Thursday, December 08, 2011

Beijing?Ya,betul-betul-Beijing! سونجخلا

Berikut ConToh-ConToh DesigName 2012 TerSedia.. 
( or just click @ Galeri(Maya)Khas )


keterangan gambar: i.luvmasjidilharam, ii.(kiri) @belon udara panas, iii.(kanan) gazebo bertulisanjawi huruf 'ya-ha-ya-alif'. iv.tulisan&foto..

***2012***
"pada selasa, 13hb3tahun2012 lalu Allah mengizin kami menziaRahi masjid utama daerah سونجخلا di negara تايلاند.. dalam siri eksplorasijawi & senikhat, untuk menunaikan solatjamak dan qasar, sementara menerus perjalanan darat sejauh 87.7 Kilometer, memandu sendiri, alhamdliLlah!.. ke pantai SaMiLa di timur, selepas melintasi border di padangbesar, perlis, keliling pekan hat yai, sebelum pulang menuju pula ke Pulau Yo (ko' yo) mencari makanan laut kering.. sebelum baliksemula ke tanahair melalui bukitkayu hitam.." 

******
dan taklupa, mengira hari untuk menuju jubli perak, 25tahun melukis dengan pensel dibantu pembaris dan peMadam.. tahun hadapan, 2013 insyaAllah

***isu*utama***


di antara tulisan khat di mehrab MasjidNiujie, Beijing, China
AlhamdliLLah,dengan izin-Nya jua dapat ku kembali dari eksplorasi seni tulisanjawi & khatkaligrafi ke Beijing (termasuk kaligrafi China) [ada yang tanya, kenapa dengan tajuk ni? naktau, sila klik tajuk berkenaan, terdahulu di SINI] kembali pulang pada petang ini selepas tujuh hari di sana, hasrat utama ialah 2 kesan bersejarah ulung iaitu semesti Great Wall/ Long Wall/ Tembok Besar China/السور العظيم, ***** & menziarahi Masjid Terawal di Beijing, Masjid Niujie, الجامع نيوجيه yang selalu diuar2kan..



اليوم الأول dengan merentas jarak perjalanan udara sejauh 2544km/1581mls KUL-HKG, diikuti baki 1992km pula dari HKG-PEK berlepas ke udara via Cathay Pacific jam 2:32 ptg (diminta berada di KLiA seawal jam 1030am) dan sampai jam 5:57 petang di HKiA, terus bercepat-cepat untuk tukar flite DragonAir jadualnya jam 7petang tetapi setiba di ruang chekin, dikhabarkan delay sehingga jam 8:05pm, yangbagusnya, terus diberikan wakil syarikatpenerbangan setiap kami baucer makanan bernilai HKD75.00 guna belanja di mana-mana restoran di airport! Bagus maa! cuma, bagi kita umat Islam, perlu pastikan menu halal, makanya tidak diketemu kecuali terdengar khabar selepas hampir berlepas bahawa di sana ada satu restoran halal, pastinya.. sudah terlambat! daftarmasuk ke pesawat bermula jam 8:15pm dan akhirnya berlepas jam 9 pm; sampai jam 11:59pm di BCiA. Makanan, ditempah khas untuk Muslimin oleh penganjur lawatan, Andalusia, cuma sewaktu pesawat pertama agak kabur informasinya, maka timbul persoalan tanpa jawapan, hanya dengar khabar jauh katanya hidangan buat kami, halal, manakala untuk pesawat kedua agak sistematik, ada pelekatkhas "MO" buat kami.. AlhamduliLLah!
Tiba di hotel, (jam 2:30 pagi !) selepas disambut wakil syarikat kongsinya di sana, HalalTours! ialah En 'Hasan', nama panggilan hanya untuk mudah dipanggil orang Islam? itulah budaya pelancongan di sana, tanpa mengira agamanya, & tidak aneh, kalau dia bisa berbahasa Indonesia, dengan kebolehan humornya juga, memudahkan sesi penerangan dan komunikasi.
Hotel telah usai menetapkan bilik buat kami, sesampai, terus menerima kunci, ke tingkat 2 bangunan, yang ternyata tingkatnya sangat luas. Dalam bilik agak selesa sebagaimana dipinta, jua tertemukan satu tanda bertulis 'WEST' lantas ditanyakan, jawabnya itulah arah ke kiblat muslimin..OH! ... Jadi Selesai lah hari pertama kami.

