********isu-ke-2********
*seminggu dua ni isu (rasanya sejak 20hb7) hebohdankecoh pasal 4orang perempuan / gadis Islam yang dikurnia Allah sedikit nikmat cantik, [mereka adalah Wafa Johanna De Corte (19 tahun), Sara Amelia Bernard (20 tahun), Khatrina Rizuan (23 tahun) dan Miera Sheikh (19 tahun)] yang menyesali nasib diri dan merasa mengkelan sekali kerana digugur dari sertai pertandingan ratu cantik edisi Miss Malaysia World 2013 Finalist kerana penganjurnya terpaksa mentaati nasihat Tuan Mufti WP Kuala Lumpur yang mengingatkannya semula [Dato' Wan Zahidi memetik semula fatwa berhubung perkara itu telah diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang tidak membenarkan peserta beragama Islam memasuki pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu adalah haram dan berdosa...]
**namun (walau mungkin kita kata, atas dasar irihati) 2 daripada mereka turut mempersoal:
“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.
“Kalalu mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya....hmm, ianya agak menarik untuk diperbahaskan juga, ya tuan Mufti.. atau bolehkah, frasa dalam Akta berkenaan diperluaskan meliputi bidang berkenaan? tetapi apa-apapun mesti diperhalusi dahulu dalam satu sidang khas JK fatwa kebangsaan, boleh?, kan..
***juga menarik cadangan mantan tim.menteri di JPM, yang mencadang diadakan pertandingan Ratu Cantik Islam, di mana mungkin OIC boleh buat penelitian jika dikemukakan kertascadangan berkenaan, kriterianya mungkin ratu cantik wajah, cantik sahsiah, cantik ilmu, idea dan pemikirannya, boleh juga cara penampilannya yang bersopan, macam orang Melayu, lalu depan orangtua kena hulur tangan minta lalu, sambil tunduk sedikit, kan ke nampak bersopan je...
****amat teruja dengan Presiden ABIM yang mempelawa mereka ber-4 menyertai NGO berkenaan jika benar mereka ingin berbakti dan beramal, tanpa menggadaikan prinsip aurat Islam, dalam program terkini mereka..
*****desas desus bertiup dikatakan satu tahap kununnya ada tertulis di bebarapa web tentang (benarkah?) ada semacam pujukan rakan salahseorang mereka ber-4 ini supaya melakukan seumpama riddah semata-mata untuk menyertai semula pertandingan berkenaan.. Na'uzubiLlah min zaalik!!, saya percaya mereka ber-4 ini masih solid dengan Islam, takkan sanggup menggadai akidah semata-mata mahu sertai juga pertandingan ratu cantik itu, yang mungkin ada roh antarabangsanya.. saya yakin mereka ini akan bermuhasabahdiri selepas dinasihati pegawai JAWI yang difahamkan telahpun memanggil mereka untuk soalsiasat bagi satu kertas cadangan tindakan susulan ekoran tekad mereka ber-4 utk. masih sertai pertandingan itu, sebagaimana dinyatakan melalui dada-dada akhbar elektronik, khasnya.. namun, jika mereka berasa masih nekad saya cadangkan mereka menyertai pertandingan ratu cantik baju kurung atau baju kebaya, atau TV Alhijrah boleh ambil inisiatif menawarkan mereka menjadi pengacara apa-apa rancangan baru yang berbentuk lebihsopan, di mana mereka mahu untuk dikenali di persada antarabangsa..
Terbaharu, (menurut mstar online), mereka telah memohon maaf, di sini. Elok lah..
RUMUSAN: mari cadangkan alternatif yang lebihpraktikal dan sihat buat adik-adik & anak-anak kita ini yang masih mencari-cari jalan lurus
, agak tidakterpailing terus daripada landasan yang baik..
No comments:
Post a Comment