Sifu Fuad Honda sudi tulis nama.. Thanks |
Sesi 1: 10/12/13 iaitu sesi bertemu para khattat seluruh dunia, sembang-sembang santai sambil berfoto bersama, antaranya selain penulis / pelukis Malaya, seperti Tok Guru Ustaz Yusof (menariknya, Ustaz tanya: enta pelukis kan?.. elok enta masuk pertandingan MPSK13 ni dalam kategori C : kontemporari, sebab kita nak tengok pelukis menggabungkan tulisanjawi dalam lukisannya, sebab kalau kategori khattat itu dah biasa dan ada law sendiri yang dipatuhi, kita nak tengok pula macam mana pelukis menggabungkan dua elemen dalam satu hamparan.. ! aku hanya terdiam, sebabya aku ashabul a'raf dalam dua disiplin ini..., apapun itu semacam lontaran cabaran buat ku melangkah ke bidang berkenaan setelah ianya hanya diberi peluang pada MPSK'88, kini baru jenis kontemporari kembali diberi ruang, syukur, cumanya sekarang kena belajar melukis di kanvas dulu la, dulu-dulu tulis dan lukis atas kertas shj.. ) Abdulghaffur, Ustaz A Baki dll, bertemu dengan penulis handalan daripada Jepun Saudara Fuad Kouichi Honda (sempat meminta beliau menuliskan nama pakcik secara spontan - lihat atas!), Dr Nja Mahdaoui daripada Tunisia, En Mouneer El Shaarani
dari Syria jua Saudari Ola Hegazi daripada Saudi Arabia, Rasha Malek dan Sameh dr Egypt, selain beberapa lagi penulis Iran.. (gambar di bawah)
Sesi 2 : 12/12/13 satu lagi slot insyaAllah akan dibuat pada Khamis, jam 10-1230 pm semoga dapat sertai juga, kali ini sesi syarahan dan demo daripada 2 khattat berkenaan, Ola dan Sameh..(gambar berikut..)
Miss Ola, daripada Saudi melukis kemudian mengikis untuk menimbulkan tulisan..
hasilnya..
Mr Sameh, sudi tuliskan nama ku.. Syukran jazeela..
ini penulis termuda daripada Malaysia, anak Tn Hj Ghafur..
demo..
tulisan spontan Dr Fouad Kouichi Honda, TQ
ini sebahagian karya dipamerkan..
Ustaz M Yusoff, Pengerusi PSKK..
Rasha Kasem banyak menghasilkan tulisan kufi..
tema pameran..
Mr Fuad Honda..
Mr Mouneer, Syria..
Dr Nja Mahdaoui,Tunisia..
dan Dr Heba (pengarah kurator MKIM)
demo format video
buku mengumpul semua karya..
ustaz Khidir, guru kufi ku..
***************puncakgunungjerai************
13/12/13 berjaya ke puncak nya buat kali pertama, dari kaki gunung memarkir kenderaan dan menaiki sebuah van dipandu En Abdul Aziz, seorang penduduk di kampong yang terletak di betis gunung itu, ikut beliau kampong itu saiznya digambarkan jika dibuat kenduri dua ekor lembu la baru cukup! sepanjang 13km ke atas dan turun semula melalui jalan dua hala yang agak sempit, di samping berkongsi dengan kenderaan lain yang masih dibenar naik turun, difahamkan, tahun-tahun mendatang akan dilarang, katanya.. berada di puncak selama hampir 1/2 jam sebelum ke bawah semula, tetapi beliau ajak ke perigi Tok Syeikh dan kawasan padang yang terdapat sebuah mata air besar yang menjadi tumpuan ramai, ambil airnya berskala besar atau sederhana, bahkan saat kami tiba ada 3 orang sedang mandi air perigi di situ.. buat berubat katanya..
perigi tok syeikh
nira nyoq (air tuak di kelantan!) ini gambar-gambar dari atas puncak..
>>> ***kra bi*v1.0**
isnin dan selasa, 16-17 disember telah mendapat izin Allah menjejak kaki ke tanah gajah putih?, (untuk gambar.. akan menyusul di posting berikut...)
(hari 1) ianya ialah perjalanan daripada bukit kayu hitam, menaiki sebuah van pelancongan yang disewa khas selama 2 hari, bergerak daripada pondok Sg Korok, seawal 645 pagi dan tiba di situ jam 815 untuk urusan masuk ke pekan Dannok melepasi imiggresen, 845 baru selesai lalu mula menelusuri bahagian selatan ke utara, singgah lebih sejam di sebuah stesyen minyak ala RnR yang banyak sediakan rumah makan, makan lah sarapan tengahari nasi masak asam ikan, dengan harga 450 baht, apabila van siap servis penghawa dinginnya, meluncurlah kami menuju `destinasi melalui jalanraya lebih 360km tanpa bertemu walau sebuah rumah tol, ini mungkin petanda kemunduran kawasan berkenaan, kami melalui kawasan Phattalung sebelum sampai kira-kira jam 345 petang waktu tempatan,
..pusing mencari rumah inap akhirnya jumpa sebuah kawasan yang masih hampir dengan pantai Noppharat Thara, dengan berjalan kaki 500 meter sahaja, diberi nama Cashew Nut Bungalows, sebuah bilik dengan 3 katil kelamin berhawa dingin ada TV lagi disewakan semalaman 1800 baht, khusus buat ahli wanita dan kanak-kanak manakala 3 banglo lagi berharga 600 baht untuk kaum lelaki.. okay lah buat kami, berehat seketika, sebelum berjalan ramai-ramai mengunjung pantai, sebelum pulang untuk makan malam jam 630 petang di kafe banglo itu, dicas 920 baht pula, sebelah malam jam 830 bergerak dengan van sewa kami untuk melihat pekan pada waktu malam, beli belah dan menengok orang, yang rata-rata ialah orang putih.. sebelum balik ke banglo jam 945 malam untuk tidur lena,
(hari 2) ..bangkit esoknya dengan laungan azan Subuh daripada masjid berhampiran ! merdu suara imamnya.. kami menaiki van kami menuju kawasan sekitar masjid itu untuk sarapan, nasi berlauk dan kueh mueh agak serasi selera kita, beli pula 10 kg beras siam berharga 450 baht. seterusnya kembali ke banglo untuk agenda utama melawat 4 pulau dengan perahu sewa khas berharga 3200 baht seawal 930 pagi sebuah pikap ubahsuai menjadi tuk-tuk besar menjemput menuju jeti, terus menunggu siap sedia sebauh perahu memuat semua kami seramai 14 orang bergerak meninggalkan daratan ke pulau pertama berhenti dan mandi, belum nampak ikan besar hanya anak-anaknya sebesar anak ikan bilis, seketika naik perahu ke pulau ke dua, pulau ayam namanya, nampak dari jauh macam seekor ayam, tapi kami nampak macam burung unta! di sana perahu berhenti di tepi pulau tanpa pantau, rupa-rupanya di situ banyak ikan besartapak tangan yang menanti kita memberinya roti untuk dimakan, apa lagi jangan lepas peluang, pakai pelampong, turunnn! sesi berenang / mengapung diri sambil beri ikan makan...
puas di situ kami menuju pulau ke 3 menikmati seketul jagung rebus berharga 60 baht dan sebiji kelapa muda juga sama harganya.. mandi seketika lalu bergerak ke pulau terakhir, nampak dari kejauhan ianya bersambung antata 2 pulau dengan pasir halus yang boleh diseberangi, kaum wanita dan Dato' Mat dah berniat nak turun mandi di situ, bila tiba, ada seorang cakap sesuatu, rupa-rupanya kalau nak mandi di situ bayarannya 100 baht setiap individu! la... tapi abang driver perahu tu faham dan sporting, takpa katanya, kita pergi ke pulau yang pertama tadi mandi di sana, syukur dia memahami! kalau tak alamat kempunan la.. di sana pun rupanya banyak ikan besar datang, nak makan roti, terubat la hati semua! akhirnya pulang ke rumah inap jam 2 30 petang.. bersihkan diri, solat jamak dan nak bergerak balik, cadang makan di sekitar masjid macam pagi tadi, tapi driver van kata kita makan di Trang! 139km ke selatan pekan itu! tiba pun dah jam 645 di sana, makan, pi toilet terus gerak balik, untuk kejar masa, jangan lebih jam 12 malam di sempadan Malaysia kerana pejabat sempadan tutup rehat hingga jam 6 pagi, alamat kena sewa hotel pula.. hujan turun juga, tapi sukur tiba jam 11 di imigresen Siam, tapi satu kisah teladan buat kami, kad ketibaan dan pelepasan yang diisi awal pagi semalam yang sepatutnya dibiar dalam pasport kami, ada cik adik yang terbuangkannya! kena pergi ofis boss untuk minta lepaskan kami, nasib baik pegawai besar dalam tu boleh cakap Malay, lepas lah, akhirnya selamat melepasi sempadan jam 1120 malam.. syoknya, tidur di rumah pondok..
sila ke posting ini http://yahyalkhatib.blogspot.com/2013/12/demoj1m.html untuk koleksi gambar !
No comments:
Post a Comment