Hari 2 (السبت الثالث من ديسمبر):
di dalam masjid Niujie..,perhatikan permaidani bertulisan khat juga !
Delapan pagi, dari lobi menaiki bas ke restoran Islami, yang ditetapkan, Rest. Mahua, beberapa km. berdekatan, hidangannya.. nasi goreng bertelur, telurgoreng, roti beserta jem, roti ala lempeng siap dikerat kecil, airpanas dan air neskafe tawar! terima dengan pasrah, Bismillah!
Destinasi 1:  medan TianAnMen dan Forbidden City (di saat suhu luaran dianggarkan pada 0 darjah C himgga -1 darjah C, khabarnya  awal pagi hari tadi dahpun turun salji, sederhana tebalnya, yang boleh kami saksikan sendiri di beberapa tempat seperti atasbumbung kereta, di kawasan taman berbukit, dan di Medan ini) sekaligus, berjalan kaki memasukinya, bergambar kumpulan dan diberi penerangan ringkas, .. Usai di situ, trus ke المطعم الإسلامي restoran redroses, makanan khusus buat kami.. nasi, telurgoreng, gorengkentang, ikan goreng berlada, tauhu.. makan saja. selesai, ke masjid pula, solat zuhur-asar secara jamakqasar, diikuti lawatan (destinasi 2) ke pusat kesihatan herba China, acaranya rendam kaki dalam airpanas berherba, kemudian footmassage, sambil promosi ubatan sesuai untuk kesihatan, jika berkenan.. terus pula ke (destinasi 3) kilang produk sutera, bermula penerangan ringkas oleh amoi tentang proses pengeluaran sutera & barangan yang dijual, terus pergi ke (acara 4) pertunjukan akrobatik China dengan 8 agenda termasuk yang paling gayat untuk dilihat, motorsikal yang ditunggang mengelilingi di dalam bebola  besar, mula-mula masuk 1, ok la, lepas tu satu lagi, takut rasanya kalau berlanggar .. tapi tak pun.. masuk ke tiga, ke empat dan akhirnya ke lima.. dikatakan wakil sykt. wisata, sebelum ini hanya 2 motorsikal, kemudiannya hanya 3 tetapi acara terkini malam ini adalah yang paling mengejut & terkejut, boleh masuk 5 sekaligus~! akhirnya makan malam pulak, makanannya ok aja sedap dan balik tidur!~

hari 3

acara utama yang paling grand ialah pasti Great Wall, tapi sebelum itu, singgah di kilang, bilikpameran jade dulu, selepas makan sarapan biasa, diikuti pergi makan tengahari, tapi sebelumnya kena lalu di kedai/ pameran cloissonne produk sebangsa seramik juga; usai makan, solat zuhur&asar secara jamakqasar, lantas segera untuk acara utama, mendaki tangga Great Wall di bahagian Ba Da Ling, saat itu sudah jam 3:35 petang, sudah hampir maghrib, maka masa diberi hanya hingga jam 4:30 makanya hanya dapat mencapai dakian tangga ke satu 'cekpoin sahaja, bimbang melebihi masa jika cuba mendaki ke cekpoin ke 2 atau ke tiga.,. yang terutama ialah fotonya menyaksikan telah berjaya menjejaki TembokBesar, itu sudah memadai sebagai syahadah/ sijil/ medal untuk diterima! dari situ malam pun mendatangi, singgah di toko ubat herba lagi, kali ini siap ada pendemo menyentuh besi panas membara, disapu gel ajaib lalu sirna kesan lepuhan dalam kuranglebih 10minit, penutupnya: makan malam di restoran, hidangannya, iya pasti ada telorgoreng.. makan sahaja! lalu tidur.. zzzZZZ

hari ke 4

(acara khusus di seminar) kecuali makan tengahari, kami d hotel dapat dijemput sama, makan lalu di hantar turun dekat dengan hotel, sempat jua singgah di sebuah pasaraya, Lotte Mart untuk sedikit acara belibelah keperluan umpama baju, buahbuahan, mainan anak, & kembali ke hotel, istirahat di bilik, untuk acara esoknya.

Hari 5

se awal jam 7:15 pagi menunggu di lobi, di luar nampaknya ada titis halus, salji sedang turun lagi, walau agak tipis, pasti menceriakan semua, lalu 'bisa' bergambarfoto lagi, sebelum terus makan pagi, ke Universiti, acara penutup seminar Bahasa Arab, sehingga selesai jam 2:30pm, ke restoran utk makan tghari, & untuk solat jamakqasar lantas ke .. (yang ditunggu sejak awal) MaSJiD NiuJie yang diingini sangat ziarahnya, sebuah kompleks besar lengkap dgn sarana utama berunsur senibina asal China.. dapatlah kami berjamaah jamakqasar di dalamnya, sambil niat iktikaf walau beberapa minit.. masjid lengkap dengan kemudahan pemanas air & udara, kerusi & meja buat warga tua yang kesulitan solat normal, sehingga boleh bersujud!... berfoto lalu segera ke bas, untuk acara berikut, di mana, sedang hari menghampiri Maghrib, semakin sudah jam 4 rupanya.. kita ke Summer Palace/ القصر الصيفي kami perlu segera sebelum jam 5 nanti ditutup pintu untuk jualan tiket, maka sempatlah walau beberapa minit sebelum tutuppintu jualan tiket, saksikan tasik buatan & selepas digali tanahnya dibinakan sebuahbukit buatan pula untuk bina istananya.. & beberapa pulau dihubung dengan sebuah jambatan ber17 laluan terowong airnya, dikatakan dalam tasik dipelihara tiram mutiara kesukaan raja permaisuri, yang kemudian diusahakan secara komersil. kebetulan airtasik semakin membeku, jika lebih lambat (seminggu dua lagi) pasti pelawat dapat berjalan atas airbeku itu.. seterus nya kami ke bandaraya sempatlah lalui satu pemandangan, nampak sarangburungbesar, (itulah: stadium olimpik 2008) pada waktu malam, sebelum pergi MAKAN!

hari 6

hari sebelum akhir, mesti acara shopin' besar2an, tapi acara mesti, singgah sarapan, kemudian hampiri sarangburungbesar/ birdsnest (stadium olimpik2008), tapi sebelumnya singgahdulu di kilang/ pameran jewellery, di mana seorang pegawai pemasarannya, ialah En Patrick Tam, seorang China KL boleh berBM agak OK, sempat hadiahi semua 1 jade umpama donat.. baru lah dari situ berfoto2 di luar stadium, tapi sempat lagi ramai rakan2 borong helikopter berkawalanjauh berharga Y100 sampai kehabisan stok, anggarannya lebih 10-15 unit bertukartangan! udah berfoto dari kejauhan saja, nak pergi makan tengahari, tapi sempat lagi singgah di kedai/ kilang mutiara, dimulai demo seekor tiram airtawar dibuka, keluarlah lebih 20 biji mutiara airtawar, bentuknya lonjong.. baru lah kemudian pi makan.. & untuk solat, pergi ke kompleks Masjid Nan Do Ya pula, agak besar & kemudahan amat membanggakan, tandas berpili airsuam, airwuduk pun sama suam, ada disedia selipar, kain handuk utk lap tangan & kaki berasingan.. ada juga kedai mini  jual biskut, kupiah, dll cenderamata & hati, & acara akhir  : dibenarkan 4 jam berikut SHOPIN' sampai taklarat poket.. ditutupi dengan makan malam , tapi esok.. jam 4 pagi perlu bangkit, jam 5 pagi udah mau pergi lapanganterbang, masa untuk balik ke Kuala..(KUL).

Day 7

menaiki pesawat Dragon Air, ke Hong Kong, tukar pesawat (sejam kemudian), ke Cathay Pacific pula, untuk ke KLiA..

(Untuk koleksi penuh gambar-gambar di sana, silalah klik ke laman 'mukabuku' ku! )






















































































selesai ! sementara ini pula di Pantai Samila, Song Khla..








bersambung........ di

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails