Sunday, February 07, 2016

terbalik..

*****
ini zaman, majoriti orang suka kan benda yang terbalik.. dulu, dipelopori di sabah, kini hampir di
semua negeri ada galeri terbalik nya sendiri..

*di port dicksons, dengan bayaran sekeping wang berwarna peach @oren muda, pemilik galeri itu kini boleh menggaji para pembantu.. kenapa ? kerana trend yang melanda..

*para da'ie melihat ini (fenomena terbalik) suatu yang udah diterima majoriti, samada anda rela atau terpaksa..

*begini, satu februari, adalah sambutan hari wilayah saban tahun.. yang amat disanjung pada majoriti orang kay-el ialah sifat sabar pada tahap maksimum mereka (saat memandu), terutama semasa setiap kali pergi dan balik kerja..
pakcik, yang akan sambut ulangtahun pertama untuk belajar menjadi orang KL yang penyabar.. memandu kereta, pergi kerja, sabar dengan kesesakan, dan sabar juga dengan para pencari @ perompak ruang di setiap simpang..

kita boleh buat apa? "sabar, itulah yang terbaik", bak kata grup nasyid Brothers dalam album terbaru nya..

jem semasa perayaan.. apa punca nya.. sikap terbalik pemandu yang potong Q sebelah kiri, jem di plaza tol.. siapa yang buat.. si terbalik yg merampas ruang di kanan.. secara paksa, dan kita ? sabar, sabar, dan sabar,

terbalik, menjadi amalan segelintir manusia, akhir zaman ini..

Monday, October 26, 2015

mengail4jawi

rasanya dah hampir 2 tahun tak pergi mengail atau memancing, (fishing) di daratan, berumpankan 'tulis namamu jawi', pakcik ni kan part-timer.. busy sesangat sejak dua menjak ni..

*iklan,mula*
-oda ? whatsapp je ke 019 35 805 62-
*iklan,tamat*

berkenalan dengan tn hj bukhari, syabab bookstore, dah hampir dua tahun atau lebih, namun hanya baru-baru ini sempat menghubungi beliau bila terbaca ada karnival di kompleks pkns bangi mulai 21/10-8/11, jadi kas hubungi dia kata nok minta menyelit barang sekaki dua nok letak meja lipat dengan kerusi kas te, tetiba dia kata, OK ! terima kasih banyak la kas kata..

sabtu, 24/10, jam 2:30 pm pun kas men 'setup' la tempat yang ditetapkan.. di hadapan pintu utama, sebelah sound box Tuan DJ, pergh, mantap ..

adik kakak, pakcik makcik anak-anak dan cucu-cucu yang lalu, bacakan tajuk yang pakcik letak atas meja, dengar diorang baca pun dah rasa seronok, apatah lagi yang tanya, renung-renung, atau yang jeling jauh-jauh pun tak apa, melirik kata orang.. asalkan dapat tengok amende nye yang kas tulis te..

macam biasa, anak-anak dan cucu-cucu saudara pakcik merupakan peminat utama jawi, mereka ni lah yang Like! pakcik 200% kalau dah ayahnya rapat kat meja kas, tanya anak-anak 'nak tak' semuanya jawab 'nak5' ha.. kalau takpun anak-anak akan panggil ayah nak minta oda.. ada satu dua situasi je, yang parents buat-buat sibuk berbual ngan kawan tak nak sahut panggilan jawi.. oleh anak nya.. atau anak nak oda, cepat-cepat ayah tarik anak hala ke lain.. lhaaa.. gitu pun ada.. cabaran.. ada juga ayah yang kata ke anak dia 'kena bayar, nak!'

ahad, 25/10 seawal 10:30 am sambung ngail hari kedua..

petangnya penganjur adakan pertandingan menulis jawi 'basmalah' untuk anak-anak, ramai juga yang turut serta, kas pula dipanggil si DJ untuk hakimkan dan naik pentas utama bagi hadiah ke pemenang.. super spontan betul.. apa pun memang menarik juga kali ni..

in sya Allah minggu depan, 31/10-1/11 akan kas usahakan mengail lagi untuk hari ke 3 dan ke 4.. moga banyak lah 'anak-anak ikan guppy' yang akan menjamah umpan jawi kas ni..

minggu lagi satu pula ialah minggu penutupnya, kalau Allah izin, kas nak berada di sini lagi, iaitu 7&8/11.. apa lagi warga bangi, jom serbu..meja kas sampai nok terbalikkk..

***refleksi:  ini lah cara ku menghayati satu pelajaran di sekolah kehidupan.. mennghayati para pengail / pemancing rezeki melalui perniagaan.. syukur lah..

Tuesday, July 21, 2015

puasa4ibubapa

^ *****
{...قولا كريما# kata-kata yang mulia}

:( saya menjadi yatim piatu pada usia 12 dan 15 tahun lagi, tiada ibu, kemudian ayah.. tempat bermanja... allahyarhamhuma!

*Allah meletakkan ihsanul-walidain / birr alwalidyn @ buatbaik kepada ibubapa) pada kedudukan kedua selepas iman & ibadah kepada-Nya, tinggi darjatnya tu..

tapi, pastinya ujian yang mengelilinginya mestilah maha dahsyat.. beruntunglah abang, adik dan kakak yang berjaya dalam ujian ini, ganjarannya: redha Allah yang destinasinya, pasti bukan ke neraka!

banyak situasi, anak-anak diuji dengan ibubapa yang pelbagai sifatnya, bererti bukan yang manis pengalamannya, ya, ujian lah tu nama nya..

**poin nya..
ibubapa bukan musuh atau lawan kita.. bak kata Awie, dalam 'Tragedi Oktober'.. nya:

"tidaksengaja aku, mengasari (derhakai) diri mu, bagiku kau (ibu ayah) bukanlah... lawanku..
tidak mahu ku ingat lagi, apa yang telah terjadi, tragedi..."

kalau nak rasa lebih selesa, andaikan ibubapa bak anak-anak kecil kita, semua sayang kannn, walau buat salah, silap.. gitu lah

ibubapa sepatutnya, adalah aset kita ke syurga, yang dikatakan orang terletak di bawah telapak kakinya..
mungkin sikap, kata-kata nya memedihkan, tetapi mari belajarlah berpuasa sebagaimana puasa saidatina Maryam, melalui ayat, surah..

{اني نذرت للرحمن صوما فلن أكلم اليوم إنسياْ}

***
kita memang boleh menang semua perlawanan ayat kata-kata dengan ibubapa (tempat kas disebut: bertaki !) tetapi,
itu, jika kita tak ingat misi besar kita di sana, d akhirat, nak dapat redha Allah, lalu selamat daripada dimasukkan ke dalam neraka..

namun ingat satu ni, kita dah tak mahu lagi sikap lama, dah mahu hijrah..
masa semakin berkurang saat demi saat, kita semakin hampiri alam sana, sedang mereka lebih-lebih lagi, hanya beberapa hari saja lantas bakal kembali kepada ILahi..

*jadi..
marilah cuba,
usaha untuk puasa kalam..
kalau berkata-kata juga, ketap gigi dan cuba tahan kalam mu dengan sedaya upaya, biar ayatnya umpama,
menahan marah kan orang yang bukan ahli keluarga mu..
(kan, dalam satu keluarga, biasa terjadi saling meninggi suara, bila ada yang buat silap..
tetapi walau marah sekalipun, jika kepada bukan keluarga kita, kita akan usaha guna nada yang tidak menyakiti orang lain, ajaib.. kan ?)

kenapa tidak kita cuba dengan ibubapa? cuba bayangkan sekarang ibubapa ialah makcik pakcik jiran sebelah, yang tiba-tiba menyakiti hati kita, takkan kita nak cakap yang kurang enak, kan.. tahan je marah kita tapi yang keluarnya ayat yang manis-manis gitu, cer cakap cenggitu ke mok ayoh te..

**kunci segalanya, dirasakan pada kalam / kata-kata, sebab itu ayat di atas meminta kita berkata yang elok sahaja.. biasa dikatakan kalam itu lebih tajam daripada mata pedang, menghiris.. dalam nya menusuk, parutnya pasti nyata.. mak pak berkata yang tak sedap tu, cer tahan perasaan, cari ayat dengan nada paling lunak dan rendah.. kalau nak cakap juga, tapi... bak kata rodong kas, diam ke aje.. tapi mesti juga mencari ruang kata-kata dengan asas ayat di atas.. "kata-kata yang mulia"

akhirnya nanti, ibubapa adalah pemenangnya di sisi Allah, kerana Allah memang suruh kita ihsan-kan ibubapa.. manakala, kita, tetap satu tangga di bawah mereka..

Allahul musta'an..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails