumpa..alhamdliLlah!

*selingan/ koleksi gambar di KB*
506km time pergi..
hotel perdana interior
medan ikan bakar KB dan jawi nya..

 maybank islamic dan tulisan jawi nya..
 bazaar tok guru..kubah ala masjidnabawi !
 promosi kraf di KB Mall
***

***day 2/hari 2/اليوم الثاني/هاري كدوا*

*subuh masuk jam 4:13 pagi, manakala sarapan hanya boleh dinikmati mulai jam 6:30 petang, sementara itu buat lah apa yang patut, menu yang boleh dimakan antaranya buah-buahan selalunya tembikai merah, nanas, pisang dAN epal vietnam (agak kecil, warna kehijauan, yang sebelah atas -dalam gambar ni..)
*jam 7:50 bas kami tiba, bagus sekali, awal 10 minit dariapad yang dijanji.. tahniah ! destinasi hari ini.. Cu Chi (baca : Ku Ci) Tunnel iaitu kesan sejarah perang Viet Nam yang dijadikan lokasi pelancongan wajib bagi kebanyakan syarikat yang uruskan pakej ke Viet Nam ni.. terletak di suatu tempat selepas perjalanan sejam setengah dengan kelajuan pemanduan bas ialah 70 kmj sahaja, standard nya di sini kelajuan memang begitu.. Ia nya adalah satu terowong kegunaan askar VN semasa menentang tentera AS sebagai satu taktik gerila menewaskan musuh yang nampak gah itu.. semuanya jalan perhubungan bawah tanah yang berada dalam kawasan hutan.. laluan rahsia dan berperangkap.. 

*bagi yang ingin mencuba menggunakan senapang boleh bayar tiket untuk dapat peluang menembak sepuluh butir peluru dengan M16 atau AK17 dan sebagainya..

*perut terasa lapar berjalan dalam hutan itu, kami nak pergi makan dah.. di luar kawasan itu, dekat je, ada sebuah restoran Muslim, rumah makan Kamarudin, dewannya besar, lengkap dengan hiasan khat dan haramain, siaran tv satelit langsung dari Makkah.. musolla dan toilet.. makanan utama, ikat goreng sambal, sup sayur, telur goreng, ayam dan kangkung.. diakhiri sepotong buah tembikai.. kayu pengorek gunakan bukan makan, ya..
Usai makan, gerak balik ke saigon, untuk singgah di sebuah rumah kedai, terjual di situ telekung, jubah, baju kurung dll, khusus wanita.. layannn..

**lama juga membelek barang jualan, dah perut pun berbunyi, lapar iramanya.. terus ke restoran banana leaf, yang dikategorikan halal.. untuk diner kami.. sedang makan hujan lebat turun.. menambah selera untuk perhabis ikan goreng sos..

*kenyang.. balik lah kita ke hotel, solat dulu jangan dilupa, oh, tadi dah solat sebenarnya di masjid yang agak lama di bandar dekat airport, besar, 3 tingkat, di antara deretan kedai.. ada kubah , ada kelas al-quran sedang dijalankan..

*maghrib dan isyak jamak qasar, agenda ke pasar malam sesi kedua diteruskan.. mencari mana yang belum lengkap, untuk diri atau anak-anak bahkan rakan yang ngirimkan.. beg pun bertambah, tawar menawar jangan tinggal.. penutupnya, pasti lah kopi ais di warung azmi..

***Hari 3***

*usai sarapan pagi, turun kkami ke lobi, pagi ini kami janji dengan Tuan nak pergi awal sikit, 7:30 pagi kena gerak sebab boleh balik awal, kakak-adik nak shoping.. sakan, so lima minit lagi sebelum waktunya sang bas merah yang dinanti tiba dah, kata Hairi.. yang duk depan hotel te.. sambil panggil jin, kata Abah ! perjalanan ke Delta Mekong hari itu dijangka sejam setengah dengan kelajuan 70 kmj macam biasa, bagus sesiapa yang pernah pi sini praktikkan amalan pandu hemat begitu.. lalu sebuah hi-way, tidak boleh masuk motorsikal ke situ, rumah tol nya guna mesin macam kat parking area di pasaraya di tempat kita, tekan butang, keluar kad, siman, nanti di akhir jalan tunjuk kad, terus keluar nilainya, bayar ! jimat kos tenaga 
manusia..

*di sini, setiap keluarga ada tanah kubur sendiri, ahli keluarga yang mati, tanam tepi rumah je, senang nak ziarah, kata Tuan, semasa lalu di sepanjang lebuhraya tu, sawah padi luas terbentang, di sana sini nampak macam keranda, tu kuburan khas sekeluarga, di petak sawah masing-masing..

**RnR motorsikal, di bawah pokok ceri atau ara, redup, siap buayang macam di pantai, ada gerai minum, boleh baring, lena atau order makanan ringan..
sampai jam lebih sembilan pagi, toilet dulu, lalu naik bot di sungai mekong, besar macam kapasiti bas merah juga, tapi kami dah kuasai semuanya.. 

*situ ada 4 pulau besar, mulakan melalui keempat-empatnya, hentian pertama: tengok industri buat coconut candy, mula-mula kukur/mesin isi nyor,perah santannya, tanak atas api selama sejam dua, jadi macam gula tarik, kering je, tarik panjang atas acuan, potong dadu, masukkan satu daripada bahan tambahan seperti kacang, atau durian, kopi, pandan, koko dan halia, sepaket 40 biji beli 5 percuma satu harganya RM.. try lah..

**berikut, kena naik kereta kuda padi, dalam 500 meter, 6 orang + 6 orang, kemudian berjalan sedikit, ada tempat jual cenderamata dan baju t.. depan sikit, kita dijamu buah-buahan tempatan dan secerek air teh herba.. sebelum acara menaiki bot kecil muat 4 orang dikayuh pakcik atau makcik, melalui anak sungai dikelilingi pokok rumbia.. sampa ke kualanya dah menunggu bot besar yang mula-mula tadi, kita pergi.. MAKAN tengahari di Mekong Halal Rest. menu hampir sama, kenyang tak ? mesti lah, bila ramai-ramai ni baru berebut-rebut terutama ikan, habis licin.. sambung Solat zohor asar jamak qasar, doa, pergi ke kedai madu, diberi merasa segelas kecil madu campur royal jelly dan limau sambal, kemudian madu campur ... sesudu..lepas tu dia promosi madu 5 botol percuma 1 harga nya 60 ringgit.. beli, sambil tu sesiapa yang berani boleh pegang ular sawa, ambil gambar 2-3 klik, jom kita balikkk.. 

*atas bot di jamu dengan sebiji seorang buah kelapa muda viet nam, minum airnya, lepas tu minta driver bot belah kan, siap dia buatkan sudu macam sudip, caranya takik sikit bahagian bawah nyor tu, untuk makan isi nyor tu, baru lah masa te teringat koi / kas zaman kecik-kecik dulu, masa makan buah nyor puyuh, memang buat sudunya macam gitu juga lah, isy.. memang mengusik nostalgia betul abang driver ni... !

*naik ke bas merah, ambil peluang.. lena ! sampai di saigon direct to kedai kain, sambil adik kakak shoping abang-abang bersila sambil buka hp sebab semua kedai kain, rumah makan di sana WIFI percuma, laju, macam di Teluk Intan !!..
***
shoping secukup rasa, ambik je mana yang udah berkenan, sebab Ben Thanh belum dijejaki lagi.. inilah peluangnya, jom selepas bayar.. ke sana ! masuk melalui pintu 3, dalam masa 2 jam lagi, kita akan naik bas untuk makan malam di Restoran Kamaruddin Saigon.. sebelum balik, solat maghreb isyak jamak qasar, tetapi jangan kemas beg lagi.. ke pasar malam kita, melengkapkan mana yang kurang, kalau terlebih, tambah beg je.. kopi ais wajib dah.. baru lah balik kemas beg, esok, 
***HARI ke EMPAT*** jam 8:15 bas merah akan datang bawa ke airport TSN untuk kembali KUL jam 11:00 pagi, ucapkan selamat tinggal Saigon..

LAYAN GAMBAR - SAMPAI PENGSAN ya..

kopi ais, menu wajib!

khat ! material .. ?
***

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails