Sunday, June 02, 2013

temasek

bila  بيلاكه kan diizin Allah ke sana ؟, melihatsendiri kota singa, kita baca buku sejarah menyatakan ianya dahulu sebahagian kita, kemudian terpisah, hanya Allah tahu rahasianya, semoga terus berharmoni..

kita baca beberapa blog yang cerita pasal trip ke sana, antaranya..

 http://www.wisatasingapura.sg/

http://welscua.blogspot.com/2011/08/merlion-park.html

http://kakiberangan.blogspot.com/
(search la entri singapura ya..)
...

di antara kisah pengalaman yang diceritakan ialah... bagaimana 'sebuah keluarga'
yang melakukan ziarah ringkas ke sana selama hanya 24jam (sehari-semalam) bermula jam 11:31 malam tersebut untuk menaiki tren yang dijadual tiba, namun ianya hanya tiba jam 1159malam.. perjalanan menaiki koc kelas 2 dengan kerusi biasa, bukan katil, berjalan baik, cuma hanya 15 minit berikutnya tren kembali berhenti, dan ianya menjangkau sehingga 1 jam 05 minit barulah bergerak semula hingga tak sedar sudah tiba di Kluang, @6:25 am, diikuti Rengam @6:50 am, Kulai 7:30 am.. @8:00 am di Kempas, dan akhirnya @8:30 am di JB Sentral, di mana 3 pegawai imigresen melakukan tugas dalam tren..

sehingga bila selesai tren bergerak melintasi Tambak Johor, menuju stesen Woodlands, memberikan pasport untuk cop masuk dan terus ke stesen Bas SMRT bernombor 913, naiki bas mesti bayar tambang, tapi bila ditunjukkan SGD10.oo kepada uncle driver, ditanya kembali, tiada duit kecil? jawab: tiada, beliau isyaratkan: 'masuk je lah.. terimakasih banyaklah sekeluarga itu kepada pakcik.. !

sampailah mereka ke stesen MRT Woodlands, naik ke tingkat atas, mencari kaunter tiket bertanya tentang tiket berbentuk pas harian, auntie tu sarankan beli tiket biasa then topup kerana kalau beli yang berbentuk pas bernilai SGD12, hanya SGD7 sahaja boleh digunakan manakala SGD5 lagi akan hangus.. pergilah berurusan ke mesin tiket auto, destinasi: ke Harbor Front bernilai 2.50 sen, menunggu pula MRT tiba, agak menarik kecanggihan kemudahan dalamannya..

..amat membantu mereka yang naik, ada skrin menulis apa yang diucapkan, panel lokasi / destinasi berlampu led, untuk destinasi berikut berwarna oren, seterusnya: warna hijau.. dinyatakan pintu mana akan dibuka, peringatan terdapat dalam Bahasa, English, China atau Tamil..

jam 10++ menuju ke sana, menaiki MRT merah, tukar di Dhobi Ghaut untuk naiki MRT berwarna Purple, sampailah ke Vivo City teruskan ke aras 3, beratur membelilah anda tiket Sentosa pilihan anda ke USS (Universal Studio Singapure) kah atau S.E.A. Aquarium dll yang terdapat di pulau itu, boleh ke pulau itu melalui 3 cara: jalankaki dalam masa 10 minit, atau naik monorel berharga SGD4 seorang, atau naik kereta kabel bernilai SGD26.. terserah poket anda..

memasuki akuarium terbesar asia tenggara tiketnya berharga 29 dolar Singapura, jika masa tak banyak, boleh ronda sekitaran & ambil gambar, beli air minum contohnya Coca-cola 500ml berharga 3.5 dolar, ada patung Merlion baru setinggi lebih 30 meter boleh naik ke hingga mulut singa, menengok seluruh pulau, bayar 8 dolar je..

perut dah lapar? nak makan di mana? jika mencari yang lebih yakini Halal, pergilah ke Bugis MRT bayar SGD1.60 sen, naik MRT purple satu stesen, tukar ke Hijau, turun di stesen Bugis, keluar dan carilah papantanda Masjid Sultan, ia nampak dari luar stesen, mengikuti Jalan / Arab Street, lintaslah jalan, tersergam gah masjid, masuklah dengan berwuduk dan solatsunat tahiyatulmasjid, dan diikuti dengan solatjamakqasar zuhur asar, niatlah iktikaf, rehatkan minda, bacalah sepotong ayat suci Al-Quran, berlegar di luaran menuju ke restoran makan, antara yang dicadangkan blogger, Restoran Zam-zam, makanannya biryani ayam berharga 6 dolar sepinggan, jika nak jimat boleh kongsi 2orang.. air mineral 1.20 sen saja..

kalau pergi sana, tak melawat patung Merlion di Merlion Park, kira macam taksempurna lah rukunnya, maka anda kena p sana juga walaupun hujan renyai-renyai dan akhirnya lebat turunnya.. nak ke sana kena naik MRT di stesen Raffles Place,  keluar je stesen, belok kanan, telusuri lah sungai sampai jumpa taman itu, ambillah beberapa keping gambar sebagai bukti dah sampai, guna handphone murah pun tak apa asalkan ada gambarnya, kamera yang bagus dibawa kalau kad memorinya meragam sabar je lah, ya..

nak shoping, di Bugis sana ada banyak kedai besar, kalau beli selipar jepun pun selepas offer harganya 6.90 sen je..

nak banyak beli souvenier, ke Chinatown okay juga, naik MRT salin purple ke hijau / sebaliknya 1.00 je, carilah keychain dari SGD1.00 tshirt dari 4dolar, magnet peti sejuk dari 2 dolar ..

dah malam.. nak balik JB nak naik apa? try naik bas, dari Stesen Bugis ada satu stesen bas ke JB, di Queen St., wahhh, ramai orang yang nak balik JB malam-malam ni, selalunya jika beratur menjangkau 100 lebih orang yang ada, tapi kalau bas banyak, dalam 30 minit boleh la dapat naik bas, beli tiket direct di situ sahaja, harga SGD2.40 sen, naik & terus jalan.. kalau tunggu jam 9:30 pm dalam 10:05 pm boleh naik bas dah bergerak menuju Woodlands.. turun sana ya, tunjuk pasport utk dicop keluar oleh pegawai imigresen di Singapura, pergilah kejar bas tadi, kalau tak jumpa, naik je mana-mana bas yang tertulis Causeway Link Express, kalau tak dapat duduk x pe lah asal boleh sampai JB, turun di JB Sentral juga ya, sebab imigresen Malaysia nak tengok pasport untuk daftar masuk.. tapi aotomatik je, letak pasport dalam sarung, kurang 10 saat akan siap proses, lepas 4 saat sila letak ibu jari kat tempatnya, boleh lah awak ambil pasport, cari balik bas tadi, kalau ada mana-mana pun naik, sampai ke Larkin Sentrall.. kira lega banyak tu..
dah pukul berapa bang? tengok kat depan bas tu, kan tulis jam 12:05 pagi tu... tapi dah masuk JB ni, kira syukur bebanyak la ya..

antara gambar / foto di sana, bermula dari Masjid Sultan..


...






















macam pakcik jer, macam pakcik jer..


















































































.. mana gambar lain?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails