Saturday, October 12, 2013

batikhat

gambar atas, kiri: bersama khattat terbilang, Us Fadil Sulaiman, manakala bawah: bersama semua peserta bengkel batikufi pada hari berkenaan di Kompleks Kraf, KL. syukur dan terimakasih atas anjuran dan peluang ini. antara ilmu disampaikan ialah asal ungkapan batik bererti ba=tulisan dan tik=titik, manakala tuan khattat sudi berdiskusi dan beri semangat serta galakan untuk mengarusperdanakan khat kufi fatimi ! terimakasih Tuan !





















***tanjungtuan@cape rachado, malacca***
baru saja pulang dari sana, pagi ini, 20/10/2013.. di rumahperanginan Ilham PNB, sebenarnya ia terletak dalam negeri Melaka tetapi melintasi Port Dickson baru boleh sampai ke tempat ini, satu-satunya tanahdaratan Melaka di dalam Negeri Sembilan ! saksikan gambarsatelit dan gambar rumah api daripada sebuah blog, serta gambar sempadan.. terimakasih!

Saturday, October 05, 2013

PameranSeni Solo Kali Pertama 2013

Walau agak terlambat untuk update, syukur diucapkan kepada Allah, berjaya dalam usaha penampilan pertama di bidang pameran solo /solo art exhibition bertemakan 'ekspresi cinta jawi' di Ruanglegar, Balai Berita, NSTP, Jalan Riong, Bangsar.. selama sebulan penuh! mulai Selasa, 1hb 10 lepas sehingga Khamis, 31/10/2013 insyaAllah semoga dengan doa dan sokongan semua ianya berjaya membuka lembaran baru dalam karier yang diceburi.. 


(inilah suratjemputan oleh CEO NSTP buat semua penjenguk! )

(manakala inilah salinan iklan di akhbar HarianMetro bertarikh 1Oktober2013, juga di akhbar Berita Harian hari yang sama ! alhamdliLlah ..)

dengan ini dijemput semua penjenguk / penziarah blog ini mengunjungi pameran berkenaan bila berkelapangan dan menukilkan sebanyak mungkin pesanan, nasihat dan cadangan untuk menambah baik persembahan saya di masa akan datang, didahului jutaan terimakasih !


























LinkWithin

Related Posts with Thumbnails