Wednesday, November 24, 2010

ديزاينيــــــــــــــــــم الجديـــــــــــــــــــــــــــــدterbaharu!!!+albumBeijing

in-love desain
ialah : komBnaC lukisankhattulisanjawi + gambar /sekeluarga !
**************************************************************
dan meraikan (pada Ogos 26, 2010) ulangtahun ke 3 blog ini.. alHamdliLlaah!!

**********Album.Beijing.2011**********

sil melayari laman mukabukuku di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2297887814707.2104097.1474477969&type=3
harap untuk tuan-tuan, boleh dipaparkan ! thanks..

Monday, June 21, 2010

tranung2010+ekspo@BBS+ramadhan1431H

***********Bab3***********
 ...Ramadhan1431hijriya, kembali bertamu, moga ianya dapat diisi dengan ibadah berkualiti, sambil2 tu ada juga rekan2 menempah tulisanjawi dan khat1malaysia, contohnya akan menyusul.. termasuk ucapan saya..(mewakili bulanbintang, membentuk huruf : ro-mim-dhad-alif-nun, yang agak fancy?)

dan contoh tempahan  terkini:.................................


*********bab 2*********

pada 26jun2010 telahberjaya melangsungkan satu eksposisi tulisanjawi@khatkaligrafi1malaysia di BBS, mendapat sambutan hangat daripada generasi muda yang masih segar dengan minatmendalam terhadap warisannegara yg mahu diketengahkan semula ini dalam konsep yg cuba menepati citarasa mereka..seumpama ini..


 ***********************************************************

*******isu-utama*******

syukur lah, 5hari lepas 1eksplorasi jawi berlangsung lagi, kali ni dalam negeri je..
di kuala trengganu (terutama TTI) selepas melewati, sebelumnya..
.. kuala gandah, lancang..

gambo2 menyusul !

Friday, April 30, 2010

BahteraNabiNuhA.S.+1st xpo+BaniIsraelsebenar!

contoh designame..



***isu 3***
  31/5.. keganasan BaniIsrael di Gaza semakin mendedahkan secara langsung rupanya ke mata dunia, semuanya agenda Allah supaya seluruh dunia menginsafi warna sebenar kaumYahudi yang pernah dihalau NabiBesar kita dari bumi Madinah, dan inilah dia antara sikapnya untuk ditontoni dunia, terutama kita umat Islam , supaya menguatkan azam sedaya upaya menyatakan sikap sekurang2nya azam semakinkuat menunaikan ibadat.. Puasa4Palestin n Gaza yg diuaruarkan sebelum ini akan diamalkan secara berterusan bahkan bertambah kukuh dalam prinsip semua..

*** isu 2***
seawal pagi 30 mei, menghadirkan diri di padang djalan 7/3 untuk membuat penampilan awam pertama, pendedahan dan pengenalan/ intro kepada hasil lukisan tulisanjawi, kepada masyarakat setempat, syukur! sambutan menggalakkan dan memberikan beberapa input yang berguna untuk penampilan berikut.. AlhamduliLlah !TQVM kpd tn hj saiful atas kesudian menumpangkan 1/4 drpd booth beliau utk kali ini..بـــــــــــــــــــــــــــارك اللـــــــــــــــــــــه فيــــــــــــــــــــــــــــــــك!

***isu u7ama**
daripada akhbar Kosmo/thanks/sekadarberkongsi dgn surfer/ jgn saman ya!

Friday, March 19, 2010

jakarta2010+airyahya+wau+yakht+tasbih+2in1

22/4/10 the latest: tasbih alasmaalhusna,
dan my2in1 (kombinasi rumi-jawi)
***************************
(syarikatpenerbanganterbaru!)
(jom main wow pulak!)
ataupun, belayar dgn yakhtku..


***isu utama/part-one***
alhamduliLlah.. baru usai dari musafir.. pagi tadi. selama 5 hari 4 malam, lewat satu rombongan, anjuran rekan2 di utara tanahair, dgn sabuah p.t. pariwisata, .. seawalpagi senin, tanggal 15 maret lepas, kami sefamili diijin Allah jua musafir lagi ke negara jiran Indonesia, yg jua turut mengguna slogan indonesia pada satu papan iklan di kota jakarta (dulu dipanggil sunda kelapa), dalam satu siri lawatan jakarta-puncak-bandung dengan beaya pesawat seribu duaratus ringgit.. bergerak seawal jam tujuh - 815am, pagi senin, ke kl-lcct menaiki pesawat qz7691 airasia pada 0950hrs, jumpa bapak us. pin, x-msdcairo n wife, k.yun..yg merencana ke destinasi sama! dan landing di jakarta cgk soekarno-hatta airport pada WIB 1054hrs, selesai urusan bagasi dan paspor, menanti pula rekan2 dr penang yg bakal mendarat sejam kemudian.. sebaik mereka sampai, mencari pulak wakil company pariwisata, yg hanya guna nama yang punya syarikat bukan nama syarikat, tu yg lilau cari tu..akhirnya jumpe la pak henry efendy, seorang pria seusia 20an, terus bus pariwisata tiba, kami naiki, dengan  ..


@hari1: agenda pertama, isi perut lah, maka di sabuah rumah makan pinggir bandara, makanan ok juga, utamanya ikan tilapia / seumpama goreng tepung dgn isi siap dipotong saiz dua jari, sayur kangkung dll.
solat zohor dan asar siap dijamak lalu bergerak terus ke Puncak, 1500 kaki dr aras laut, melalui lebuhraya Jagorawi, (kependekan jakarta-bogor-ciawi) sebelum ke hotel terus destinasi pertama, jam 430 sore waktu indonesia barat, ke sabuah taman safari indonesia di cisarua, bogor.. (banyak tempat yg bermula kalimah ci: air) saatnya kami dikira pelawat terakhir dibenarkan antri.. tapi masih ketemukan berbagai spesis hewan yg masih belum masuk ke sarang masing2.. antaranya macan putih, singa, dll
trus ke hotel surya indah di jalan gadog, cipanas, JaBar. jam 7 mlm, sepanjang jalan, dikeliling ladang teh, jua acara2 seperti org berjualan brgn sayuran umpama keledek, pisang dll, di saat hujan turun sebaik selesai diner, dgn menu ikan goreng, bebola, kangkung berasap! 5-7 menu semuanya, dll. di luar rumahmakan hotel pun udah sedia org berjualan mempromote brgn mereka, beg ajaib, mainan, kicen, kainbatik, kainsamarinda.. harganya? ribuan pak! dapat je bilik, trus khidmatdiri lalu tido. pagi2 terdengan suara 'tarhim dr mesjid berdekatan, lalu solat.. agk lama kmdn, intai dr tingkap: lihat org dah pegi sarapan, ikut aja. ada nasi uduk/gemuk/lemak dll.. jalan2 kat luar, lihat panorama dan gunung yg dikatakan..


@hari 2: rencananya hari ini ke gunung tangkupanperahu, 1850 mtr dr araslaut (masyhur dgn legenda sangkuriang dan dayangsumbi.. dan SariAter hotspring.. gerak jam 830hrs lagi, sebelum bergerak, ditanyakan guide apa2 masalah, dijawab seorang rekan, bhwa dia udah minta xtra bed tapi tidak dipenuhi, lalu guide cadang panggil manajer hotel dtfg ke bus mohon maaf, lalu memang manajer tiba, mohon maaf bahkan membawa sama saguhati kepada rekan yg mengadu! satu kasus yg istimewa berlaku.. di jalanan, singgah di cianjur, pengeluar beras pandan wangi terbesar negara, berbelanja di toko manisan dan kue semberwangi di cianjur.. belanja dodol, krepek dll.
gerak ke kota.. tapi, di kota, menuju ke gn. jalannya macet (sesak) teruk, tapi kalau 'ramlan (ramai tapi jalan) tak apa..kerana bertepatan hari cuti indonesia sempena hari nyepi bg masyarakat hindu, mrk arak ogoh-ogoh nya..lalu dicadangkan makan dulu, di restoran/rumahmakan balibu.. jam hampir kul 1 baru usai, jumpa rekan dr malisia, (dr teknik melaka yg ikut buat rombongan.. yg dahpun turun drpd gunung..)
bergerak ke gunung, di pertengahan jalannya hujan mulai lebat, nampaknya seolah x dapat naik.. iya, benar, lalu ke airhangat, juga penuh, kepuutsannya, balik ke kota, beli belah.. atau makan malam, dan cek in hotel grand pasundan pulak..! udah ketentuan Yg Maha Esa.. iya


@hari ke 3: sarapan, trus ke pusat beli belah PasarBaru 10 pagi-12 tgh. sehingga kena kanker..(bukan kanser (ikut bhsa Indo).. tapi istilah bagi kantungkering!)
diikuti makan tgh., nasi padang!! x1.juga ke pasar outlet factory, seperti, edward forrer dgn kartu diskon 20% tersedia, Rumah Mode, Mode Plus, Donatello, RumahTas di cibaduyut..
malam, diner dan trus bergerak ke jakarta, dari jam 9-1245 pagi! sampai di GrenAlia Cikini hotel rum no. *16..
@hari 4: rencana nya melawat Taman Mini Indonesia Indah!(gambar satelitnya seperti di kiri) yg menghimpun elemen dr 33 provinsi indonesia.. awalnya masuk dan boleh turun utk tgk setiap rumah yg wakili daerah, sempat menjejak rumah2 tradisi bagi pwilayah sumatera.. namun kmdn memandangkan kpd kekangan masa, akhirnya diminta melihat drp bas shj, seluruh kawasan seluas 65 hektar itu.. merangkum rumah2 tradisi, rumah2 ibadah agama di indon, dan pelbagai industri seperti musium minyak, tenaga listrik, telekomunikasi dsb. di akhir jalan, kami dapat peluang menaiki 'kereta gantung' indonesia, dgn harga 20ribu seorang, selama 15 menit melalui tasik terbentuk dalamnya peta indonesia.. , selesai, makan tgh., nasi padang! x2.. lewat di masjid at-Tin, sempena ibu tien, rencananya ke masjid istiqlal, yg terbesar di asia tenggara, utk solat namun tuntutan masa shoping terpaksa diubah kepada solat di musolla rumahmakan shj.

@hari 5: seawal jam 3 pagi udah dikejut oleh telpon, bangun dan siapkan diri, sarapan ringkas disedia, lalu ke bus utk bergerak ke airport.. dah masa pulang, pak! kerna pesawat bakal terbang jam 625hrs.. kembali ke klia-lcct lah pulak

*hal2 menarik bisa difikirin..:
*cermin gelap kendaraan dikatakan amat digalakkan di sana, utk elak kes pecah ambil brgn berharga, dan elak suhu panas!
*no. plet kendaraan mengandung kod bandar cth B utk Jakatra, D=bandung,dan di bwh di tulis juga bulan register, cth 07, dan tahun luput dgn tolak 5 tahun(utk tahu th. register),
*jika di jalanan, angkat lima jari tanda nak tahan/stoppin kereta dan lintas, satu jari utk naik angkutankota ! (van sewa utk bergerak dr satu2 tmpt).
*utk elak sesak teruk waktu pagi ke tmpt kerja, kerajaan buat undang2 3dalam1, kereta yg masuk kota mesti ada 3 org , atau risiko disaman. di situ muncul juga joki bayar utk tumpang bg elak saman.. jika terbongkar jua disaman 1juta/3bulan tahanan.
*tiap rumahmakan sederhana/besar sediakan WC(wese) dan musolla(surau)..

Tuesday, January 26, 2010

potretkasih@digitaljawi+kadkahwin+koleksi:le tour d langkawi..

terkini.. (atas) sempena le tour d langkawi,dan khas utk siRaman..

(a)(i) kad walimatulurus digitaljawi..
a.(ii)potretsepasangkekasih
b.gabungansekeluarga..c.3generasi..

antara khidmat/service ygdiberikan di blog ini ialah : lukisan 'tulisnamamujawi'
a. i. desain kad walimatulurus /resepsi bertulisanjawi..
    ii. gabungan nama pengantin baru atau lama.. atau

b. gabungansekeluarga, atau

c. 3generasi bergabung dalam satu potret!

seperti contoh2 di atas, adanya!

Monday, January 11, 2010

Allah! solar.eclipse; Abu LJoud..


beberapa koleksi terbaru: @1malaysia; square kufi style; and NAME+PIX designs.. utk pilihan anda !


designame concept: 'star'
*****************************************
pokokmemanjat, kaler biru ni
pun boleh di'oda' kalau sape2 nak..

**************************************
No.1: P.S.: klik juga tajuk 'Allah!' (sebelum ini, pd 2007): KLIK sini!..

.. berdentum, bunyinya apabila mahkamah memutuskan izin guna kalimah Allah kepada sebuah majalah mingguan bukan Islam.. seluruh Malaya berdemo mengangkat sepanduk dan menumbuk langit sambil mengeluar kata2 kuat.. disusuli insiden baling bom made in belakangrumah ke beberapa gereja oleh pihak tertentu.. moga2 Allah masih melindungi kita.. kamon laa.. apa nii؟ mahkamah kan ade, then nego la?
*****
then, cube bace, Dari Utusan Online, 14 Januari..:

Lagi tokoh Kristian gesa gugur kalimah Allah

KOTA KINABALU 13 Jan. - Seorang lagi tokoh Kristian dari negeri ini, Webley Disim, yang juga Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Sabah hari ini menggesa akhbar Herald-The Catholic Weekly menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah di mahkamah.
Tegasnya, langkah itu, penyelesaian terbaik bagi mengelak pertelingkahan atau konflik antara agama terus berlaku sehingga mencetuskan ketegangan.
"Sebagai tanda hormat kepada agama rasmi negara ini iaitu Islam dan juga masyarakat pelbagai kaum, Herald-The Catholic Weekly wajar menimbang tindakan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahad lalu, Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun menyarankan akhbar itu menggugurkan kes berkenaan sebagai jalan penyelesaian yang terbaik.
Menurut tokoh Kristian dari Sabah itu, tindakan tersebut perlu, memandangkan perkembangan isu berkenaan semakin membimbangkan sehingga mengakibatkan beberapa gereja dibakar dan turut menerima ugutan.
Webley yang juga Naib Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Malaysia mengakui, tindakan akhbar itu sememangnya mempunyai motif untuk menarik penganut Islam kepada Kristian.
"Saya difahamkan oleh rakan-rakan dari Kuala Lumpur, tindakan akhbar itu adalah untuk menguji orang Melayu dan Islam, dengan menyatakan 'kita' menyembah tuhan yang sama iaitu Allah," katanya.
Menurutnya, perbuatan tersebut akan mengelirukan umat Islam kerana Allah bagi penganut Islam dan Kristian adalah berbeza mengikut kepercayaan masing-masing.
"Ini tidak baik, kenapa perlu menarik orang yang sudah beragama, sepatutnya kita (Kristian) menarik orang yang masih tiada agama seperti Orang Asli di Semenanjung atau Bumiputera di Sabah atau Sarawak," katanya.
Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika menjadi Ketua Menteri Sabah itu bagaimanapun tidak bersetuju jika penggunaan kalimah Allah diharamkan terus dalam agama Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan penganut agama itu pula.
"Saya bersetuju jika akhbar tersebut menggugurkan tuntutan itu tetapi tidak secara keseluruhan, maksudnya dalam upacara-upacara sembahyang di gereja, kalimah Allah masih boleh digunakan," katanya.
Webley menggesa semua pihak mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya rakyat Malaysia bertenang dan menghormati semua rumah ibadat.
Katanya, rakyat Malaysia tanpa mengira agama perlu berterima kasih kepada kerajaan atas kebebasan beragama yang mereka nikmati sejak pembentukan Malaysia.
Para Pemimpin Kristian Kecam Kejadian Membakar Surau
PETALING JAYA: Para pemimpin Kristian hari ini mengecam tindakan membakar dua buah surau di Muar dan menyifatkan tindakan tersebut hanya akan menghuru-harakan keadaan lagi.
Pengarang akhbar Herald, Paderi Lawrence Andrew berkata, menyerang mana-mana rumah ibadat adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum ini.
“Kita perlu menghormati rumah ibadat kerana ia adalah rumah yang memang perlu dihormati,” katanya.
Lawrence juga berharap, tindakan segera akan dapat diambil ke atas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
“Kita perlu mengucapkan terima kasih kepada polis kerana mereka telah menjalankan tugas yang sangat baik setakat ini dan kita berharap pihak polis akan dapat mengesan dan menangkap mereka yang telah bertindak membakar dua buah surau itu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Presiden Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Dr Thomas Philips berkata, beliau terkejut dengan kejadian terbaru ini.
“Mereka yang melakukan perbuatan ini adalah mereka yang tidak mahu melihat rakyat Malaysia hidup dalam aman dan mencari jalan penyelesaian dengan baik,” tegas beliau.
Di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut menyelar perbuatan membakar surau tersebut dengan berkata, semua pihak perlu bekerjasama dengan polis untuk menghentikan perbuatan ini.
“Kita perlu memikirkan satu mekanisma bagaimana untuk menghentikan perbuatan seperti ini daripada terus berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian terbaru hari ini, dua buah surau di Muar iaitu Surau Sillaturahim di Jalan Ismail dan Surau Parit Beting di Jalan Salleh rosak kerana dibakar.
**********************
ALLaH dalam Islam..
1. "Katakanlah hai (Nabi Muhammad) Dia lah Allah yang Maha Esa..", Surah Al-Ikhlaas,
***********************************************
isu 2: 15hbJanuari  -peristiwa gerhana matahari separa, lihat gambar (ihsan angkasa.gov.my..)





isu:3.
أظل استمع إلى أناشيده،  منذ عشرين سنة وانا معجب بالمنشد الكبير القدير الأستاذ
محمد منذر سرميني الملقب بأبوالجود
والآن يمكننا الاستماع إلى أناشيده عبر الإنترنت في موقعه الخاص به ، بس أنقر ..
www.aboljoud.com !! the best nasyeed ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails