كل عام وانتم بخير! diucapkan sempena bermulanya tahun baru 1435 hijrah, hari ini tanggal 1Muharram, semoga ianya lebih baik daripada tahun lalu.. terutama kepada masa depan Jawi apatah lagi untuk igama Islam tercinta dan ummah ini yang sedang menderita penyakit sekularisme yang parah tahap 4.. namun, kerana nabi Muhammad SAW adalah penutup segala nabi, harapan kita ialah muncul seorang pimpinan global yang merawat mereka
*** 4hari sebelum ini***
dengan izin Allah dan rahmat-Nya selesai sudah eksplorasijawi ke tanah tinggi Cameron, kebetulan pendedahan Kosmo online selama 3 hari berturutan ialah tentang penyakit kronik yang menimpa kawasan itu, dirumuskan sebagai 'tidak dapat diselamatkan lagi'.. hanya menanti keajaiban berlaku atau sedia untuk kiamatnya..
melewati exit Tapah daripada lebuhraya PLUS, menyusuri lebih 200 selekoh melalui (destinasi 1) air terjun Lata Iskandar sebelum tiba di Pekan Ringlet, yang lebih seminggu lepas dikejutkan dengan banjir lumpur kilat akibat pelepasan air dari empangan.. Bertam. lintasi Tanah Rata, diikuti pekan Berinchang, dan akhirnya di Kea Farm yang terletak di situ tempat berteduh dari sejuk hujan dan panas tengahari.. chek in dan rehat sebentar, sambung ke destinasi 2: pasar malam Brinchang, sementara esoknya, terus seawal 830 pagi menuju destinasi 3: Cameron Valley Bharat Tea, ladang dan ruman minum yang mempunyai pemandangan indah kebun teh sambil menghirup teh panas, di bawah kelihatan air terjun yang menarik kami untuk menghampirinya sekadar berfoto dan menikmati suasana desa ! mudik semula ke atas singgah di destinasi 4: kebun mardi agro farm dengan tiket masuk berharga RM3 untuk dewasa, banyak produk pertanian boleh dilawati seperti kebun strawberi, anggur, epal, sayuran dan herba, kebun teh dan kilangnya serta lain-lain.. singgahan seterusnya di destinasi 4: cactus point dan akhirnya rehat! hari 3 selepas chek out awal pagi terus membeli ringkas sayuran dan buahan di pasar berhampran, keadaan trafik semakin sesak, maklum hari Ahad.. mampir di destinasi 5: kebun rose bertiket harga RM4 per seorang.. di Tringkap agak teruja kerana ada sebuah kedai makan dengan menu roti canai terdapat di jalan ke kg Raja, terus berhenti dan oda saja.. usai kami bergerak ke Simpang Pulai, untuk ke Utara.. (berikut gambar d Kuala Perlis..)
**sempat ke kuala perlis, selain ziarah keluarga, turut menunai iktikaf sesaat dua di masjid Al-Hussein, atau masjid terapung !
***5November2013 bersamaan 1 Muharram, manakala sejak 1-10 Nov. di Putrajaya, dilangsungkan Festival Antarabangsa Seni dan Budaya Islam Putrajaya iaitu PIIACuF dengan pelbagai acara bersar seperti pameran, tayangan filem, ditutup dengan konsert khas dibarisi artis antarabangsa seperti Maher Zein dan Opick serta artis ternama Malaysia M Nasir dan Ramli Sarip.. (Dato;)
***Cuti Jumaat di Johor*** DYMM Tuanku Sultan Johor dengan rasminya mengumumkan baru-baru ini sempena Hari Keputeraan Baginda, November 2013, bahawa negeri Johor akan kembali bercuti mingguan pada hari Jumaat mulai 2o14 iaitu selepas 20 tahun mencuba bercuti Sabtu-Ahad sejak 1994 sedangkan sebelumnya adalah cuti mingguannya pada hari Jumaat jua adanya, satu berita gembira buat umat Islam secara umumnya, dan diharapkan pelantikan Ustaz tersohor, Al-Fadhil Kazim Elias sebagai ahli MT UMNO sesi 2013/14 akan ditandai dengan cadangan beliau agar UMNO Kebangsaan akan mengumumkan pula bahawa 1Malaysia akan turut mengikut jejak JDT bercuti mingguan pada Jumaat, harapan besar daripada penyokong setia beliau! dan tahniah WP bakal bercuti Nuzululquran mulai tahun 2014 insyaAllah, menyertai warga Selangor untuk memenuhkan masjid dengan bacaan Al-Quran dan agenda wajib raayat Selangor sebelum ini ialah turut memeriahkan WPKL dengan pesta belibelah mega...
LUKISAN/drawing, & writing/TULISAN.JAWI (Jawi 1Malaysia): EKSPRESI CINTA, gabungan..(1)aktvt. buat garis2, sambung2garis, lukis2an & tulisan jawi, guna pensel & pembaris.. untuk lihat koleksi! klik galeri di http://jawi1malaysia.blogspot.com (galeri J1M:Jawi 1Malaysia) (2)rangkuman catatan tentang khART/ seni-khat, arabic calligraphy/ kaligrafi, & seumpama; (3)peristiwa2 bersejarah, diari eksplorasijawi, dari koi, orang kampong chendera-chinchin, ke serate dunie, xsangke weh..
No comments:
Post a Comment