lukisan terkini ku (atas)
yang bergelar 'bumi serambi makkah', hari ini, diziarahi dengan tema "wisata religi" ... 3 hari 2 malam, Sabtu-Isnin, alhamdulillah! catatan ada di akhir gambar-gambar, iya.. sila skrol bawah..
*ini siri gambar hari ke-3...
*nah, ini koleksi gambar hari kedua....
ianya selama 3 hari 2 malam dengan izin Allah..
hari pertama: diisi dengan acara makan malam (rendang itik) untuk bersama menyantuni anak-anak yatim Aceh, selepas isyak hari ini, dengan ucaptama oleh Ustaz Irawan, kini merangkap wakil raayat di DUN Aceh, dan luahrasa 5 anakyatim, di rumah penginapan kami, Rasamala Hotel, sebelum beradu lena kerna kepenatan selepas sejak awal pagi lagi bersiap menuju bandar udara KLiA2, menaiki ERL @putrajaya, langsung chekin bagasi, pesawat terbang jam 1:30 pm ...
...dan mendarat jam 2:45 pm lantas ke masjid raya Al-Makmur (masjid Oman) solat fardu, selepas makan petang ayam tangkaap (ayam goreng bersama dedaun herba) di desa Blang Bintang.. p.s.: boleh juga kalau nak cuba ayam lepaas (lebih pedas) (atau ayam lemaas-lajak manis) dan melewati..
kuburan massal Sirun, pusara besar korban tsunami.. AlFatihah! yang mengandungi lebih 45 ribu korban...
kami hanya singgah d i satu lagi kuburan massal yg lebih kecil bilangan jenazah nya, turun membacakan surah dan melihat sekitarannya dengan hati amat insaf!,
singgah di masjid baiturrahim, yang diangkat sebagai ground zero saat tsunami, belanja pulut durian di warung berdekatan, boleh bungkus lagi.. ada rekan yang beli air alpukat es.. rasa macam jus mangga.. trus lewati pantai ulee lhuee..
akhirnya.. barulah boleh check-in di rumah inap berkenaan tadi. fuhhh!
hari kedua -
-langsung pula ke acara 2, muzium tsunami, sarat dengan info tsunami.. ziarahi lah!
-kami hanya lalu / lewat di sebelah Gunongan, kamar mandi khusus buat putroe phang (puteri pahang), permaisuri raja iskandar muda, yg berasal darpada pahang, akhirnya makan tengahari di rumah makan bakso..
-seterusnya, menjejaki sebuah perahu nelayan yg dihantar tsunami 7 km. ke daratan, di atas rumah para penduduk.. di sebuah desa. Lampulo, bahkan sempat menemukan seorang saksi hidup tsunami, menerangkap kisahnya saat itu, amat tragis dan mengesankan, moralnya, beliau amat gemar bantu orang, Allah selamatkan..
-perjalanan mesti diteruskan, kami ke lokasi baru kapal apung pltd (kapal menjana tenaga untuk rakyat, asalnya terletak di tengah lautan di pantai ulee lhee, ) pula.. sampai di destinasi, solat zuhur dan asar jamak qasar, di masjid kecil Subulussalam, yg direncanakan akan dibina 3 kali ganda lebih besar. hasil dana orang ramai yang singgah sebelum menxiarahi kapal apung !
-acara akhir, menuju daerah Lampuuk, arah pantai Loknga, beberapa km. daripada pantai ke masjid rahmatuLlah (masjid Turki) yang menjadi ikon yg selalu disiar di media saat tsunami, bangunan tunggal yang kekal, disekelilingnya hanya puing kayu rumah yg dilanda air, akhirnya makan malam ikan bakar.. di tepian pantai.. sebelum kembali ke kota, membeli souvenir yang sempat...
*hari ke-3 dan terakhir..
bersiap untuk ke bandara sultan iskandar mu-
da, sarapan dan turunkan bagasi, mencari sacet-sacet kopi yang masih boleh didapati di kedai runcit sekitar hotel, tapi awal pagi, dapat menikmati subuh di masjid Teuku Umar (baitul musyahadah) yang terletak berdekatan, masjid dengan kubah berbentuk songkok / kupiah meukuetop beliau yang amat terkenal masyhur itu,
-usai solat, ada tazkirah diberikan tuan imam juga, alhamdlillah!-berangkatlah kami ke bandara.. selama tinggal Aceh.. \
-antara yang tak dapat berziarah dan berfoto di Gunongan (foto, atas) dan di kubah al-tsunami..mungkin lain kesempatan bisa sampai lagi, insyaAllah..
namun pengajarannya buat kami yang bertamu amat besar, kami menemukan kekentalan jiwa warga Aceh, meneruskan hidup di sana tanpa ingin mencari tempat baru, paling kurang jauh di daratan, tetapi tetap menerima kehidupan di tempat asal mereka dengan pasrah, ridha dan penuh iman...
MasyaAllah !
*keramahan penduduk tempatan, utamanya tanpa perlu dipinta pasti sedia mengkongsi pengalaman saat tsunami..