beberapa koleksi terbaru: @1malaysia; square kufi style; and NAME+PIX designs.. utk pilihan anda !
designame concept: 'star'
*****************************************
pokokmemanjat, kaler biru ni
pun boleh di'oda' kalau sape2 nak..
pun boleh di'oda' kalau sape2 nak..
**************************************
No.1: P.S.: klik juga tajuk 'Allah!' (sebelum ini, pd 2007): KLIK sini!..
.. berdentum, bunyinya apabila mahkamah memutuskan izin guna kalimah Allah kepada sebuah majalah mingguan bukan Islam.. seluruh Malaya berdemo mengangkat sepanduk dan menumbuk langit sambil mengeluar kata2 kuat.. disusuli insiden baling bom made in belakangrumah ke beberapa gereja oleh pihak tertentu.. moga2 Allah masih melindungi kita.. kamon laa.. apa nii؟ mahkamah kan ade, then nego la?

*****
then, cube bace, Dari Utusan Online, 14 Januari..: Lagi tokoh Kristian gesa gugur kalimah Allah
KOTA KINABALU 13 Jan. - Seorang lagi tokoh Kristian dari negeri ini, Webley Disim, yang juga Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Sabah hari ini menggesa akhbar Herald-The Catholic Weekly menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah di mahkamah.
Tegasnya, langkah itu, penyelesaian terbaik bagi mengelak pertelingkahan atau konflik antara agama terus berlaku sehingga mencetuskan ketegangan.
"Sebagai tanda hormat kepada agama rasmi negara ini iaitu Islam dan juga masyarakat pelbagai kaum, Herald-The Catholic Weekly wajar menimbang tindakan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahad lalu, Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun menyarankan akhbar itu menggugurkan kes berkenaan sebagai jalan penyelesaian yang terbaik.
Menurut tokoh Kristian dari Sabah itu, tindakan tersebut perlu, memandangkan perkembangan isu berkenaan semakin membimbangkan sehingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar dan turut menerima ugutan.Webley yang juga Naib Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Malaysia mengakui, tindakan akhbar itu sememangnya mempunyai motif untuk menarik penganut Islam kepada Kristian.
"Saya difahamkan oleh rakan-rakan dari Kuala Lumpur, tindakan akhbar itu adalah untuk menguji orang Melayu dan Islam, dengan menyatakan 'kita' menyembah tuhan yang sama iaitu Allah," katanya.
Menurutnya, perbuatan tersebut akan mengelirukan umat Islam kerana Allah bagi penganut Islam dan Kristian adalah berbeza mengikut kepercayaan masing-masing.
"Ini tidak baik, kenapa perlu menarik orang yang sudah beragama, sepatutnya kita (Kristian) menarik orang yang masih tiada agama seperti Orang Asli di Semenanjung atau Bumiputera di Sabah atau Sarawak," katanya.
Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika menjadi Ketua Menteri Sabah itu bagaimanapun tidak bersetuju jika penggunaan kalimah Allah diharamkan terus dalam agama Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan penganut agama itu pula.
"Saya bersetuju jika akhbar tersebut menggugurkan tuntutan itu tetapi tidak secara keseluruhan, maksudnya dalam upacara-upacara sembahyang di gereja, kalimah Allah masih boleh digunakan," katanya.
Webley menggesa semua pihak mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya rakyat Malaysia bertenang dan menghormati semua rumah ibadat.
Katanya, rakyat Malaysia tanpa mengira agama perlu berterima kasih kepada kerajaan atas kebebasan beragama yang mereka nikmati sejak pembentukan Malaysia.
**mstar online pulak melaporkan..
Jumaat Januari 22, 2010
Para Pemimpin Kristian Kecam Kejadian Membakar Surau
PETALING JAYA: Para pemimpin Kristian hari ini mengecam tindakan membakar dua buah surau di Muar dan menyifatkan tindakan tersebut hanya akan menghuru-harakan keadaan lagi.
Pengarang akhbar Herald, Paderi Lawrence Andrew berkata, menyerang mana-mana rumah ibadat adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum ini.
“Kita perlu menghormati rumah ibadat kerana ia adalah rumah yang memang perlu dihormati,” katanya.
Lawrence juga berharap, tindakan segera akan dapat diambil ke atas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
“Kita perlu mengucapkan terima kasih kepada polis kerana mereka telah menjalankan tugas yang sangat baik setakat ini dan kita berharap pihak polis akan dapat mengesan dan menangkap mereka yang telah bertindak membakar dua buah surau itu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Presiden Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Dr Thomas Philips berkata, beliau terkejut dengan kejadian terbaru ini.
“Mereka yang melakukan perbuatan ini adalah mereka yang tidak mahu melihat rakyat Malaysia hidup dalam aman dan mencari jalan penyelesaian dengan baik,” tegas beliau.
Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut menyelar perbuatan membakar surau tersebut dengan berkata, semua pihak perlu bekerjasama dengan polis untuk menghentikan perbuatan ini.
“Kita perlu memikirkan satu mekanisma bagaimana untuk menghentikan perbuatan seperti ini daripada terus berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian terbaru hari ini, dua buah surau di Muar iaitu Surau Sillaturahim di Jalan Ismail dan Surau Parit Beting di Jalan Salleh rosak kerana dibakar.

**********************
ALLaH dalam Islam.. 1. "Katakanlah hai (Nabi Muhammad) Dia lah Allah yang Maha Esa..", Surah Al-Ikhlaas,
***********************************************
isu 2: 15hbJanuari -peristiwa gerhana matahari separa, lihat gambar (ihsan angkasa.gov.my..)
isu:3.
محمد منذر سرميني الملقب بأبوالجود
والآن يمكننا الاستماع إلى أناشيده عبر الإنترنت في موقعه الخاص به ، بس أنقر ..
www.aboljoud.com !! the best nasyeed ..
www.aboljoud.com !! the best nasyeed ..
No comments:
Post a Comment