(tulisan khat bererti 'inspirasi' !)
( untuk galeri klik ke blogaleri di www.jawi1malaysiaDOTblogspot atau..
Like mukabuku www.fb.com/Jawi1Malaysia )
dalam siri eksplorasi jawi dan khatkaligrafi berikutnya..
segalanya bermula dengan izin Allah jua melalui "B travel n tours" yang giat promosikan perjalanan ke sini dengan kajian lengkapnya, menggunakan khidmat airasiago.com maka berangkatlah kami menaiki pesawat tambangmurah Air Asia AK145Lapan di terminal LCC Sepang bergerak ke sana seawal jam 5pagi dihantar jiran, abangdin taxi, seusai Subuh di terminal bergerak untuk masukkan bagasi sahaja kerana sudah chek-in melalui web, beberapa hari sebelum..
hari 1: kapalterbang bergerak jam 8 pagi dan mendarat jam 8:45 pagi waktu tempatan, selesai urusan di lapangan terbang, naik lif ke tingkat 2 (departure) ambil teksi vinataxi (warna merah) berjenama Innova (bukan vinasun taxi) guna meter bermula kiraan 12x1000 VND=viet nam dong.. sampai ke hotel
Thiên Tùng
70 Phó Đức Chính, Nguyễn Thái Bình, 1, Hồ Chí Minh, فيتنام
(baca tintom) di Jalan Pho Duc Chinh, off Nguyen Thai Binh kena bayar 145K dan pekerja hotel sudah siap angkatkan beg, selesai chekin di bilik sebelah 1001.. menarik sekali bilik yang diterima, berhiasan wallpaper yang indah, lengkap dan beroperasi elok semua fasilitinya termasuk 2 selipar jepun kegunaan dalam bilik ke tandas, di belakang tersergam bangunan pencakar langit serta di kanan sebuah bangunan berkubah kuning, kuat dirasakan ianya masjid, tapi takpasti pula takut ianya rumah ibadat sikh? nanti (petangnya) disahkan..ia masjid Ar-Rahim..
**siaran TV pelbagai saluran biasa dan satelit antaranya sedang ditayangkan perlawanan bolasepak ulangan antara Manchester United vs MCity yang sudah masuk minit 50 MC mendahului sehingga akhirnya berjaya kalahkan MU 3-0!
Ada juga saluran disneyTV petang sedikit tayangkan kartun Upin Ipin kebanggaan raayat Malaya dalam bahasa Inggeris terjemahan bahasa tempatan..
( agenda 1 ).. lawatan ke lapangan, pastinya shopping ke pasar Ben Thanh yang selalu diwarwarkan melalui blog pelancong..
terpaksa beberapa kali melintas jalanraya dekat bulatan di hadapan pasar besar itu.. kenderaan yang punyai bilangan terbesar di jalanraya nya? ialah motorsikal.. ditunggang dengan memakai topi keledar separa bulat ala tempurung, comel.. jenama motorsikal pelbagai, banyak skuter Honda dan jalan raya juga amat memberi laluan kepada para penunggang, di mana ia dibahagikan kepada 3 lorong, kanan sekali untuk motorsikal, tengah kenderaan ringan termasuk motorsikal manakala paling kiri untuk bas dan lori kecil.. hon digunakan secara maksimum untuk memberi peringatan.
*uniknya di pasar yang berkapasiti lebih 1000 unit itu ialah peniaga boleh berBahasa Malaysia dan sedia terima transaksi dalam RM ! selain USD atau matawang tempatan.. maka rodong terus oda satu jubah tempah yang akan siap dalam sehari, terus dihantar ke lobi hotel, harga RM120.. esok siap dihantar sebelum jam 10.. malam.
*koi pulak tempah sepasang pakaian kerja baju dan seluar, harga kainnya 30+upah 30 x2=120 juga, ok la.. nak tempah jubah utk musim panas je x kesampaian..
( agenda 2 ) untuk lawatan hari ini, mencari lokasi masjid terdekat, kami ditunjukkan alamatnya di Dong Du, jalan kaki sampai penat akhirnya jumpa juga, ianya masjid jamek, sebelah hotel sheraton, dibina sejak 1935, masih utuh walau dikelilingi bangunan mencakar-cakar langit.. selesai imarahkannya, beli aiskrim 10K / 2ringgit satu kon, jalan lagi sampai sebuah bulatan di Mai Linh, ada jeti untuk bot, di tepi sungai Mekong..
*balik, rehat dulu, selepas Isyak nak pegi (Agenda 3) tengok dan 'nyoping' di Pasar Malam sekeliling pasar besar yang dah pun tutup jam 7.00pm.. terdapat jualan pakaian, cenderamata, dan pelbagai macam barangan seumpama kacamata, kipas tangan, purse, buah-buahan tempatan seperti ciku, buah naga, rambutan, tembikai, rock melon, durian, betik.. siap bungkus dalam polisterin, harga USD1..
hari 2: semalam, di kedai zaida, ada terbaca iklan lawatan Mekong, tanya dan terus tempah berharga USD20.oo pagi ini selepas sarapan terus menunggu di lobi jangkaan antara jam 7:30-8:30 akan diambil bas pelancong, dah lebih masa tetapi tak timbul-timbul bas nya, pergi balik ke kedai tu tanya dia diapun telefon driver, jawapannya 'terlupa' minta maaf banyak.. apa nak buat? redho je la.. nasib baik kakak tu sedia refund duit kami, pahit terasa, tetapi hikmah tersembunyi nya kita tak tahu ALLAH sahaja yang tahu..
*apa pun agenda shoping je lah lagi... tapi sebelum itu (AGENDA 1) nak naik sebuah bangunan 68 tingkat, dia ada offer bayar VND200,000 = USD10 naik ke tingkat 49 boleh meninjau bandaraya ini 360 darjah.. menyaksikan aliran sungai Mekong, rupanya ada terowong b awah sungai ke seberang sana, dengan plaza tolnya.. untuk lebih lanjut sila layar: saigonskydeck.com untuk details..
**selepas itu baru ke pasar, makan tengahari di restoran saigon seri pinang, sebelah kanan pasar besar, makan tomyam dengan nasi putih juga serunding telur dan taufu, air kedondong asam boi dan kelapa muda, harga.. RM45.oo memang begitu harga di sana, kata rakan-rakan blogger..
sebelah petang rehat kejap, turun semula (AGENDA 2) depan hotel ada Muzium Seni / museum of fine art.. layari (http://www.baotangmythuattphcm.vn/index.php?lang=en) ia buka mulai awal pagi, rehat tengahari jam 12:30-2 petang, bangunan lama 3 tingkat mengandungi pelbagai hasil seni zaman berzaman.. harga tiket VND10,000 sahaja...
*kebanyakan tempat termasuk kedai pakaian yang dilawati sediakan wifi percuma!
hari 3: agenda shoping juga.. termasuk beli beg besar lagi satu, jenama samsonite, dah dengar seorang kakak yang jumpa semalam kata dia dah survey harga terendah ialah USD41 atau RM120.oo jadi segera tawar satu kedai tu harga berkenaan, akhirnya dapat juga harga hampir sama iaitu RM121/: OK la.. sempat sebelum balik utk daftar keluar hotel, minum kopi ais RM3.oo dan makan bihun sup di warung amin halal, di jalan Malaysia iaitu Jalan Nguyen An Ninh! sebab di situ tumpuan rakyat kita shoping dan makan.. semangkuk VND10,000.oo
**selepas chekaut, jam 12:30pm letak beg di lobi tepi reception tu, siap dapatkan resit, utk beg dan naik texi (AGENDA 3) ke muzium remnant war museum ( http://www.baotangchungtichchientranh.vn/ )
War Remnants Museum
28 Võ Văn Tần, phường 6, Quận 3
Hồ Chí Minh, Việt Nam
|
bayar teksi 39K+1K tips.. sampai depan muzium, masih tutup untuk rehat tengahari hingga jam 2 petang, (buka mulai 7:30 pagi sehingga tengahari, buka semula jam 2 hingga 5 petang) lepak dulu depan pagar dengan 4-5 orang pelancong asing termasuk pelajar tempatan.. tiket masuk VND15,000.00 bangunan 3 tingkat menyimpan bahan sejarah perang US ke atas Vietnam termasuk peralatan perang US di kawasan dataran.. mulanya agak lengang tetapi semakin ramai pengunjung terdapat juga satu rombongan pakej Malaya..
Cadang nak jalan pergi sebuah Istana, jalan punya jalan tak jumpa, lastly niat balik naik teksi hijau, MaiLinh, kecil sedikit saiz kereta, Kia Picanto, rasanya, bermula meter 10.5K sampai pasar harga 34.5K je..
pergi ke jalan Melayu tu, di sana kedai Hajah Basiroh yang glam tu, makan, kopi ais 2, karipap besar 1, bingka ubi 2, semua nya RM15.oo bermaksud serba RM3/: ! turut terdapat kedai beliau jual baju wanita dll..atau cari telekung, jubah...
cuba oda kopi ais yang deme sebut sokmo te..
berikut, koleksi gambar.. layannn
***HARI 1***
dalam flite
dah dekat ni (cari masjid..)
akhirnya.. jumpa juga !
dari airport
arca di bulatan Pasar Ben Tanh
dari tingkap belakang hotel, nampak masjid Ar_Rahim !
rumah di sana..
dalam bilik air..
tengok bola dulu sesampai di bilik..
Upin Ipin pun ada..
pasar malam !
shopping telekong, pasar malam ..
air tebu segar, RM4.oo
pasar buah-buahan
se paket USD1
ciku hampir sebesar penumbuk
mehrab masjid jamek tadi
***hari 2***
ada latihan seni pertahanan diri dekat maghrib..
gambar-gambar di muzium seni..
menara bitexco, di mana saigon sky deck berada di tingkat ke49nya..
bunga pun ada di dalam bahasa Viet Nam..
banyak kedai lukisan kanvas dll di sini, seni diutamakan! termasuk di buka satu art cafe..
nampak tu.. masjid jamek
sungai mekong..
inspirasi bunga teratai..
dapat air mineral percuma, ada wifi percuma di atas sana !!
wifi ! percuma..
kedudukan ke 5 untuk kategori keunikan, rasanya
No comments:
Post a Comment