Sunday, November 16, 2014

2nd.chance

perjalanan melebihi 81,000 km yang dilalui sebelum ini, sentiasa dilindungi-Nya, namun Dia ingin menguji dengan mengingatkan suatu tempat untuk episod berikut dalam kehidupan, liang lahad.. kedalamannya, kedaifan penghuninya, ruangnya.. moga Allah menyelamatkan kita semua jika benar-benar sudah ditentukan ke situ.. kita insan lemah, syukurlah dengan nikmat Islam dan iman di hati.. moga diberi kekuatan untuk memperbaiki diri dan tanggungan agar selamat di situ dan di sana.. insyaAllah..

sebulan berlalu, Allah sudi memberi lagi nyawa, untuk beri peluang kedua (2nd chance) supaya bertaubat dan beramal soleh.. buat pakcik !

ada saatnya kita terbang dan jatuh, ke ruang itu yang memang sudah mirip dengan apa yang digambarkan di atas.. ia dalam dan tak mampu bangkit, dongak ke atas, ramai yang melihat, dengan pelbagai gelagat.. ingin tahu, ingin bantu dsb.. bahkan ada yg mengambil gambar, berbual tentang kita dll.. pemilik hati yang suci meminta telefon bimbit untuk bantu hubungi keluarga, syukur, dapat sejenak beritahu situasi dan lokasi, akhirnya ia juga terus tidak berfungsi kerana 'masuk air'... ada yang sudi hubungi ambulan, setengah jam kemudian ia tiba.. Allah izinkan keluar dari replika itu..

30 minit menunggu bantuan, sambil baring di ruangan umpama lahad, air mengalir, namun bersih dirasakan..

ribuan terimakasih semua yang membantu, menziarahi, menanya khabar, menghantar SMS, wassup atau telegram, mendoakan dan menenangkan, jangan nanti atau minta ucapan terimakasih-jika ku terlupa, kecewa nanti jika tidak diucapkan kepada kita, kerna hanya Allah yang diharap mengganjari.. Allah tumpuan kita..

rata-rata keluarga & rakan serta jiran yg bertandang ziarah ada pengalaman seumpama, sudi berkongsi dan beri motivasi, moralnya:

1.berhati-hati menunggang, dan berdoa serta tawakkal lah..
2.cuba sedaya upaya kecuali telah takdirnya,
3.saat di jalanraya, sikap seseorang jadi automatik berubah; kurang sabar, rasa angkuh, dll..

hospital mesra ibadah

banyak kali terdengar di media tentang ini, lebih-lebih lagi mengalaminya sendiri di wad 8B dengan pergelangan berbalut.. tiada sesiapa yang memberi panduan, sendiri mau ingat.. difahamkan ada satu unit kecil berbilik kecil, di sebelah unit urologi.. unit berunsur islam..

tulisan Dr MAZA di https://www.facebook.com/DrMAZA?fref=ts mungkin boleh jadi panduan..

Soalan: Dr MAZA, seorang yang tercedera akibat kemalangan atau apa sahaja, lalu anggota dibalut, apakah yang dia perlu lakukan untuk berwuduk atau mandi wajib? –Maryam, Penang

Jawapan Dr MAZA: Bagi mendekati prinsip Islam satu agama yang mudah seperti yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w maka saya sebutkan seperti berikut;
1. Dalam masalah ini, kebanyakan ulama menyatakan: Dia hanya perlu menyapu air pada balutan berkenaan. Dia tidak perlu menyampaikan air pada kulit di bawah balutan tersebut. Bab ini dipanggil al-Mash ‘ala al-Jabirah wa al-‘Isabah (المسح على الجبيرة والعصابة) iaitu menyapu di atas balutan patah dan luka.

2. Namun begitu, seperti yang dinyatakan oleh para ulama hadis seperti al-Baihaqi bahwa hadis-hadis dalam masalah menyapu balutan ini kesemuanya tersangat daif, dan hal yang sama disebut dalam Tamam al-Minnah, maka dengan itu berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah ini.

3. Apa yang dapat dirumuskan dari perbahasan para ulama fekah, ialah dua pendapat yang mudah diikuti;

Pertama: Hanya perlu sapu di atas balutan tersebut. Dia tidak diwajibkan berwuduk sebelum memakai balutan tersebut. Ketika berwuduk atau mandi wajib dia hanya perlu sapu air di atas balutan tersebut, tanpa perlu membasuhnya, atau melalukan air di bawahnya, atau menanggalkannya. Inilah pendapat terpilih daripada kebanyakan ulama Fekah. (‘Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar`ah, jld 1, m.s. 140, Beirut: Muassasah al-Risalah 1994).

Kedua: Disebabkan hadith-hadith dalam perkara ini sangat daif, maka terdapat ulama fekah yang berpegang kepada tidak wujud hukum sapuan atas balutan patah atau luka. Sebaliknya anggota yang cedera, atau dibalut tersebut tidak perlu sebarang sapuan atau basuhan kerana telah gugur kewajipan syarak ke atas anggota tersebut. Ini pendapat yang dikemukakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (wafat 456H). Kata Ibn Mazm ketika memberikan alasan pandangannya : “Dalilnya firman Allah:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
(maksudnya) “Allah tidak bebankan kepada seseorang kecuali apa yang dia terdaya”.
Juga sabda Nabi s.a.w:
وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُم
“Apabila aku perintah kamu dengan sesuatu perintah, maka datangilah ia dengan kadar kemampuan kamu” (Riwayat al-Bukhari)
Berdasarkan dalil al-Quran dan al-Sunnah, sesuatu kewajipan gugur apabila yang seseorang tidak mampu. Maka gantian kepada yang gugur itu hendaklah berasaskan syarak. Syarak pula tidak wajib diikuti kecuali adanya dalil daripada al-Quran atau sunnah. Namun, tiada dalil al-Quran atau sunnah yang menggantikan basuhan dengan sapuan atas balutan patah atau ubat bagi anggota yang tidak mampu dibasuh”.( Ibn Hazm al-Andalusi, Al-Muhalla, jld 1, m.s. 316, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah t.t)

4. Salah satu dari pendapat di atas boleh untuk diamalkan dan lebih mudah dari seseorang yang terikat dengan pendapat yang agak susah untuk diamal sehingga akhirnya dia tidak menunaikan solat. Pendapat al-Imam Ibn Hazm lebih praktikal secara hujah dan perbandingan. Memudahkan hal ini adalah baik daripada memberikan pendapat yang menyusahkan pesakit sehingga kemungkinan mereka meninggalkan solat. )

Tuesday, November 11, 2014

nombor plet

"cik, saya dah beli nombor ni di kaunter, tapi atas nama saya, bila rodong nok regista motor atas nama dia, tak boleh sebab nama orang lain.. camana ?
"ok, cik isi borang ni, fotostet ic rodong, nanti saya beri no giliran..
.....
"cik, dah isi..
"ok, ambil nombor ni, pergi kaunter 1..
"terimakasih !
"bagi saya nombor, cik duduk dulu nanti saya panggil..
...
"cik, ini kena pergi ibu pejabat negeri, di bandar marikh, jumpa pengarah..buat surat rayuan.. minta maaf cik ya..kami memang x boleh buat..

3 hari kemudian..
seawal jam 6 pakcik start enjin motokar.. sampai jam 7 pagi..
"cik pergi pintu 4, nanti pegawai akan beri encik jumpa encik F, ceritakan kat dia..
.....
"kenapa ni?
"nak tukar nama pemilik nombor plet..
"apa hubungan? suami isteri
"ada surat nikah?
"aa? tak bawa la pulak..
"saya tak boleh bagi kalau tak ada..dah isi borang? dia ada dua borang kena isi.. nah !
"kena datang lagi?
"ya, tapi kalau faks, boleh saja..
"ok, terimakasih.."

*****pengajaran dari kisah benar di atas ialah:

prosedur memohon tukar milik nombor plet kenderaan.

jika encik dah beli nombor plet di mana-mana kaunter jpj, untuk didaftarkan atas nama encik, itu tiada apa masalah, beli lah motorsikal atau lori treler, boleh terus register, esok boleh bawa lori itu ke tempat kerja..

tapi kalau encik memang banyak masa, kemudian puan isteri minta tolong belikan, encik kata, boleh, (tak tanya encik kaunter tu: saya nak beli nombor untuk isteri, macam mana?) belakang (nanti) bila dia mahu daftar bas ekspres dua tingkat dia di jpj, tak diterima, dia kata suruh encik suami buat surat rayuan kat jpj.. jadi lah macam kisah di atas..

penyelesaiannya:

1.buat surat rayuan kepada pengarah jpj negeri sekian-sekian,

2.isi borang yang betul; ada dua helai, satu: borang mohon tukar nama (TN-02), dua: borang mohon beli nombor oleh pihak kedua (Lampiran FII, M.V.10A). ( pastikan borang itu betul dan lengkap, kaunter nombor jpj tu mungkin terlepas tengok, manusia biasa, kannn.. istigfar bebanyak.. )

3.siapa yang boleh buat tukar nama ini ? ialah:

a.ANTARA SUAMI DAN ISTERI, kemukakan sijil nikah

b.ANTARA IBU BAPA DAN ANAK, kemukakan surat kelahiran @ surat beranak !

...ini yang pakcik tak tahu sebelum ini..

bila dah lengkap baru pergi jumpa pegawai besar jpj negeri yang anak duduk, ya.. jangan buat macam pakcik, ya..

sekian, kisah dan tauladan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails