Thursday, July 04, 2013

malammasihpanjang; @terminal1..

(asal lukisan sebelum editan (unplugged) untuk baju-T sebagai uniform rasmi sesi demo hari ini !)
walaupun diungkapkan sebelum ini, " malamtakselamanya " namun kita tidakkan dapat mendahului jadual Allah, oleh itu, layaklah dikatakan sebenarnya 'malammasihpanjang' contohnya hari ini, peristiwa hitam, kelabu dan jerebu serta gerhana yang berlaku di bumi Mesir, [black307]@'407 hitam' meski amat memedihkan jiwa dan ruh yang ingin baik, namun ungkapan para masyayih sedikit sebanyak mengubathati.. dan peristiwa ini juga mengundang lontaran persoalan, tentang demokrasi.. apapun, sebarang usaha untuk memartabat ajaran agama suci ini, sepanjangzaman memang menghadapi rintangan sepahit yang dialami sahabat2 di sana, semoga Allah berikan kita keteguhan prinsip menghadapi penyakit kronik yang disebarkan melalui virus bernama sekularisme yang dicipta di Eropah, penyakit ini telah membarah berpuluhtahun, apabila seorang doktor yang pakar ingin mengubatinya, halangan ini telah menggagalkan lagi proses perubatan yang diharapkan, semoga satu hari nanti akan diizin Allah proses yang lebih berkesan, bolehlah disimpulkan fajar Islam di bumi Kinanah itu setahun lepas hanyalah layak? dipanggil fajar kazib (فجر كاذب) sebelum fajar sadiq yang terlalu amathampir insyaAllah bakal menyusul taklama lagi... nantikanlah dan "jadilah kami sebahagian daripada pendokongnya ya Allah" bukan sekadar penonton apatahlagi penentang, na'uzubiLlah!..

***
14ogos2013, dunia dikejutkan dengan edisi pembunuhan terkejam dalam sejarah kemanusiaan oleh manusia berhati binatang, yang sudah keras dan tidak boleh ditembusi walau sebesar zarah rasa belaskasihan sesama insan..@ra814h.. pray!

****utama!****
*beberapa jam sebelum pecahberita* diizin Allah buat kali pertama, memberi satu mini demo tentang Jawi1Malaysia di terminal one, seremban, atas undangan PPANS, terimakasih banyak atas kesudian menjemput pakcik, jasamu dikenang, semoga tali persahabatan ini berterusan, berpanjangan dan berkesinambungan untuk episod seterusnya, dengan rahmat Allah.. beberapa kekurangan diperlukan penambahbaikan, antaranya mempertingkatkan komunikasi dengan melebihkan ringan di mulut untuk FAQ.. semoga Allah memaafkan ku.. terimakasih En Rizwan, En Saiful, dan lain-lain kerana sudi menerima ku.. jasa kalian dikenang selalu..
bersama Tn Mohd Jaini Mohd, Bos SinergiIlmu..

secara amnya, stail yang digunapakai hari itu amat membantu di mana pengacara menjemput dan memperkenalkan artis dengan mengemuka juga beberapa soalan ala wawancara memudahkan penyampaian maklumat secara ringkas dan menjurus kepada isu yang ingin diketengahkan penganjur, termasuk soalan penonton..
thanks !

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails