Friday, March 20, 2015

eksplorasijawi@redang


1.acara skodeng jawi kali ini ialah di sebuah pulau yang amat indah, menaiki bot dari jeti bandar kuala terengganu ke jeti pulau berkenaan, hampir dua jam pecutan.. van resort menunggu untuk mengangkut bagasi anda, manakala para tetamu dipersilakan menaiki bas mini / coaster untuk ke lobi, chek in dahulu, anda akan dihantar terus ke hadapan pintu chalet yang ditetapkan..

2.chalet kayu berkembar dua tingkat menanti anda di atas bukit menghadap Teluk Pauh, selepas melalui perjalanan hampir 3 jam di LPT 2 dengan kelajuan biasa-biasa sahaja, dan bayaran tol pun hanya RM9.60 sahaja untuk jarak lebih 286 kilometer, daripada Kampong Bangas, Maran ke plaza tol Batu Enam, Kuala..

*****
iklan: layari 

dan salah satu contoh artwork..

serta contoh lain..
http://galleriaimpiana.com/artwork/yahya-khatib-132.html
untuk melihat pendedahan lukisan ku bersama website kelolaan majalah Impiana - Karangkraf .. TQvvM

*****
3.pastikan bersedia dengan air mineral untuk wuduk dan istinjak sepanjang perjalanan melalui LPT 2, kerana RnR belum banyak dibuka, beg sandang pula pastikan yang kukuh jahitannya bimbang rabak sebab berat berlebihan..

4.bekalan makanan tidak kritikal, kerana sumber nya mencukupi dan mudah didapatkan.. bilik tumpangan anda terletak 650 meter sahaja daripada jeti utama, terdapat di sana beberapa buah kedai makan dan runcit untuk dapatkan bekalan penduduk / pelancong..

5.menginap di redang island resort tidak mengecewakan, perkhidmatan terbaik disediakan.. acara utama iaitu ke pantai dipermudahkan dengan khidmat penghantaran yang dijadualkan.. setiap petang.. jika ada sebarang rancangan lain di masa lain juga boleh dirunding dengan abang-abang pemandu van / bas resort..

6.acara kami, hari pertama ialah ke pantai teluk dalam, dengan bas resort, jam 5:30 pm, dan akan dijemput jam 7:00 malam.. sesampainya di hadapan the taaras, kami berjalan kaki pula sejauh hampir 1 kilometer.. terasa hilang berat badan sebanyak 1 kilogram.. malam nya, sepakat dengan abang driver, hantar kami ke jeti, makan malam.. pulangnya, dihantar oleh van kedai makan tersebut ! thanks..

hari 2: ke pulau pinang, di mana taman laut di sana, menaiki bas, ke jeti, menaiki bot pula ke sana, jam 9:30 berlepas. akan dijemput jam 11:30.. hari itu, air surut, pihak penguasa antara melarang dan membenarkan kami memulakan acara snorkel di tepian dan jangan menghampiri batu karang.. hingga jam 11:30 baru lah bendera hijau dinaikkan... dah balik atas bas coaster, baru lah dengar abang pemandu tu kata, tentang nasihat 'elok ke taman laut ni, sebelah petang...' apa pun, kira seronok la, dapat snorkel di situ, bak kata orang macam masuk dalam akuarium.. selama ini duduk luar akuarium jer.. SubhaanaLLah !
***rehat sebentar sebelum acara ke-2, jalan-jalan ke kampong baru pulau redang, 3 kilometer ke utara, dengan van resort, sama masa nya macam semalam, setengah jam ronda kampong, kemuncaknya sebuah masjid baru di atas bukit, turun semula untuk minum petang / makan malam di asmadi cafe, yang agak terkenal di sana.. sebelum balik ke bilik, kepenatan, bing... tidurrrrr la..

hari 3: nak balik dahhh, tapi pergi ke teluk pauh dulu, ambil gambar, kemudian naik ke kolam resort, baru lah siapkan bagasi untuk bergerak chek out, bayar bot Rm110.00 pergi balik, dihantar ke jeti dan naik feri jam 1 petang.. isi barang dalam bonet di kawasan parkir taman shahbandar, cajnya Rm6 sehari.. shoping di pasar payang dulu, baru balik.. kampong..

 'seronot nyeee..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails